Thursday, June 22, 2017

KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PEGAWAI KADET TENTERA LAUT #2

Assalamualaikum,
Seperti yg dijanjikan, akan ada sambungan nye cerita aku ni.


.....Lepas saja aku kena salam pengenalan tu.. dengan rasa sedih nye aku kena buang la kasut sukan DIADORA tu...dah x bau kedai,dah x warna putih....yang ada bau muntah kuah kacang dan gak warna dia jadi warna cokelat..sampai hati diorang. Malam tu nak makan malam pon dah x selera dah sebb penat yang amat. Semua muka macam takut nak kena makan je. Aku ni dah la x biasa dok asrama,jauh daripada makbapak( x biasa ok, bukan manja),mandi pon aku x leh kalo x mandi bersih2. Masa awal kehidupan aku dalam "penjara" ni mmg agak culture shock gak la. Mana tak nye, x pernah terpikir aku bole sedekahkan diri aku dlaam kancah ketenteraan ni.Dah elok belajar amik Engineering bole benti plak nak masuk kadet. *kau yang pilih kau rasa laaa.

FYI, aku pernah tak makan seminggu sebb maybe badan aku x leh nak terima kemasukan ape2 dalam tekak.Masuk je muntah masuk je muntah,sampai la satu hari ni aku dah mmg x larat sgt. Pegawai Latihan Bertugas (PLB) masa tu LT SUZIANA dapat tau yang ada Pegawai Kadet x makan seminggu * aku la tu. Dia arah kan aku untuk makan kat High Table ngan dia n pegawai lain. Memang aku rasa tu bala pertama aku. Masa makan tu baru suapan pertama, aku dah loya dah...dalam mulut ada nasik ngan sambal sotong *feveret, tp tetap x leh telan...PLB perasan plakkk aku x telan nasik...dia jerit kat sebelah aku dalam Mess(dewan makan) tu ..... " WEI BLOODYHELL KADET!!! KAU NAK MUNTAH SEBELAH AKU!!KO MUNTAH TGK! AKU TAJI KAU SATU HARI NI"...abg pon ape lagi dik non..lagi merajuk la tekak aku nak telan nasik tu..sebb semua kecut..perut kecut tekak pon kecut. Tp dengan rasa rendah diri dan tawaduk nye aku bangun terus berlari keluar dari mess g tandas untuk luahkan semua makanan dlaam mulut tu....dari dalam tandas aku dengar laungan dia..."SIAL LA AAA KADET.. AKU KATA JGN MUNTAH KAU MUNTAH JUGAK..MAMPOS KAU LEPAS NI".... aku bermonolog dalam tandas " mampos aku..selamat tinggal dunia yang fana, abg akan pergi berjuang" ceeeewah. 


Dipendek kan cerita, lepas abis je lunch tu kitorang beratur, aku dikeluarkan dari baris oleh SUBBY aku.. dia bawak satu pinggan nasik penuh satu pinggan, ngan nasik , ikan kari, sotong sambal, sayur campur dan segelas air anggur kordial panas...PLB paksa aku habiskan. dari jam 2.30 sampai kul 4 petang aku dok bawah pokok belimbing depan mess tu *dah besar kot pokok tu skang* dan smapi masa tu x abis2 pon nasik tu.... Aku improvise arahan PLB... dia kata "Kau better habiskan nasik dalam pinggan tu....aku x nak tgk ada nasik dalam pinggan dan nasik tu atas rumput..." abg kan manusia bijak, abg suap abg luah dalam baju..... HAHAHAHAHAHHAHAA...last2 abis jugak...skali ngan air anggur abg tuang dalam baju....kah kah kah... ingat dapat skip aktiviti PT petang tu.....kawan2 yg lain kena berlari Base Run dan aku kena dok depan LT SUZIANA tu.. berdiri depan dia sambil dia baca novel *comel gak dia masa tu..anak dara lagi ....  "WOI!!! KAU BOLE BERDIRI JER.... KOMANDO REST SKANG"  siot... reject terus nak wat menantu...hahahaha
NI LA POSISI KOMANDO REST ( REST LA SGT)

