Friday, September 21, 2018

#HIKING : EXPLORASI AIR TERJUN : LATA DAMAK (ULU GEROH GOPENG)

Assalamualaikum hai semua.. rasa macam lama dah tak menulis kat sini sebab aku sibuk dan banyak benda nak kena buat. So blog ni pon aku lebih kepada nak berkongsi plan aku untuk pergi meneroka air terjun ataupun outdoor trekking kat hutan-hutan seluruh Malaysia. So kali ini aku rasa aku berkesempatan untuk meneroka satu lagi kawasan air terjun iaitu Lata Damak (LD). Kalo korang nak tau kat Perak ada lagi satu Lata Damak tapi dekat Selama Taiping.. Lata Damak yang aku nak cerita ni adalah yang berada kat Gopeng Perak. So kalo korang google ke atau korang Waze jalan2 nak ke LD ni.. mmg semua akan menuju ke Selama lah. 

Kalo korang nak tau jalan masuk nak ke LD ni adalah jalan yang sama nak menuju ke Lata Ulu Geruntum tapi di satu persimpangan tu kita bole tuju terus ke LD tu. Anyway kawasan tu mmg kawasan hutan banat yang pada aku agak terpencil.. dan  FYI aku masuk hutan tu tak de sape2 pon yang ada.. hanya ada kampung orang asli.

PETA RINGKAS PERJALANAN KE LATA DEMAK

Kalo korang tau nak tgk peta seperti kat atas ni basically LD satu jalan je ngan Air Terjun Ulu Geruntum. Ulu Geruntum memang selalu gak jadi tarikan kat Gopeng ni. Tapi bila aku tanye LD orang Gopeng pon tak pernah dengar tempat tu. So ini menjadikan aku rasa lagi best kalo nak explore.

Perjalanan aku dari rumah nak ke Gopeng tu dalam satu jam sahaja. Tapi pagi tu mmg hujan lebat selebat-lebatnya.. macam tak bagi aku nak pergi. Tapi aku ni degil sket kalo kata nak masuk tu aku masuk gak.. cuma kalo tgk air tu lain macam aku tak mandi laa. Ok kita terus kepada perjalanan masuk ke  LD  ni. Kalo korang tgk kat peta atas ni.. LD  mmg menuju ke Kampung Ulu Groh. Jalan nye agak jelas dan terang la. Korang bole naik kereta terus sampai ke sungai yang berkaitan. Panduan nye. Korang cari simpang yang sama untuk menuju ke Gaharu Farm. Memang satu jalan la.. Selain tu gak korang bole cari Kuala Razila atau pon Rumah Rehat Adeline. Memang mudah.

Kalo korang penah pergi Bukit Batu Putih kat gopeng tu..sememang nya laluan korang akan melalui pintu masuk ke Bukit Batu Putih.

 ni pintu masuk ke Bukit Batu Putih
By the way abam nak mintak maaf awal-awal gambar yang aku tangkap ni semua masa aku nak balik dah sebb masa masuk tu hujan so nak amik gambar pon macam leceh sket.. so aku amik keputusan untuk ambik gambar on the way back. Tp tak pe.. aku rasa korang paham kot.. hahaha..

Korang terusssssssssss je jalan jangan belok-belok sampai korang ada nampak macam banyak binatang buas.. Kawasan tu memang binatang buas banyak.. Gajah, rimau semua ada.. tp jgan risau.. semua binatang tu jinak.. Orang tempatan dah assign binatang tu untuk jaga aset-aset diorang macm titi ngan resort.. siyes laaa.. tak main main..


Hah.. tengok ada gajah jaga titi.. masuk bagi salam tau
Yang ni adalah pintu masuk ke Kuala Razila. Tempat ni tempat org nak main water rafting. Masa aku lalu tu, air sungai dia mmg macam teh ais teh lebih.. padu keruh nye.

haaaa.. tgk ada rimau ada zirafah.
Korang masuk je dalam Kuala Razila tu.. Memang nampak macam korang akan masuk kebun sawit orang tapi jangan risau korang memang berada di atas landasan yang benar. Tp pak belang ni memang ada ye kat kawasan ni.. hahahha ..

