Wednesday, June 10, 2020

HARI KEPUTERAAN YDPA... DAULAT TUANKU




Assalamualaikum semua, entry kali ni aku rasa macam nak berkongsi sedikit maklumat yang pernah aku terbaca dalam media sosial dan ramai gak org bertanya kenapa hari keputeraan rasmi YDPA tak sama dengan tarikh harijadi baginda sendiri. Nak tau tak kenapa? Ni la sebab nya..... benda ni adalah tradisi sebenarnya, tradisi yang diambil dari acara King's Official Birthday di Britain. Kalo korang nak tau, kat Britain pon Queen Elizabeth II punya birthday pon untuk tahun ni jatuh pada 12 Jun, walopon dia beranak pada tanggal 21 April. Masa zaman bapak Queen Elizabeth II iaitu King GeorgeVI yang lahir pada 14  Disember pon sambut birthday dia sebagai raja pada 9 Jun 1937 *semua pon bulan Jun..maknanya aku keturunan raja Britain la kan?

King George II


Jom cite sket pasal King George II plak. Dia ni raja Britain yang pertama tau... dia lah yang pertama tama skali sambut birthday official sebagai raja. Untuk makluman korang tempoh pemerintahan dia adalah dari 1727 sampai 1760. Dia ni seorang raja yang berjiwa perang.. Dia merupakan raja yang directly memimpin angkatan tentera dia untuk pergi berperang. Dia ni mmg level fanatik la dalam ketenteraan. Sebagai contoh dia sendiri mempimpin perang kat Battle of Dettingen di German pada tahun 1743. Lepas 5 tahun dia menang perang ni mula la dia nak show off kekuatan bala tentera dia. So apabila dipikir-pikir, dia pon plan la nak buat perarakan dengan mempamerkan kecanggihan dan kegagahan tentera dia. Punya lama pikir dia pon decide la tarikh nak buat show off tu pada tarikh hari jadi dia.. Namun malang nya hari jadi dia plak jatuh pada bulan November yang mana masa tu mmg musim sejuk dan salji. Sape la plak nak datang tengok perarakan tu. Jadi dia pon rasa masa sesuai adalah pada musim panas. Dengan itu King George II memilihlah pada 14 Jun 1748 sebagai hari keputraan rasmi dia sebagai Raja Britain. Perarakan ini dinamakan 'Trooping the Colours" (merujuk kepada warna panji-panji rejimen yang diarak)

medan perang 'Battle of Dettingen'

Sejak daripada itu lah semua raja (skang Queen la) official birthday akan berlangsung pada bulan Jun setiap tahun dan Trooping the Colours tetap diadakan sebagai simbolik untuk menunjukkan peranan raja sebagai ketua angkatan tentera (Commander in Chief). Meh aku story sket pasal apakah aktiviti semasa Trooping the Colours ni.. Kebiasaannya raja/queen akan berkenan untuk memeriksa baris tentera household division yang terdiri kalo tak silap aku ada 7 rejimen. Istiadat ni slalunya Queen akan naik kuda dan periksa baris semasa atas kuda.. tapi tu cite masa muda laa.. Skang dah tua ni dia naik kereta kuda la plak.. asalkan simbolik pemeriksaan baris tu tetap diadakan. Dengar cerita tahun ni punya Trooping the Colours akan dilaksanakan tanpa tontonan orang ramai sebb pandemik COVID kan. Slalunya perbarisan ni akan diadakan di Windsor Castle.


tak larat naik kuda dah

perkarangan windsor castle


masih bole naik kuda

poster trooping the colours



Kalo korang nak tau, bagi negara-negara Commonwealth Realm( bekas jajahan British yang menjunjung Queen sebagai ketua negara) telah menetapkan cuti umum di negara mereka pada bulan Jun setiap tahun. Macam negara kita, walopon kita adalah negara Commonwealth, kita ada hari keputeraan Rasmi bagi Raja kita.. Spescial kannn.. wink wink




Kat Malaysia ianya dikenali sebagai Istiadat Mengarak Panji Panji Seri Paduka Baginda YDPA dimana semua panji-panji angkatan tentera akan diarak  Kalo nak diikutkan, Istiadat ini bole diadakan pada bila-bila masa sebab cuaca kita mmg sentiasa panas je.. tak de salji. Tapi sejak kita Merdeka, Hari Keputeraan Rasmi YDPA disambut pada Rabu pertama Jun. Hanya bermula pada 1992 baru lah kita tukar tarikh kepada Sabtu pertama Jun.



Tapi... pada pemerintahan Sultan Muhammad V, tarikh tersebut skali lagi ditukar kepada 9 September dan tahun ini 2020 dah berbalik kepada Isnin pertama Jun.. Kesudahannya kita pon sambut sama je bulan Jun jugak bagi meraikan tarikh tersebut sebagai satu istiadat di Britain.Tak macam Brunei, Lesotho, Thailand, Tonga dan Jepun, sambutan hari keputeraan Raja mereka adalah pada tarikh sebenar raja tersebut dilahirkan, Hari keputeraan ketua negara Britain dan Malaysia memberi gambaran bahawa monarki di negara-negara ini adalah satu institusi, bukan individu.

Meskipun raja ni bersilih ganti, sistem beraja kekal berdiri dan terikat dengan Perlembagaan moden dan juga masih memelihara tradisi dan identiti, menjamin kestabilan negara......

8 hb dah cuti... so tarikh ni kita gunakan masa ini untuk menghayati makna institusi raja kita...


'LONG LIVE THE KING!! LONG MAY HE REIGN!!

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...