Thursday, February 7, 2019

Gunung Relau #1 (ABORTED)


Asalamualaikum semua... Kali ni aku nak update plak pasal trip aku masa CNY 2019 ni.. Trip ni aku mmg buat adhoc je. Sebab rasa dah lama tak naik gunung so aku pon decide untuk mendaki Gunung Relau kat Kampar. 

Ape yang menarik kat gunung ni bukan la view di puncak tapi tempat tu adalah kawasan peninggalan ataupon tapak terhempasnya pesawat pengangkut tentera british masa perang dunia kedua dulu. Yang ada kat tapak tu adalah bekas2 peluru dan mortar untuk perperangan.. tp hanya tinggal bekas je laa.. Gunung tu ketinggian dia dalam 951 meter je.. So santai-santai je patutnya..

NAMUN BEGITU.. Perjalanan untuk naik ke sana aku telah diuji oleh perkara-perkara yang boleh aku katakan berbaloi lah untuk aku ikut ujian tu.. Ujian pertama adalah plan asal nak gerak ke Kampar jam 5.30 pagi.. makna kata aku akan ber Subuh kat Masjid An Nur tu... Tetapi aku bangun pon dah 6.40 pagi solat semua dari umah.. dan aku sampai kat kaki gunung tu dalam jam 9.20 pagi.. ape kejadah nak naik lambat ni.. hahhahaa

Tp atas dasar aku nak jugak sampai kat puncak hari tu.. aku teruskn jugak niat tu untuk naik ke atas... Buddy aku pon layan je.. sebb dia tau aku kalo dah kata nak gerak.. aku gerak je.. hahaha..

pagi tenang.. meneruskan jalan

Perjalanan dari tempat parking keta tu aku rasa santai je.. korang akan melalui jalan2 denai yang biasa dilalui oleh org asli situ. Ini kerana itu adalah dusun diroang.. Nasihat aku kalo ada nampak buah durian tu tak payahla makan hahhaha.. bukan kome punya pon.. so ignore je.. tp.. satu benda aku tak leh nak ignore.. ada sejenis buah ni.. agak rare bagi diri aku.. tapi .....

penah tgk ke?
Buah ni nama nye cerapu aka pisang kaki kampung.. Tp isi nye.. rasa nya tak sama ngan pisang kaki(persimmon) hokey.... Rasa dia masam-masam manis.. sedappp... bergetah sket.. Pokok dan daun nya macam pohon manggis.

ni isi dia

model buah

Ok. habis bab buah.. bila nak masuk cerita pasal gunung ni.. hahaha..Ok back on trackk.. Semasa dalam perjalanan naik menuju ke CP 1.. iaitu rumah org asli.. Aku dan buddy telah di momok-momok kan oleh satu bunyi yang agak menarik perhatian.. 
AIR TERJUN... dan guess what.. air terjun tu bukan biashe biasheeeee... terus.. buddy aku merengek dan bertukar air muka nak bernti setakat situ je.. dalam hati aku rasa macam nak pijak je perut dia nii... aku tengah semangat.. dan aku tak peduli dia.. aku ajak jalann.. "cepat jalan  kalo nak mandi kita kena sampai atas cepat dan turun cepat.. boleh terjun tiruk"... so dia pon ikut.. 
Setiba kat satu kawasan yang jarak perjalanan lebih kurang 200 m dari kawasan kejadian.. macam ada banyak2 stop nye.. nak tgk buah la nak minum la ape laa.. so aku pon buat keputusan untuk patah balik dan jadikn trip ini bukan naik gunung tapi mencari waterfall
.... hahahahha biadap...

 Kalo korang nak tau.. air terjun ni mmg jernih dan sunggu paduh..air dia bawah sikit dari CBL tu.. so kalo rasa sakit nak naik CBL bole la g air terjun ni.. So aku nama kan ianya Sungai Relau.. dan air dia ... Masyarakattttttt// mmg jernih dan ummmph....

tgk kaler air diaaa... biruuu/hijau nampak dalammm


Sila korang tgk.. korang rasa...... ape patut aku buat?.. terjun laaa hahaha..

komen la sket..
bole minum terus


ni kawasan nak terjun tiruk.. mmg dalam


Untuk korang punya info... Buddy aku malu-malu nak masuk air.. sejuk la ape laa.. lempang muka baru tau.. sudah nya.. aku dulu yang celup.. hahhahahaha

cahaya dari langit









Ape yang aku bole komen adalah.. air terjun dia bukan biashe-biashe.. so mmg puas kalo mandi sini.. ada platform n berberapa pool2 yang sedap berendam.. ada batu yg flat yang bole korang solat atas tu.. hahah.. aku akan ambil pendekatan untuk mengulangi trip ni ke sini dengan preparation picnic plakk.. hahaha... baru paduuu
Masa ni aku hanya bawak megi dan aku makan megi la untuk kenyang kan perut yang tengah sejukkk...

megi air terjun jernih

sedappppp.... masyukkk


So kesimpulannya disini.. aku saran kan.. lepas ni. aku akan cari trek yang tak lalu air terjun.. sebb benda ni macam hantu yang menarik... hahaha.. aku tewas... dan buddy aku berjaya buat muka sinchan dan aku turutkan.. sudah nya gunung relau ke mana... ape kemana.. hahah.. sampai berjumpa lagi untuk update gunung relau sebenarnyaa... adios



trek nya tak jelas sgt.. so need time to explore
sebelum tewas di air terjun
masuk dusun.. guna gps.. on track sir!








PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...