Wednesday, November 29, 2017

#Hiking : Gunung Korbu-Gayong (KORGA) trip


Hari ni dah bape lama dah aku tak menulis kat sini..mungkin sebab  tak ada apa2 yang hendak dikongsikan(tak menarik). Baru aku teringat aku ada pergi trip hiking ngan satu grup ni JNG(Jejaka dan Gadis) *kalo betul la kot...
trip ni aku dapat dalam facebook bilamana one of the regular member lipak(tarik diri) last minit...aku pon gatal g offer la nak join skali...masa ni x tau lagi azab nye cam mana untuk naik ke  KORGA ni...dah la dalam keadaan hujan waktu tu.. Aku bayar RM110 untuk fee bagi mengikuti trip ngan grup ni..pada aku x de masalah la tentang duit...ada duit bayar xder duit tgk je.haha

Jam 5 pagi dah kena berkumpul kat Ulu Kinta sebb nak bahagi barang semua n nak buat declaration dengan pejabat hutan.Aku yang beginner ni diorang taruk macam macam...average berat yg diorang bawak adalah dalam 15 kg... dan aku sebagai orang baru diorang taruk sampai 21kg kat aku...mampos la..tp pada aku tu cabaran untuk aku la....cuma ape yang aku risau adalah pasal kekuatan lutut dan ankle aku ni je. So kitorang lepas lulus dari pejabat hutan aku gerak menuju ke Pintu Rimba iaitu jalan permulaan untuk masuk ke trekking untuk ke Kem Seroja (tapak perkhemahan)


Jalur pendakian KORGA...estimated timing

Bermula dari pintu rimba aku berjalan dengan beban yg cam tu menuju ke kem Seroja.Sebelum tu aku singgah amik angin kat Kem Pacat. Kem ni mmg sesuai ngan nama...sebb pantang biar..kejap je pacat penuh kaki...hahaha.* kepada yang geli pacat pakai la ape2 ubat pon supaya pacat x lekat...


Kem Pacat
Pacakan yang boleh tahan
Siyes aku katakan..ni adalah trip yang paling tough dalam hidup aku sejak bergelar orang awam nii..*dah tak fit... tu pon aku dah training naik Bukit Kledang  hari2..dengan keadaan jalan yang agak licin dan menjunam2 cam tu lutut mana bole tahan. Hari pertama bagi aku x de la penat n sakit sangat. Masih boleh senyum. Kepala hotak aku ni dok terbayang untuk perjalanan esok hari nye dari Kem Seroja menuju ke Puncak Korbu dan Gayong.Aku dihantui oleh org2 yang berpengalaman ni tentang timing perjalanan yang dijangka akan mengambil masa sampai seharian *24jam tau untuk naik dan turun. Ni aku ada sedikit video untuk gambaran betapa best nye perjalanan aku pada masa tu.



Korang dapat bayangkan tak 21kg punya load...Kejam diorang layan aku cam nii...mentang2 aku budak mentah korang suh aku bawak semua barang ek...X pe lah..ini semua cabaran dan pengalaman untuk aku*positif sgt nih. Bile dah sampai kat Kem Seroja aku agak silo sebab aku ni jenis pendiam..so aku dok dalam khemah dan buat hal sendiri(sebb x berapa kenal ngan line up aku kot)..malam tu aku tido awal sebb guide cakap nak gerak seawal jam 4 pagi.
Esok nya kul 4 pagi aku dah bersiap sedia dengan segala kelengkapan dan juga MENTAL...sudahnya 4.30pagi baru kaki melangkah sebb ada yang bangun lambat...hempas tul....kitorang jalan dalam keadaan gelap dan sejuk gile masa tu...aku pon pakai jaket plastik hitam yang aku tebuk buat baju hujan..sebb masa tu dah hujan..........jalan punya jalan kitorang benti kat Kem Kijang bagi menunaikan solat subuh,...amik wuduk macam guna ais...hahaha. Untuk pengetahuan korang Kem Kijang ni adalah kawasan laluan air terjun yang dah kering..maknanya ada banyak batuan2 yang ada kat situ...masih ada air mengalir tp kecil sahaja. Kami solat merata2...ada atas batu ada atas tanah yang penting satu kiblat yang sama *ceeeewah....
Selesai solat subuh dari situlah bermulanya sesi pacak memacak..memang menguji mental dan fizikal aku masa tu.  Naik........turun.......naik......turun..... sampailah ke LWP(last water point). Kat sini mmg aku topup la air dalam Bladder aku (untuk makluman air sini mmg aku x masak..terus minum je dari sungai). Tak rehat lama kat situ..aku meneruskan perjalanan terus ke Puncak Botak..Sebenarnya kat sini dah aku rasa nak giveup dah sebb dah macam kat puncak dah. View patutnya dah lawa kat situ.. tp sebb musim hujan ape yang ada hanyalah kabus tebal yang sejuk sahaja...


