Wednesday, July 11, 2018

#HIKING: ILMU IKHTIAR HIDUP PART 2

Assalamulaikum WBT. Kali ni aku nak bawak korang ke Part 2 survival skills. Iaitu tumbuhan /buah- buahan/ kayu/besi/tanah/binatang yang boleh dimakan.. Sebelum tu aku bagi tau sket tips untuk mencuba atau kenal pasti pokok/tumbuhan yang ingin dimakan.

TIPS KENALI MAKANAN ANDA

Korang ingatlah tips ni.. aku diajar dari masa sekolah lagi dan masa dalam asas komando (paskal) aku masuk dulu pon dah diajar benda sama ni. langkah-langkah mudah nye seperti ni. Ringkasan kepada tips ini adalah HIDU, GOSOK & RASA.

1. ambil daun/buah yang korang rasa buah tu boleh makan. Cium dulu.. bukan Kiss muah mmuah tu tau.. tapi hidu dengan hidung. Kalau-kalau ada bau-bau yang tajam yang bole dianggap memudaratkan.

2. Renyukkan daun tu / potong buah tu sket dan try sapu atau gosok dekat tmpat kulit nipis kat badan korang contoh kat bawah lengan, peha dan kat mana korang rasa nipis. jgn kat benda sulit dah laaa. tu mau meraung. Lepas sapu atau gosok tu, tunggu la dalam 15 minit kalo tak de rasa gatal atau rengsa pada kulit buah/daun tu boleh di kirakan selamat pada asasnya.

3. Kalo rasa tak kompiden lagi  gigit sket je kunyah sampai lumat hujung gigi dan bole la nak test telan sket sket.. kalo ok x de rasa getah yg gatal atau yg lain-lain mudarat.. insyallh benda tu dah selamat dimakan.. cuma sedap dan tak je lah.

Ini la tips paling mudah kalo korang x kenal daun/buah yang bole dimakan.


CONTOH TUMBUHAN/BUAH POPULAR DALAM HUTAN YANG BOLEH DIMAKAN

Secara am nya banyak tumbuhan dan buah yang boleh dimakan dalam hutan. Ada je buah yang kita selalu nampak orang jual kat merata pasar. Contohnya petai, durian, salak, epal,anggur, dsb. Aku akan ceritakan sket buah-buah yang agak popular la untuk berada dalam hutan kat dalam Malaysia ni. Tp ape-ape pon bergantung kepada rezeki gak.


1. Bertam

Korang pernah tgk pokok bertam? Pokok ni memang selalu ada dalam hutan yang biasa-biasa ni. Bukit-bukit rendah pon ada je pokok ni.. Bole makn buah dia.. Bertam dan salak kelihatannya hampir sama tetapi ada perbezaan. Untuk membezakan, lihat jambak bunga dan buahnya memang lain. Buah bertam hanya keluar dari bahagian tengah rumpun bertam dan salak pula dari jambaknya. Pokok ini memang banyak duri. So hati-hati la.

Sifat buah bertam Kulit buah Bertam (bersisik halus) jangan confius pulak dengan buah salak sebab buah Salak pula kulit (bersisik kasar). Dimakan sewaktu muda dan berisi putih/coklat yang lembut (jika tua ia akan keras). Daun pokok bertam lah orang slalu buat atap.



Buah Bertam

Biasa tengok tak pokok ni? Ni pokok bertam


2. Buah rotan

Buah rotan ni pada aku dia punya rupa kalo dah masak macam buah laici. Memang menyelerakan.. Kalo korang tersesat dalam hutan jumpa buah ni rezeki lah tu kira nya.Sifat buat rotan ni macam bersisik dan berbulu dan bulat, bulat oval atau lonjong. Ada macam -macam warna iaitu kemerahan, coklat, coklat kemerahan, hijau atau kuning. Isinya lembut dan bijinya berwana coklat cerah danpermukaan licin.
Khasiat buah rotan adalah sebagai salah satu ubat cirit-birit serta masalah pencernaan yang lain. Secara tradisional buah rotan ni jugak boleh digunakan  sebagai bahan untuk menyembuh masalah kencing darah,ubat sakit mata dan penyembuh luka, menghentikan pendarahan dan macam-macam lagi


Ni buah belum matang








3. Buah tampoi

Buah tampoi ni memang slalu hidup liar dalam hutan. Kat hutan KKB tu bnyk pokok ni. Ikut nasib la kalo korang nak naik Bukit Kutu terjumpa buah tampoi ni dah boleh makan. Sedap ooooo.Pokok Tampoi merupakan pokok yang rimbun dan besar, dapat mencapai tinggi 30 meter dan dikatakan berbuah tujuh tahun sekali. Sifat buah tampoi ialah besar dan hampir bulat, dengan kulit yang berwarna jingga. Berkulit tebal dan isinya berwarna putih dan lembut. Rasanya masam/manis