Ni la masanya aku berehat sambil buat kitaran darah kat otak...lama sangat darah kat kaki tu..bagi dia travel ke otak plak *positif tak haku...Aku kena komando rest tu dalam sejam lebih.lLutut dah bergetar laaa..aku ingat rusuk bergetar... dah x de masa rusuk nak bergetar masa tu..Lepas sejam kawan-kawan aku sampai berlari sambil menyanyi..ada yang balik capik/hencot2 la, ada yg kena papah la...uish...macam lagi kejam..tp aku rasa diorang lagi bersyukur x kena macam aku kot... sampai je diorang semua beratur sebelah aku, aku diarahkan bangun.. korang tau tak ape nikmat dalam dunia sebenar nya?.... Nikmat sebenar adalah bile bangun dari komando rest....wow...cam diawang awangan tuuu...hahahahahahaha...GILE!!


hahaha,,so habis cerita aku untuk kali ni....harap pas ni kalo panjang umur ada lagi sambungan untuk siri ke 3...

babai Adios

Wednesday, June 21, 2017

KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PEGAWAI KADET TENTERA LAUT #1

Asalamualaikum , 

Tanggal 20 Jun 2017, genap intake 54 -KKPM/KKPX Kolej Tentera Laut Di Raja berumur 13 tahun. Ramai yg dah menamatkan perkhidmatan dan masih ada lagi yang ber'bintang' cerah masih lagi ada dalam service . Tahniah kepada yang masih berkhidmat dan selamat maju jaya. Pada yang dah bergelar org awam aku doakan korang semua selamat mengharungi dunia luar yang penuh pancaroba. *tepuk bahu.

Entry kali ni..aku nak ceritakan sedikit sebanyak pasal kisah dari aku mula masuk kadet sampai la aku abis*kalo sempat nak citer. tapi base on ape yang aku ingat lagi laa. Maklum la aku ni short term memory lost. 

Aku mula masuk mendaftar sebagai kadet adalah kalo x silap aku pada 15 Jun 2004, lagi 3 hari nak hari lahir aku. Masa ni aku pikir aku nak senang je..nak jadi pegawai tentera (tp kau lupa bro, azab menunggu kat depan). 5 hari awal tu mmg kehidupan aku cam pegawai betul(commision officer), rupanya semua itu hanya sandiwara kawan-kawan......seronok nye diorang(jurulatih) layan aku baik gile..makan pon sodap-sodap*makanan navy mmg terbaik. Masa tu juga kami dipesan oleh senior kami (acting sub lieutenant =SUBBY) tentang kesukaran semasa menjalankan latihan kat KTLD (Kolej Tentera Laut DIraja) ni. Tp aku x percaya,sebab aku rasa macam heaven jer ni. So tu semua aku anggap macam saja nak bagi takut je *bodo nye lahai kau niii.

Tanggal 20 Jun 2004, aku diarahkan bersama batch/squad  aku yang lain untuk masuk ke auditorium untuk majlis angkat sumpah.Wah seronok baq hang nak jadi ASHKAR secara rasmi ni. Pendekkan cerita. Lepas ketua kami cakap DOWN! ( lepas baca ikrar/sumpah).. terus dengar laungan dan pekikan gempita kat belakang... "KADET!!!!!!!!................ KORANG TUNGGU APE LAGI!!....... CRAWLLLLL......PERGI KAT TEMPAT GUNTING RAMBUT SKARANG!!!!"....Bayangkan laaaa..muka aku kompius abis..kul 11 pagi terus g botakkan rambut..abis la botak broooo..muka masing2 macam ayam berak kapur..sementara nak kena gunting rambut tu bukan boleh duduk saje...kena rejam la ngan SUBBY. Kata2 makian dan cacian tu adalah makanan kitorang masa tu...dalam kul 1 kot abis semua kena botak..pas tu kena tukar pakaian dengan pantas..dan beratur semula dalam pakaian PT putih/pakaian sukan. Mak aku beli kasut DIADORA mahal kot masa tu...bangga je aku pakai.