Swafoto kat Puncak Botak
Kalaulah pada masa ni aku ada drone, mmg aku akan bergambar sakan dah masa ni. Tp ketika ini mulut dah x mampu nak kata apa-apa...badan pon hanya cukup untuk sampai ke Puncak Korbu sahaja...pada waktu ni aku dah cakap kat diri sendiri " apa la lagi bala yang ada kat depan ni......". kau cari pasal naik sini jgn kau mintak la org tolong dukung kau.

Sejuk dah sampai tulang

Orang hiking kata kita bukan kejar puncak. Tp aku tgk semua laju je kedepan..aku pon malas nak pikir banyak. Aku tetap ngan tahap mental aku yang macam ni....Slow and steady. Tak sangka plak aku punya kulit dah menipis masa ni. Selalu boleh je tahan suhu sejuk tapi kali ni aku tewas..Aku tewas kat puncak  Korbu..Aku kena HIPOTERMIA...kalo korang tak tau korang cari sendiri penyakit ape tu.. tp yang penting aku yang cari sendiri penyakit tu.... 1st time aku kena cam ni..dan aku rasa macam nak mati dah masa tu..Nasib ada yang baik tolong masak air dan curah air kat muka suh aku pegang botol tu.. bagi panaskan sket. Sebenarnya tu adalah Mindset shaja..


Berhenti rehat bersama Kit Kat + Kabus sejuk
Dalam gambar atas ni...aku dah mula mental a.k.a Pewai...Mungkin sebb lutut aku dah dimamah anai-anai. Tp x pe lah ..alang alang dah naik biar la sampai puncak...layan je..x payah aku nak kejar orang lain.Nak tinggal aku sorang pon aku x de masalah. Dah biasa dok sorang *32 tahun dah sorang.. Tengok la sendiri macam mana keadaan udara kat situ....sejuk basah lapar, 3 benda ni dalam hati aku..sabaq je la.

Kasut ni membantu banyak

Seriously..masa naik kasut aku ni mmg banyak membantu. Tak macam kasut hiking lain..semua berat. Kasut aku ni mmg ringan kena air pon x de masalah.......Tapi ada satu masalah masa aku naik tu..tapak lekang....Hadoiiiiii.. dah la koyak ngan lutut...pas tu kasut plak klepet..klepet...nasib nasib.


Tengah tengok kerajaan langit

Lubang ni mmg sejuk...angin sejuk masuk macam aircond bukak suhu 16 degree waktu kau basah dan masa hujan.....sejuk nye tuhan je yang tau...Tp demi bergambar akan ku redahi.. Tu kalau terjun tu mmg sampai Ipoh terus.HAHAAAHA...

Kat puncak Chuban menunjuk ke arah Puncak Korbu *disebalik kabus

Ape yang aku tgk? Ipoh di balik kabus

Segan nye Korbu nak tunjuk diri


Aku sampai je kat puncak Korbu aku rasa macam dah giveup nak teruskan ke Gayong.. Tp ramai suh aku gerak gak pelan2..Tu yang aku jalan gak..Susahkan org je aku ni...ngan capik2 aku jalan gak la pelan2 tuju ke Gayong. View trail tu memang lawa, sebijik cam Mossey Forest tp waktu tu mental aku dah koyak.Bergambar pon macam nak x nak je.