Ready to eat. YUM YUM




4. Durian Hutan

Haaaaa. yang ni siyes aku katakan mmg sedap.. Musang King Gred Gajah Duduk punya.. ajhahahaha.. Sebab ape aku kata macam tu. Fizikal buah ni memang sama dengan durian  yang kita makan selalu. Yang membezakannya durian hutan dengan durian komersial tu adalah isinya.. Sebab durian hutan ni isi nya seulas untuk satu pangsa.. macam dalam gambar bawah nii



DURIAN HUTAN

Pokok durian hutan ni selalunya tumbuh di paras 800m dari paras laut. So macam biasa lah durian ni jangan la makan bnyk panas dia lain macam gak.. dah la dalam keadaan survival.. air mungkin minima.. korang melantak durian ni.. kompom dehidrate......

5.Buah Cemponek/Temponek





Ni pulak buah cemponek.  Buah dia kecil jer..sebesar penumbuk dan panjang sedikit.  Isinya seperti buah cempedak masak.  Rasanya masam masam manis dan ada biji juga. Haaa kalo korang tgk sebijik macam cempedak kan.. Tapi nak ikutkan buah ni memang jarang la nak boleh jumpe skang ni.. Monyet kera dah sapu dulu dah.. Yang muda-muda pon diorang sapu. Lagi satu kat mana korang nak amik galah sebb pokok dia ni leh tumbuh sampai ketinggian 30 meter..Monyet pon gayat tau tak



Kalau la aku berjaya jumpe bijik dia.. Aku nak try komersil kan buah ni.. hahhahaha.. Skali sekala nampak dia macam buah tarap.haaa tak tau kan buah tarap. Buah tarap, cemponek ngan cempedak adalah adik beradik lain mak.. so boleh la makan dengan lahap nya..


6. Buah Tarap

Haa buah ni la yang aku kata sama lebih kurang dengan cemponek tu. Bile dah lain mak maksudnya dia tak sama la sangat ngan cemponek tu. Isi dia putih dah macam buah nona atau koko je rupanya. Nak sama ngan manggis pon ye jugak. eh sama ke..hahahaha
Korang tgk la sendiri buah ni macam mana rupanya.

haaa sama tak

Kalau nak tgk pada tekstur isinya berwarna putih.Berkulit tebal berduri tetapi tumpul dan lembut. Tanda-tanda buah ni dah masak bila kulitnya jadi  keras dan rapuh. Tarap jugak akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu ke hijau kekuningan bila masak  Buah ini benar-benar masak jika terdapat kesan membusuk di buah dan akan gugur. Buah Tarap tidak boleh di simpan lama lepas  dah bukak.


Nampak lazat kan
Kalo berkesempatan untuk rasa korang makan la puas-puas. Spesis diancam kepupusan ni. Haahaha.


7.Buah senduduk

Ini adalah sumber makanan paling mudah nak dapat kat dalam hutan datar. Alah belakang umah pon ada je dalam semak tu. Mudah sangat nak dapat. Rasa pon leh tahan kelat manis. Boleh la nak buat lapik perut. Kalau korang tak pernah jumpe buah ni aku harap korang boleh la tolong ayah korang tebas semak kat dalam kawasan taman korang tu, Insyallah ada.

Pernah tengok ke tak

Tapi korang jangan la makan buah tu bile buah tu macam kat dalam gambar atas nii.. Tak masak lagi oi. Kalo yang dah boleh makan bile isi dalam dia terkeluar.. Istilah sesuai macam buasir lah.haahaa


haa. nampak tak buasir dia dah keluar..

So korang boleh la makan yang warna hitam tu. Fitrah dia, dah bukak siap dah untuk sekalian alam lain untuk makan.. Tu lah jasa beliau. Hargai lah dia ye. hahahahah.


Huh penat gak nak manaip ni. Aku rasa cukup kot setakat ini info berkenaan dengan buah-buah hutan ni kesinambungan dari ilmu survival yang aku share dalam entry part 1 tu. Secara asasnya kalo korang dah mati akal dah untuk pilih ape yang bole dimakan masa sesat dalam hutan. Korang cari lah semua jenis pokok palma. Pokok-pokok cam tu dia ada rebung atau pun umbut yang boleh dimakan. Sekurang-kurangnya moral korang akan boost untuk meneruskan kelangsungan hidup masa dalam hutan tu. 

Sehingga berjumpa lagi dalam Part 3. bye





3 comments:

  1. Useful info. Not many people will tell us this with photos

    ReplyDelete
  2. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...