Thursday, February 10, 2022

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

 Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak dua menjak ni.. mungkin sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan. SO kali ni aku rasa aku nak tulis benda yang mungkin agak boring pada sesetengah orang, tapi aku rasa macam topik penulisan kali ni aku rasa macam nak share tentang satu susuk tubuh yang pada aku boleh dijadikan 'inspirasi' dalam diri. Aku harap korang tak kecam la aku bila aku cakap individu ni boleh dijadikan inspirasi.haha..

Cara dok ngan kokain macam tokey tepung cap sauh je


Orang yang aku maksudkan adalah Pablo Emilio Escobar Gaviria. Haaaa.... taikun dadah terbesar di dunia satu ketika dulu.hahah.. ape ke gila aku ni gi tulis pasal dia plak..kang ada plak orang kecam aku..hahha.. 



Sedikit sebanyak maklumat pasal Pablo Escobar ni kalo korang nak tau, dia ni merupakan pembekal kokain terbesar ke Amerika Syarikat lebih kurang 80% bekalan yang masuk tu dia punya stok.. korang rasa besar ke tidak margin keuntungan dia tu. Sampai sekarang nama dia lekat sebagai Raja Kokain pada zaman kegemilangan dia. Dia ni mulakan 'bisnes' dia ni sejak umur dia 16 tahun.. haa budak zaman skang ni 16 tahun dok sebok main tik tok.. tapi dia ni dah mula merancang nak jadi "broker" walopon kegiatan tu haram.. 

Ni aku nak share sket fakta-fakta berkaitan dengan si mamat Escobar ni

1. Kegiatan jenayah

Kita zaman skang ni kalo dengar nama escobar je terus dalam kepala terlintas pasal kokain dadah ganja semua.. tapi kalo korang nak tau dia memulakan "kerjaya" dia dengan kegiatan jenayah-jenayah yang tidak berkaitan dengan dadah pon lagi. Antara kegiatan dia adalah menjual rokok seludup ( so kedai runcit yang jual rokok seludup tu dah kira macam Escobar la yek),jual tiket loteri palsu, sindiket curi motor dan pada sekitar 1970 an kegiatan dia ni dah memang berkembang pesat sampaikan dia jalankan kegiatan menculik untuk dijadikan tebusan.. 

2. Manusia terkaya di dunia

Korang simpan duit dalam bank, dia simpan dalam tong

Tak pelik la kalo raja kokain ni mmg telah diiktiraf sebagai individu terkaya di dunia pada zaman dia. Masuk forbes kot.. mungkin dia leh tersenarai sebb dia pernah memiliki kelab bolasepak di Colombia. Mungkin tu kot cara dia cuci duit haram dia. Eh deme ni ada istilah duit haram halal ke. Kalo korang nak tau 80% kokain yang di export ke USA tu membuahkan pendapatan kepada Escobar sebanyak USD 21.5 billion setahun... nangis ooooo.. makan besar tuuu... ada maklumat yang mencatatkan pada tahun 1990 an pendapatan bersih yang dia ada ketika tu adalah sebanyak USD 30 Billion.. Kalo korang nak tau Escobar ni membelanjakan USD 2,300 sehari untuk beli getah ikat duit je.. ko bayangkan la bape bnyk cash dia ada kat tangan.

Ni antara duit dalam simpanan Escobar. Jenuh budak-budak dia nak ikat duit ni


3. Zoo peribadi

Haa bile dah duit terlalu byak mula la nak berbelanja benda merepek. Dia ni dikatakan ada Zoo peribadi untuk dia seluas 20 km persegi.. Lagi besar rasanya dari Zoo Taiping .. haha  orang lain bela kucing kat umah.. dia punya kaya dia ada badak air, badak sumbu, zirafah, antelope, kuda belang dan macam-macam lagi.


Zoo si eskobar ni

 Sampaila masa kematian dia pada 1993, semua binatang tu dah tak bertuan dan secara automatik berpindah kepada datuk bandar kat kawasan tu yang aku pon tak tau.. hahaha... ibarat macam bagi kat majlis daerah la... senang buat duit nampak.

4. Bakar duit

haaa fakta ni mmg aku rasa paling ganas. Punya la kaya mamat ni, masa anak pompuan dia demam dan kesejukan.. dia dengan selambernye pi bakar USD 2 juta untuk panaskan anak dia.. Kepala hotak dia, jadikan duit tu sebagai bahan bakar.. gile khinzir betul. Masa dia bakar duit ni adalah masa dia kena kejar dengan musuh-musuh dia dan dia menyorok kat mana tah sampai anak dia kesejukan. SO dia pon bakar je la duit tu nak panaskan anak dia.Punya la dia sayangkan anak dia.. Korang syg kan anak korang bakar ape.... bakar rokok? syg ke tuuu...

5. Bayar hutang negara

Escobar mati di tangan polis Colombia

Haaa ni lagi satu tabiat  mamat ni bile dah kaya, tak main la nak show off kereta mustang ke, rumah ada swimming pool ke atau lain-lain aset MLM yang lain..dia ada cara berbeza dengan offer kat kerajaan Colombia untuk melunaskan hutang kerajaan. Dia pernah offer USD 10 Billion pada masa tu dengan tujuan nak melindungi diri dia dari ditangkap. Tapi kerajaan Colombia reject offer dia tu. Pas tu dia naikkan offer dua kali ganda untuk bayar hutang negara.. menung kejap la Presiden Colombia masa tu..tp tak sempat nak bayarkan hutang tu.. dia pon mati pada 1993 di tangan polis Colombia. Semua harta Escobar yang nampak dan tak nampak otomatik la deme agih-agih untuk kekayaan negara dan pemimpin.



Happy family

Ni baru sikit fakta yang ada aku terbaca, ni kira rumusan la dari ape yang aku baca dari buku, filem dan dokumentari yang aku tgk kat astro. Suka aku ingatkan kat sini, penulisan ni bukan untuk galakkan korang jadi kartel dadah.. tapi aku nak korang tgk dari sudut positif si mamat Escobar ni.. Dia ni mmg gigih dan tak pernah putus asa dalam mengembangkan empayar dia. Dia jugak merupakan sorang bapak yang sangat penyayang.Antara kata-kata mutiara dia berkaitan keluarga ni adalah " I can replace things, but I could never replace my wife and kids" Dan dia ni kalo nak di gambarkan dengan robin hood pon boleh jugak sebb dia mmg pemurah gak sebb dia pernah cakap "I am not a rich person, but I am poor person with money ". Duit masuk macam air... haihh la ESCOBAR............................................

2 comments:

  1. Fakta yang menarikk! Jom ganti escobarr haha

    ReplyDelete
  2. The 14 Best Casinos in New York City - MapyRO
    The top casinos in New York 청주 출장샵 City · Caesars Palace · Caesars Palace · 파주 출장마사지 Harrah's New York · The 군포 출장마사지 Cromwell Casino · Harrah's 충청북도 출장마사지 New York 하남 출장마사지 · The

    ReplyDelete

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...