Aduh Mental KOYAK


Tp ramai yang support aku untuk gerak atau abiskan trip ni... Memang aku koyak tapi dalam istilah hidup aku no turning back. So aku dengan perlahan-lahan meneruskan perjalanan dengan muka yang agak masam sambil makan cokolat, cloud 9, honey star dll (Tq kat Khoon sebb beg kau dah macam kedai serbaneka...semua benda ada).Aku ni mental kuat masa dalam Kadet je..masa skang ni koyak la beb sebb dah ada macam-macam kerosakan dibahagian badan. So harap bersabarlah kawan-kawan..korang nak tinggal go ahead.


abaikan perut tu..hahhaha

bersama Khoon dan Kak Tim(bole senyum lagi ko)


Gambar-gambar ni lebih kepada masa perjalanan menuju ke Gayong..Masa ni aku dah mmg out dah..Bateri aku dah drain abis. Kalo tak silap aku masa ni dah 10 jam berjalan . Korang paham la kan kalo dah pergi pon 10 jam balik 10 jam bape lame total perjalanan aku nnti...HAHAHAHAHA..*nangis.


Puncak Korbu


Rasa macam ape tah sampai kat puncak amik gambar je...View x der..berkabus sepanjang masa...Suhu masa tu 10-12 degree...siyes nak mati. Puncanya x cukup makan...Nasik goreng untuk lunch pack tu aku siap bedal sape punya tah...diorang leh kata x sedap. Kufur nikmat tul.


Kenapa la kau tinggi sangat GAYONG,,'KAU KEJAM"


Abis je selesai kat kedua-dua puncak aku pon mulakan penurunan dalam keadaan mengigil. Masih dalam HIPOTERMIA Mode. Badan aku berbungkus ngan plastik hitam supaya angin sejuk x kena badan aku. Nasib aku la untuk trip kali ni.. OTW turun mmg aku adalah org paling sopan skali sebb aku jalan tunduk...sepak daun. seret kaki. hahahha. Penat yang amat sangat. Aku sampai kat Last Water Point dah malam..dalam jam 2030 lebih kurang.Maknanya aku dah berjalan 16 jam. Aku lelap sekejap untuk gain tenaga sebb dalam masa sama one of our group Kak Tim kena gastrik dan pewai abis (kesian..tp lega gak ada org lain lagi teruk dari aku) ahhahahhaha. Memang perjalanan kali ini kalo ikut perancangan kita akan berjalan melebihi 22 jam. Maknanya kami dah dibelakang masa. Lepas dah rehat dalam 15 minit kitorang teruskan perjalanan sampai ke Kem Kijang..Sampai kat situ rasa nak nangis... Sebb dah tau mmg dekat lagi nak sampai Kem Seroja. "DEKAT" dalam bahasa hikers adalah JAUH GILE SEKSA NAK MATI  dalam bahasa orang biasa. 

Kat simpang Proton

Kitorang teruskanla perjalanan menuju ke tapak Kem Seroja dan sampai ke Kem Seroja pada jam 0330 dan itu bermakna kami berjaya lengkapkan perjalanan sepak daun selama 23 jam dengan tangisan.HAHAHAHHAA.
Esoknye pulak aku rasa macam nak terus balik aje. Tp kena tunggu Guide bagi araahan gerak baru bole gerak.Kul 11 pagi gak la aku gerak nak ke pintu rimba.. Kali ni load aku dah bertambah berat ... 25 kg...WOI Korang x kesian ke kat aku!!... Dah la aku lutut barai korang jalan laju pas tu kata padu...aku bawak load ni bukan barang aku tp barang korang (aku marah)..hahahaha.. tp aku teruskan perjalanan sampai ke tempat park kereta dan guess what.. aku sampai bawah bersama ngan Sweeper...maknanya aku orang last...nasib korang la kena tunggu aku. Memang Slow and steady gila aku jalan. Sampai je kat kereta benda pertama aku buat adalah melihat batang kaki aku..selamat atau tak.. so keadaannya adalah seperti ini:

cedera parah

cedera parah 2

Oleh yang demikian aku telah membuat amal jariah.. Bersedekah.
Kesimpulannya disini bukan la aku nak kata aku x menyesal...Tp sebenarnya aku menyesal ikut trip G7 macam ni..Tp ini pengalaman pertama aku untuk hiking secara proper macam ni..Anyway aku dah complete 2 gunung G7. Maknanya aku ada 5 lagi gunung yang perlu aku terokai. 