Lepas tu.kami beratur depan Wisma Kadet (tempat makan). ada lunch dan siap skali minum petang (lunch- nasik hujan panas, minum petang - cucur udang kuah kacang).. siot je..mmg feveret laaa.Semua makan macam sok dah x hidup dah..dan masa nye telah tiba..sesi salam pengenalan akan bermula pada jam 2.30 petang. Kami disuruh berlari ke atas bukit(dalam compound yang sma) nama nye Wisma Suria, dan ape yg aku nampak adalah satu lopak besar yang mana ia adalah sebuah padang (besar saiz futsal) yang telah dibanjirkan dengan air selama 3-4 hari.. DI situ la bermula nya kisah taji.. aku mula "pecah dara" kat situ....hahhahahha


 ni la keadaan kitorang masa salam pengenalan.Air lopak tu sampai dah bau kuah kacang dah sebb bole katakan 80% memuntahkan khazanah diorang dalam air padang ni...pas tu kami guling dalam tu...omaigad!!!! sampai skang ni aku dapat rasa macam mana bau nye masa tu..hahahahahaha...ok la aku rasa cukup untuk kali ni..next aku akan datang lagi dengan sambungan cerita aku masa kadet ni...tungguuu........................................adios

Post Bali Trip


Hari ni je aku rasa dah 2 entry.. mula la tu nak kait kan segala mak nenek cite2 zaman tok kaduk tu.. Lantak situ ape ada hal..anyway gambar ni masa aku kat Bali 2 tahun lepas.. tahun 2015 aku g Bali 2 kali.Untuk kedua2 tu aku g main ragbi.*main ragbi tu penyebab je....selebih nya aku g jalan -jalan ziarah tok nenek serumpun kat sana...*hah gelak gelak..

Dalam gambar ni aku baru lepas mandi laut n main water sport.ape tah nama permainan tu aku pon lupa dah. Bawak beg macam nak lari dari rombongan. Tp sebenarnya aku bosan masa tu..tunggu supir aku x sampai2 aku main dam aji ngan pak cik tu..nasib dia nak melayan aku. 

Bali ni ok la pada aku...malam je leh tgk gelagat mat saleh yg dok terkinja2 kat Pub..layan gak sbenarnya music2 kat situ..maklumla macam 2nd Ausie. Semua mat saleh je..

ni la life malam nye..macam padu..hidup beb..sape yang kaki tu bole laaa lepak sini lama2...aku tgk je la dari jauh beb..lagi pon hotel aku duduk depan tempat neraka ni je.hahahahahha....

Aku rasa tahun ni 2017 aku nak pegi Bali lagi...tp dok rancang punya rancang ngan mak bapak aku..last2 aku g Jogja sorang2...org sebok nak cuti raya....aku sebok raya kat negara org.. x pe lah..nnti kalo senang aku akan up  cite pasal jogja plak...special sket kot..hahhahahhaha..


K babai..adios

KEMBALI HIDUP

Asalamualaikum semua..Semua ke..rasanya xder folower lagi...lantak la..lagi best kalo dapat dok sorang-sorang dalam ni..anyway aku rasa aku x pernah lagi nak try untuk berblog. tp alang alang akaun dah lama ni aku nak try la mulakan kembali. Punca utama aku nak berblog ni sebb aku tgk ramai yg cuba share ape yg diorang buat selain dalam facebook dan lain2 MS....So aku cuba nak ubah plak laa..bagi org atau aku sendiri tanam sifat membaca dlam diri..
Kenapa blog? aku Rasa blog ni lagi best kot sebb aku bole tulis ape sahaja yg aku rasa panjang2..HAHAHA*tepuk tangan. So buat masa ni biar je la entry ni jadi pemula bicara..lepas ni aku akan datang dengan lebih byk aktiviti dan cerita2 yg up to date..

babai

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...