Assalamulaikum WBT.....
Seperti yang dijanjikan aku telah membuat pergerakan sulung EXPLORASI AIR TERJUN dengan memulakan expedisi ini ke LATA MEDANG di KKB. Aku rasa lata ni boleh dikategorikan sebagai lata yang cantik laa.. sebb cara air tu terjun... aufffffff.... padu!
Aku memulakan perjalanan ke LATA MEDANG (LM) secara semberono, bekalan nasik lemak, samyang ramen, parang, messtin, mata kail dan api... In case aku sesat insyallah selamat la untuk sehari dua. Kalo korang nak tau.. trip kali ni aku mencuba pakai Apps ALL TRAILS yang aku dah ceritakan dalam entry yang lepas. So far banyak membantu sebb kalo korang off track pon korang leh masuk balik.. jgn bagi bateri abis dah laa..
track guna All Trails |
Kat gambar tu adalah track aku masa aku naik LM.. Basically tu adalah track masa turun.. masa naik aku tak rekod pon. Sedey. Anyway track dia memang senang dan jelas. Tak payah Apps pon bole jalan. Masa aku sampai org dah banyak dah.. semua kena park kat luar.. kat padang Kg Pertak tu.
ni kereta yg park tepi jalan |
Lepas parking aku kena buat bayaran 'duit perlindungan' kepada org asli yang jaga kat pondok tu..Jumlah bayaran RM 1 untuk satu kepala Dia tanye aku nak g mana tu pon macam nak gaduh.. Tp nasib la aku ni paham etika org asli ni macam mana.. so aku layan je laa.. hahhaha.. Usai bayar wang perlindungan tu.. aku terus menapak (extra jauh la) .Tapi tak kisah la jalan je la.. Aku bawak kamera sampai 2 bijik, telepon 1, power bank fully charge 1. Haaa dah macam ape dah. Aku nak amik gambar sebanyak mungkin.....
Punya la tak de kerja.. sepanjang jalan aku nampak macam-macam pokok buah. Buah rare semua ada. Durian hutan, durian bukit wow. Macam-macam bole tengok dan makan. Aku cadang kan korang datang la time skang ni.. insyallah leh makan durian. Macam aku ⇓...
ada rezeki |
Motif utama mencari air terjun.. tapi sepanjang perjalanan aku tengok atas je, cari buah. Siyes memang banyak buah bangg..Hahaha. Sebelum lintas checkpoint pertama aku makan durian dulu. Ok skang ni kita akan pergi ke cerita asal.
Lepas korang lalu kat pondok tu.. korang boleh drive(kalo dibenarkan masuk) atau jalan sehinga korang menjumpai titi gantung pertama :
Titi gantung pertama |
Pemandaangan dari atas titi |
Lepas sahaja korang lalu titi pertama korang kena jalan sket lagi untuk sampai ke titi gantung senget. Bile dah sampai kat titi senget ni maknanya perjalanan korang ada lagi 5 km lagi lebih kurang.
ni la titi senget tu |
alaa..tali camera plak nampak |
Selepas aje aku melepasi titi senget tu debaran semakin memuncak sebab dah nampak air sungai Pertak tu. Tapi bukan tu tujuan aku, tujuan utama adalah mencari LM. Hehe. So aku teruskan perjalanan sehingga sampai ke persimpangan dilema. Persimpangan pertama ni adalah persimpangan menuju ke Bukit Kutu dan Lata Medang/Gunung Rajah.
Persimpangan ni : Ikut Kiri |
woi.. aku bukan kencing la tu.. tu tgh tgk atas.. suka hati jeeee |
Maafkan gambar di atas ni.. rasanya macam bole dijadikan bahan fitnah akhir zaman ni.. Actually aku tgh tgk pokok buah ape yang aku nampak kat situ.. Macam penuh buah plak kat area tu. Tapi satu benda aku nak pesan sekeras-keras nya. TOLONGLAH kalo korang masuk mana-mana hutan kalo korang bawak makanan berplastik ke atau ape-ape seanggkatan dengannya tolong buang kat dalam tong sampah kat umah korang. Maknanya..korang bawak masuk hutan semua makanan tu, sisa tolong la bawak keluar balik.. Pelihara la tempat tu sebaiknya..............