JUMPA LAGI NEXT ENTRY...MUNGKIN GUNUNG LAIN PLAK

Thursday, June 22, 2017

KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PEGAWAI KADET TENTERA LAUT #2

Assalamualaikum,
Seperti yg dijanjikan, akan ada sambungan nye cerita aku ni.


.....Lepas saja aku kena salam pengenalan tu.. dengan rasa sedih nye aku kena buang la kasut sukan DIADORA tu...dah x bau kedai,dah x warna putih....yang ada bau muntah kuah kacang dan gak warna dia jadi warna cokelat..sampai hati diorang. Malam tu nak makan malam pon dah x selera dah sebb penat yang amat. Semua muka macam takut nak kena makan je. Aku ni dah la x biasa dok asrama,jauh daripada makbapak( x biasa ok, bukan manja),mandi pon aku x leh kalo x mandi bersih2. Masa awal kehidupan aku dalam "penjara" ni mmg agak culture shock gak la. Mana tak nye, x pernah terpikir aku bole sedekahkan diri aku dlaam kancah ketenteraan ni.Dah elok belajar amik Engineering bole benti plak nak masuk kadet. *kau yang pilih kau rasa laaa.

FYI, aku pernah tak makan seminggu sebb maybe badan aku x leh nak terima kemasukan ape2 dalam tekak.Masuk je muntah masuk je muntah,sampai la satu hari ni aku dah mmg x larat sgt. Pegawai Latihan Bertugas (PLB) masa tu LT SUZIANA dapat tau yang ada Pegawai Kadet x makan seminggu * aku la tu. Dia arah kan aku untuk makan kat High Table ngan dia n pegawai lain. Memang aku rasa tu bala pertama aku. Masa makan tu baru suapan pertama, aku dah loya dah...dalam mulut ada nasik ngan sambal sotong *feveret, tp tetap x leh telan...PLB perasan plakkk aku x telan nasik...dia jerit kat sebelah aku dalam Mess(dewan makan) tu ..... " WEI BLOODYHELL KADET!!! KAU NAK MUNTAH SEBELAH AKU!!KO MUNTAH TGK! AKU TAJI KAU SATU HARI NI"...abg pon ape lagi dik non..lagi merajuk la tekak aku nak telan nasik tu..sebb semua kecut..perut kecut tekak pon kecut. Tp dengan rasa rendah diri dan tawaduk nye aku bangun terus berlari keluar dari mess g tandas untuk luahkan semua makanan dlaam mulut tu....dari dalam tandas aku dengar laungan dia..."SIAL LA AAA KADET.. AKU KATA JGN MUNTAH KAU MUNTAH JUGAK..MAMPOS KAU LEPAS NI".... aku bermonolog dalam tandas " mampos aku..selamat tinggal dunia yang fana, abg akan pergi berjuang" ceeeewah. 


Dipendek kan cerita, lepas abis je lunch tu kitorang beratur, aku dikeluarkan dari baris oleh SUBBY aku.. dia bawak satu pinggan nasik penuh satu pinggan, ngan nasik , ikan kari, sotong sambal, sayur campur dan segelas air anggur kordial panas...PLB paksa aku habiskan. dari jam 2.30 sampai kul 4 petang aku dok bawah pokok belimbing depan mess tu *dah besar kot pokok tu skang* dan smapi masa tu x abis2 pon nasik tu.... Aku improvise arahan PLB... dia kata "Kau better habiskan nasik dalam pinggan tu....aku x nak tgk ada nasik dalam pinggan dan nasik tu atas rumput..." abg kan manusia bijak, abg suap abg luah dalam baju..... HAHAHAHAHAHHAHAA...last2 abis jugak...skali ngan air anggur abg tuang dalam baju....kah kah kah... ingat dapat skip aktiviti PT petang tu.....kawan2 yg lain kena berlari Base Run dan aku kena dok depan LT SUZIANA tu.. berdiri depan dia sambil dia baca novel *comel gak dia masa tu..anak dara lagi ....  "WOI!!! KAU BOLE BERDIRI JER.... KOMANDO REST SKANG"  siot... reject terus nak wat menantu...hahahaha
NI LA POSISI KOMANDO REST ( REST LA SGT)

