Thursday, January 31, 2019

BONE ADJUSTMENT + URUTAN SARAF




Whoaaaa... aloha..



Lama betul tak menulis sini.. mungkin sebab aku dah kurang menjalankan aktiviti 'murahan" aka hiking/outdoor... Tu la kali ni entry aku agak berbeza sket dari sebelum-sebelum ni. Aku nak menceritakan pengalaman aku buat treatment bone adjustment. Al-maklum lah badan aku ni dah byk kerosakan akibat dimamah usia.. dan dijarah oleh anasir2 jahat masa muda dulu.

Bone adjustment ni kita slalu dengar org kata chiropractic.. ala yang perawatnya akan kepak-kepak sendi korang sampai meletup-letup.. Kalo korang penah dengar ada sorang uncle cina ni.. nama dia Chris Leong (master) mmg viral sejak dua menjak ni pasal kebolehan dia untuk buat treatment adjustment ni..


ni Master Chris Leong
Kalo korang penah tgk org kat atas ni la master tu.. Basically semua menjalankan method yang sama dalam penyembuhan tu.. Cuma tahap pengalaman dan kepakaran diorang ni je menjadi ukuran. So aku mengambil pendekatan untuk mencuba buat adjustment badan aku ni. Dan pada suatu hari aku tergerak untuk mencari di Instagram dan aku ada terjumpa seorang hamba Allah ni.. dengan menggunakan ig @hans.ahmadofficial . Beliau la perawat yang telah mengerjakan badan aku. 











ni dua adalah page instagram yang aku berurusan untuk membetulkan badan aku nii














Aku telah berhubung dengan beliau dan membuat satu temujanji untuk melaksanakan rawatan. Konon nya aku nak buat rawatan dulu baru main ragbi .. tp atas nasihat dia aku better buat selepas ataupun 2 minggu sebelum main ragbi. DIpendekkan cerita.. aku terus ke premis dia kat Selayang (Bukit Idaman). Dan apabila dah jumpa dia, dia akan tanye ape masalah aku... (bukan tanye cam gengster,tp macam doktor)... aku pon bagi tau la ape masalah aku sebenarnya.. So dia cadangkan untuk aku buat Urutan Saraf kemudian bekam dan seterusnya bone adjustment (chiropractic).

Satu je aku nak tanye hans ni..kenapa pesakit dia kena pakai kain batik.. bukan kain pelikat ke kain kapan ke.. mmg ada unsur perubatan traditional mistik melayu puteri gunung ledang  ke ape ni.. ok gurau-gurau


lelaki berkain batik adakah lelaki namanyaa


p/s :sebelum aku up kan gambar2.. aku terpaksa tutup tmpat2 sensetip. sebb ada terselak sana sini 


Aku mulakan rawatan dengan urutan saraf.. Dan untuk korang punya pengetahuan sekiranya koran belom pernah servis saraf korang mmg aku akan jamin korang akan menjerit manja.. sebb sakittttt... perawat tu ada bagi tau aku, dia penah urut someone sampai dia terkencing. So bertabah laa..


tutup muka bai... sakit teruk.. byk urat sumbat
Dan lagi satu, aku menggelupur masa urut tu atas faktor sakit dan geli sama.. sebb semua celah dia tekan...sabar je la labu. no pain no gain... bole ke guna tag line tu 
hahahha

Selepas abis urutan saraf.. honest aku cakap, badan mmg rasa ringan dan sakit-sakit kat tempat urutan tu... tapi insyallah sakit tu akan hilang.. tu biasa laa...then aku disuruh meniarap untuk buat bekam plak.. mmg mandi minyak la aku masa tu..hahaha..

untuk bekam plak, dia bukan buat bekam sunnah, tapi bekam saraf. So dia akan fokus kepada point-point saraf aku tu.



ada 10 cup termasuk belakang kaki
Kata si perawat, bekam ni untuk lelaki wajib atau seelok eloknya 2bulan skali buat.. Kalo org pompuan tak digalakan buat slalu.. sebb pompuan dah buang darah kotor setiap bulan. Tp lelaki nak kuar kot mana darah kotor tu.. so melalui bekam laa. So aku dah period bulan ni, korang bile lagi.

agar-agar jeli nata de coco sirap

hakak dah period la uolllls


Selesai je memperiodkan diri, aku diajak masuk dalam bilik treatment untuk bone adjustment atau chiropractic.. Masa ni mmg aku akan di kepak-kepak macam kayu laa..siap sediaaa...preaaappppp

prapppppp
ni penyakit sebenar aku.. urat putus katanya... adehh
adjust tulang belakang skettt


Lepas aku dah siap semua benda ni... mmg diakui.. SAKITTTTT.. hahaha.. tp katanya.. aku kena pantang dari melaksanakan heavy activity. Aku kena pantang selama 14 hari bekerja.. hahahahaha..so aku akan ikut.. lepas 14 hari aku akan try workout untuk next game.

Dan ada satu petua yang dia bagi kat aku sebagai sportsman.. Dia kata sebelum bersukan try letak kan sket TURPENTIN (minyak gas)  kat pelipat lutut sebelum main..Khasiatnya secara traditional: urat akan kembang dan blood flow akan lancar n kaki akan ringan.. insyallah dengan izin Allah.. Shhhhh... jgn bagi tau org tau ni rahsiaaa haaha... kalo lepas sapu turpentin tu tak jadi gak.. korang mandi je ngan turpentin tu pas tu nyala api.. insyallah... selamat

So skang ni aku tgh berpantang.. tanak ucapkan selamat berpantang ke kat abam...eh hakak..eh ape ape lah...

ok bye .. see u next entry...


PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...