Harimau tu berkeliaran je.. jalan-jalan
Ok sebagai langkah keselamatan aku sarankan korang bawak la buluh runcing.. dan bila jumpa je harimau tu tangkap dia dan tusukkan buluh tu di tapak kaki nya... hahahhaahahhaha.. Adehh bawak la parang ke mercun bola ke.. insyallah tu petua nak masuk hutan yang ada binatang buas nii.. Diorang takut bunyi2 bising. Tp kalo dah takdir korang tu nak masuk perut harimau so elak macam mana pon ke dalam tu gak .. nak wat cam ne.. tawakal je laa.. gurau gurau....

Bila dah lepas Kuala Razila tu korang akan masuk kawasan hutan sawit private laa ada pagar.. 


ok ni la pagar nye

Dalam gambar kat atas ni tu la pagar yang korang akan masuk dan terusssssssss lagi sampai jumpe persimpangan lain.. iaitu persimpangan antara Kg Ulu Kampar dan Kg Ulu Groh.. So korang terus menuju ke Kg Ulu Groh. Sebelum sampai persimpangan tu korang akan jumpe la satu constuction (tgk gaya macam nak buat jambatan) dan korang akan lalu berberapa anak sungai untuk jumpe persimpangan tu..

ni anak sungai yang korang akan lalui

Constuction (punca air sungai keruh)


Perjalanan ke LD mudah lah.. korang jalan je ikut jalan raya yang ada tu sampai jumpe persimpangan seperti di bawah.. korang baca signboard tu sendiri.


persimpangan dilema
sampai pon 
 Bila korang sampai kampung tu .. kalo dah rasa tak sabar nak mandi korang terjun je la.. tp kalo ada benda2 terapung tu korang paham2 la.. sbeb tu kawasan kampung orang asli.. Sungai adalah bilik air diorang. So aku cadangkan korang terus je lagi sampai korang tak jumpe jalan dah atau jalan mati




ramp kelapa sawit lama

rumah kuarters plantation

'kuarters' org asli
Lepas korang sampai je kg geroh tu.. mmg kat situ ada org asli sahaja.. Terus terang aku cakap/pesan diorang ni macam tak friendly sangat esp yang muda-muda.. macam tak suka org masuk kampung diorang. Tp kita wat lek je.. n jaga harta benda kita. Dan selepas korang tiba kat area kampung tu. Korang boleh la nak park kereta kat mana2 yang sesuai(keselamatan kenderaan tak dijamin). Dan korang bole je teruskan trekking masuk ke dalam lagi.. Pesanan aku skali lagi kalo korang nak rasa terjamin.. korang cari tok batin situ korang mintak diorang untuk jadi guide.. bayar la sket.. dan insyallah Tok batin bole bagi kerjasama..  JANGAN BUANG SAMPAH... tu je pantang larang dia.

ni la rupa airnyaa *ada sampah...so setupit*

agak keruh. petanda kepala air nak datang

ikut pada sejarah airnya bukan kaler ni

muka ngantuk sambil nyala api

pose maut

Aku ambik keputusan untuk lepak kat situ mandi dan masa tu aku mmg nampak gadis2 org asli membasuh baju kat dalam sungai *berkemban woi..hahaha.. so aku rasa situ pon dah cukup ok dah.. sebb aku malas nak masuk sampai dalam sgt sebb takut kecewa nnti tak leh nak mandi ataupon nak bergembira

Kesimpulannya .. untuk ke LD  ni aku sarankan korang hire la org asli kat situ untuk guide mana patut.. untuk tgk bunga reffelesia ke ape smeua.. sebb kawasan hutan tu adalah kawasan pemeliharaan bunga tersebut.. Aku harap entry kali ni boleh beri sedikit sebanyak info yang berkaitan.. Maybe next trip aku akan cari lagi tempat lain. sebb trip kali ni memang agak ad hoc sket.  soo. ok babi babai.. hahaahaha see yah......

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...