Ni la masanya aku berehat sambil buat kitaran darah kat otak...lama sangat darah kat kaki tu..bagi dia travel ke otak plak *positif tak haku...Aku kena komando rest tu dalam sejam lebih.lLutut dah bergetar laaa..aku ingat rusuk bergetar... dah x de masa rusuk nak bergetar masa tu..Lepas sejam kawan-kawan aku sampai berlari sambil menyanyi..ada yang balik capik/hencot2 la, ada yg kena papah la...uish...macam lagi kejam..tp aku rasa diorang lagi bersyukur x kena macam aku kot... sampai je diorang semua beratur sebelah aku, aku diarahkan bangun.. korang tau tak ape nikmat dalam dunia sebenar nya?.... Nikmat sebenar adalah bile bangun dari komando rest....wow...cam diawang awangan tuuu...hahahahahahaha...GILE!!


hahaha,,so habis cerita aku untuk kali ni....harap pas ni kalo panjang umur ada lagi sambungan untuk siri ke 3...

babai Adios

Wednesday, June 21, 2017

KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PEGAWAI KADET TENTERA LAUT #1

Asalamualaikum , 

Tanggal 20 Jun 2017, genap intake 54 -KKPM/KKPX Kolej Tentera Laut Di Raja berumur 13 tahun. Ramai yg dah menamatkan perkhidmatan dan masih ada lagi yang ber'bintang' cerah masih lagi ada dalam service . Tahniah kepada yang masih berkhidmat dan selamat maju jaya. Pada yang dah bergelar org awam aku doakan korang semua selamat mengharungi dunia luar yang penuh pancaroba. *tepuk bahu.

Entry kali ni..aku nak ceritakan sedikit sebanyak pasal kisah dari aku mula masuk kadet sampai la aku abis*kalo sempat nak citer. tapi base on ape yang aku ingat lagi laa. Maklum la aku ni short term memory lost. 

Aku mula masuk mendaftar sebagai kadet adalah kalo x silap aku pada 15 Jun 2004, lagi 3 hari nak hari lahir aku. Masa ni aku pikir aku nak senang je..nak jadi pegawai tentera (tp kau lupa bro, azab menunggu kat depan). 5 hari awal tu mmg kehidupan aku cam pegawai betul(commision officer), rupanya semua itu hanya sandiwara kawan-kawan......seronok nye diorang(jurulatih) layan aku baik gile..makan pon sodap-sodap*makanan navy mmg terbaik. Masa tu juga kami dipesan oleh senior kami (acting sub lieutenant =SUBBY) tentang kesukaran semasa menjalankan latihan kat KTLD (Kolej Tentera Laut DIraja) ni. Tp aku x percaya,sebab aku rasa macam heaven jer ni. So tu semua aku anggap macam saja nak bagi takut je *bodo nye lahai kau niii.

Tanggal 20 Jun 2004, aku diarahkan bersama batch/squad  aku yang lain untuk masuk ke auditorium untuk majlis angkat sumpah.Wah seronok baq hang nak jadi ASHKAR secara rasmi ni. Pendekkan cerita. Lepas ketua kami cakap DOWN! ( lepas baca ikrar/sumpah).. terus dengar laungan dan pekikan gempita kat belakang... "KADET!!!!!!!!................ KORANG TUNGGU APE LAGI!!....... CRAWLLLLL......PERGI KAT TEMPAT GUNTING RAMBUT SKARANG!!!!"....Bayangkan laaaa..muka aku kompius abis..kul 11 pagi terus g botakkan rambut..abis la botak broooo..muka masing2 macam ayam berak kapur..sementara nak kena gunting rambut tu bukan boleh duduk saje...kena rejam la ngan SUBBY. Kata2 makian dan cacian tu adalah makanan kitorang masa tu...dalam kul 1 kot abis semua kena botak..pas tu kena tukar pakaian dengan pantas..dan beratur semula dalam pakaian PT putih/pakaian sukan. Mak aku beli kasut DIADORA mahal kot masa tu...bangga je aku pakai.