1st time tengok toreh getah keluar plastik gardenia sardin |
Lepas tu korang akan bertemu pulak persimpangan satu lagi tapi persimpangan ni lebih kepada shortcut. Ikutkan kedua-dua jalan ni boleh nak LM. Tapi aku cadangkan korang ikut la kiri ni.. Korang jalan sampai korang bertemu balik jalan besar. Maknanya korang masih dijalan yang benar.
Shortcut ikut kiri, longcut ikut kanan |
terowong buluh |
masa aku pergi tu rajin gak la aku mencuba segala benda yg rasa bole makan .. Konon-konon snek semulajadi semasa berjalan.. buah senduduk laa , umbut palma la..
Jolok Jolok |
jolok buah ni.. MAKAN( masammm) |
Snek paling sedap.. umbut palma kecik |
Kemudian.. aku meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan seterusnya.. Kat sini lah, kalo korang salah masuk jalan.. nescaya korang akan nyesal sebb yang menentukan korang mandi air terjun atau mandi peluh adalah jalan ni..
sila pilih KANAN |
Ini kerana simpang ke sebelah kiri tu adalah jalan menuju ke Gunung Rajah. Sebenarnya tak de lah sengsara sangat nak naik Gunung Rajah tu.. tp kalo kepala tune nak mandi LM.. tetiba sampai puncak Rajah.. tak ke gila ngan sejuk semua tak prepare. So jalan selamat pilih la persimpangan kanan.
Lepas tu korang layan la jalan tu sampai ke LM.. diantara tu akan jumpalah balak tumbang.. pas tu anak sungai yg comel..Harus diingat ye.. laluan ni senyap sunyi.. sebb korang tak akan dengar bunyi air terjun dah.. sebab korang dah tinggalkan Pertak dan menuju ke Medang. Mendakilah setinggi 650m dan berjumpa lah dengan ape yang korang cari..
balak sape la nii |
aku pasti mentibang ni betina.. |
anak sungai yang comel... sejukkk |
Dan akhirnya.. setelah menyusuri liku-liku kehidupan akhirnya aku tiba di LATA MEDANG.. sesampai je kat situ aku bergambar sakan kat Tier 1 LM tu..
acah acah |
Ni adalah tier 1 |
Aku rasa tak puas hati kat Teir 1..aku melebarkan sayap ke Tier 2 dan memutuskan untuk menjamah nasik lemak mak cik salmah ulu yam... Kat Tier 2 aku saran kan korang bawak baju sejuk sebb air dia sejukk.. ok hambar..
ampunkan saya penunggu Medang.. siyes sejukk |
ni aku bukan penunggu.. Sejuk macma ayer batu |
Aku tak lama kat situ dalam sejam je kot.. pas tu aku dah gegas nak turun sebab malas nak redah malam gelita kat situ.. Dah la tak bawak head lamp.. so aku tinggalkan kenangan aku kat situ .. dan guess what.. aku balik ditemani oleh sahabat baru ....
' |
sahabat setia.. dia malu nak amik gambar |
Dan aku sleamat sampai ke parking kereta dengan lagu dangdut Keong Racun..(ada plak Mat Asli karok lagu dangdut) hahahha..
Semoga kita berjumpa lagi di entry yang lain.. dan insyallah explorasi ini akan terus berjalan..
Sape nak join bole email aku hahahhaa....
Sape nak join bole email aku hahahhaa....
Ringkasan Lata Medang
Perjalanan : 3 jam (sepak daun)
Jarak : 12 km Pergi balik
panduan perjalanan :
titi gantung 1
titi gantung condong0
simpang 1 (masuk kiri)
simpang 2/ shortcut (masuk kiri)
simpang 3 (masuk kanan)... Sampai