Tuesday, July 3, 2018

#Hiking : Aplikasi GPS yang terbaik untuk masuk hutan

Entry kali ni aku rasa aku nak share tentang aplikasi-aplikasi GPS untuk tujuan hiking ataupun outdoor activities yang boleh kita guna sebagai panduan untuk tak sesat dalam hutan (insyallah). Dah nama pon Apps kan.. so sah sah kena ada konsolnya atau gajetnya. So kat sini aku lebih ceritakan tentang Apps yang bole compatible ngan IOS. Sebb aku pengguna Iphone... Ok kita pergi kepada Apps ni satu persatu la ye...


Ni apps yang aku guna sendiri


Btw.. aku hanya guna 3 Apps sahaja yang aku rasa dah cukup bagus walaupun aku hanya gunakan free version.

1. Gaia GPS.


Secara ringkasnya Apps ni memang ringkas dan mudah digunakan. Ianya boleh digunakan secara offline dan yang paling penting bole digunakan secara percuma.. (tapi kena pandai baca la). Menurut kepada review orang kat Apps ni.. ia bole digunakan dalam 3 jenis peta iaitu Peta Topo, Peta Jalan dan Paparan Satelit. Aku lebih mudah untuk menggunakan jenis Topografi sebab boleh nampak alur-alur ketinggian bukit dan gunung.
Topo Map dalam Gaia

Ni paparan yang live aku buat ketika itu.. Ni adalah peta topografi. Terdapat juga laluan-laluan yang pernah ataupun telah dipublishkan dalam Apps ni. Sebagai contoh laluan ke Lata Medang :\
Laluan Lata Medang

Seperti rajah di atas, laluan utama ke Lata Medang dah ada tersimpan dalam Apps ni. So ape lagi.. Secara online dan offline kita boleh follow je laluan tu dan jangan sampai bateri abis dah laa. Pesanan kepada peneroka alam, walaupon dah ada denai-denai lama kita kena ada backup gak.. Sebb hutan ni macam-macam boleh jadi.



2. All Trails.


 Secara jujurnya aku tak berapa gemar Apps ini. Tp sebagai perkongsian aku share je lah. All Trail ni bagus gak tp kalo untuk free user ianya agak kurang membantu aku.
Ni paparan hadapan Apps ini
Kalau dilihat dari segi susun atur apps ini. All Trails ni memang nampak kemas dan cantik la. Tapi macam aku cakap tadi kalau nak guna free memang kurang membantu. Agak sukar untuk nak create jalan baru dalam hutan, sebb ianya perlukan capaian coverage telefon sekurang-kurangnya GPRS. 
Kalo nak beli ni la harganya

Sebagai pengguna premium untuk mana-mana Apps dalam telefon ni, sememangnya kita akan dapat banyak manfaat. Tapi sebagai pengguna bijak plak aku akan cuba untuk memaksimumkan penjimatan selagi boleh. Tapi harus diingat, jimat tu jimat jugak, keselamatan kita paling utama. Tak salah kalau kita nak mencuba untuk membeli benda-benda yang berguna.

Menurut kepada review lagi, Apps ni ada 50000 trails yang feveret di gunakan seluruh dunia. Termasuk Malaysia skali lah.Cuma aku ada test gak yang trail-trail di Malaysia hanya ada trail yang popular. So kalo nak redah kena pakai Apps lain la..

Pilihan Trail yang boleh dipilih


Trail Bukit Kledang, Ipoh

Berdasarkan paparan ni ia adalah trek-trek popular sahaja. So ramai orang naik, trek jelas so benda ni dah defeat the porpose lah.Tp macam aku pesan tadi, apps ni adalah backup sekiranya kita tersesat kita leh tau location dan arah tujuan kita nak pergi secara elektronik.

3. Wikiloc.



Haaaaa.. ini apps yang aku rasa paling berkesan untuk aku secara peribadi lah. Dimana korang boleh rekod track yang korang lalu dan apabila korang rasa nak patah balik korang bole patah balik secara back track. Haaa. tu yang penting kan.Bole main redah je dalam hutan banat mana yang x de coverage telefon dengan cara korang download peta Malaysia. Bila dah ada maknanya dah boleh guna secara offline. Kan senang tu.

Dalam Wikiloc ni banyak cara yang korang boleh guna kan untuk jadi sebagai panduan. Sekiranya korang tak nak melabur untuk beli premium koran leh gunakan cara yang aku slalu wat untuk menikmati kelebihan wikiloc ni. 

Cara-cara:


1. Korang Download dulu maps malaysia

2. Lepas tu pergi masuk mana-mana hutan samada yang dah ada track atau virgin.

3. pergi ke halaman Recording track ;


Ni paparan rekod
4. Start record dan korang bole je jalan ikut suka korang atau nak create jalan baru. Lepas tu kalo rasa tersesat jauh atau mak panggil balik.. korang bole Track back laluan yang korang lalu sebelum tu.. 

haaaa.. mudah kan. Yang penting korang tak sesat la. Melain kan bateri abis

Track Lata Medang

Macam track-track popular korang x perlu risau dah sebb selalunya da ada track yang jelas. Macam aku maklumkan sebelum ni aku gunakan apps -apps ni adalah sebagai backup untuk aku patah balik sekiranya berlaku ape ape.


Track untuk berbasikal pon ada

Basically semua Apps yang aku tunjukkan ni telah memudahkan hidup aku secara peribadi. Hahahah. Boleh membantu dan menyelesaikan ape yang aku rasa perlu semasa dalam hutan. Banyak je lagi Apps yang sama dengan yang aku ceritakan kat atas ni. Tapi ini yang terbaik pada aku je la.. pada korang aku tak tau la.. Ada modal lebih beli la Garmin ke Sunnto Traverse ke. 

Setakat ini je la kot cerita aku pasal benda alah ni. Harap dapat memberikan gambaran secara surface kepada korang yang rasa was-was nak masuk hutan dengan ilmu navigasi manual yang minimal.


Bye






No comments:

Post a Comment

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...