Lepas tu.kami beratur depan Wisma Kadet (tempat makan). ada lunch dan siap skali minum petang (lunch- nasik hujan panas, minum petang - cucur udang kuah kacang).. siot je..mmg feveret laaa.Semua makan macam sok dah x hidup dah..dan masa nye telah tiba..sesi salam pengenalan akan bermula pada jam 2.30 petang. Kami disuruh berlari ke atas bukit(dalam compound yang sma) nama nye Wisma Suria, dan ape yg aku nampak adalah satu lopak besar yang mana ia adalah sebuah padang (besar saiz futsal) yang telah dibanjirkan dengan air selama 3-4 hari.. DI situ la bermula nya kisah taji.. aku mula "pecah dara" kat situ....hahhahahha


 ni la keadaan kitorang masa salam pengenalan.Air lopak tu sampai dah bau kuah kacang dah sebb bole katakan 80% memuntahkan khazanah diorang dalam air padang ni...pas tu kami guling dalam tu...omaigad!!!! sampai skang ni aku dapat rasa macam mana bau nye masa tu..hahahahahaha...ok la aku rasa cukup untuk kali ni..next aku akan datang lagi dengan sambungan cerita aku masa kadet ni...tungguuu........................................adios

Post Bali Trip


Hari ni je aku rasa dah 2 entry.. mula la tu nak kait kan segala mak nenek cite2 zaman tok kaduk tu.. Lantak situ ape ada hal..anyway gambar ni masa aku kat Bali 2 tahun lepas.. tahun 2015 aku g Bali 2 kali.Untuk kedua2 tu aku g main ragbi.*main ragbi tu penyebab je....selebih nya aku g jalan -jalan ziarah tok nenek serumpun kat sana...*hah gelak gelak..

Dalam gambar ni aku baru lepas mandi laut n main water sport.ape tah nama permainan tu aku pon lupa dah. Bawak beg macam nak lari dari rombongan. Tp sebenarnya aku bosan masa tu..tunggu supir aku x sampai2 aku main dam aji ngan pak cik tu..nasib dia nak melayan aku. 

Bali ni ok la pada aku...malam je leh tgk gelagat mat saleh yg dok terkinja2 kat Pub..layan gak sbenarnya music2 kat situ..maklumla macam 2nd Ausie. Semua mat saleh je..

ni la life malam nye..macam padu..hidup beb..sape yang kaki tu bole laaa lepak sini lama2...aku tgk je la dari jauh beb..lagi pon hotel aku duduk depan tempat neraka ni je.hahahahahha....

Aku rasa tahun ni 2017 aku nak pegi Bali lagi...tp dok rancang punya rancang ngan mak bapak aku..last2 aku g Jogja sorang2...org sebok nak cuti raya....aku sebok raya kat negara org.. x pe lah..nnti kalo senang aku akan up  cite pasal jogja plak...special sket kot..hahhahahhaha..


K babai..adios

KEMBALI HIDUP

Asalamualaikum semua..Semua ke..rasanya xder folower lagi...lantak la..lagi best kalo dapat dok sorang-sorang dalam ni..anyway aku rasa aku x pernah lagi nak try untuk berblog. tp alang alang akaun dah lama ni aku nak try la mulakan kembali. Punca utama aku nak berblog ni sebb aku tgk ramai yg cuba share ape yg diorang buat selain dalam facebook dan lain2 MS....So aku cuba nak ubah plak laa..bagi org atau aku sendiri tanam sifat membaca dlam diri..
Kenapa blog? aku Rasa blog ni lagi best kot sebb aku bole tulis ape sahaja yg aku rasa panjang2..HAHAHA*tepuk tangan. So buat masa ni biar je la entry ni jadi pemula bicara..lepas ni aku akan datang dengan lebih byk aktiviti dan cerita2 yg up to date..

babai

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...