Monday, July 16, 2018

#HIKING: ILMU IKHTIAR HIDUP PART 3

Assalamualaikum WBT

Entry kali ni aku nak sambung dari part 2 survival skills yang ari tu. Aku dah cite pasal buah... korang nak aku cite pasal ape lagi daun pulak ke.. pas ni batang dia pas tu akar. Lembu pon tak kenal rumput dia makan tu sampai ke akar. hahaha.. Tak pe. demi melebarkan ilmu tersebut aku boleh je nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan tumbuhan atau pucuk-pucuk pokok yang boleh dimakan. 

Kalau nak dikira pucuk-pucuk pokok ni ianya ibarat macam makan ulam-ulam la. Basically makan ulam ni kalori intake tu tak de la banyak mana tapi lebih kepada psikologi tubuh dengan cara bagi tau badan yang korang tengah makan. Paham ke tak maksud yang aku cuba sampaikan ni.. Bukan marah.. ni tanyeeee... Ada gak budak bertuah tanye aku, "abis tu mak-mak kita ni pakar survival la ye, sebab diorang bole tau pucuk ape nak makan kayu ape boleh kunyah"?. Aku ye kan je laaa

Anyway kita balik kepada bisnes asal kita.. ehhehe. tumbuhan yang boleh dan senang didapati boleh dimakan samada mentah, rebus, atau buat masak kicap.

Dalam entry sebelum ni aku ada bagi tau, pokok-pokok palma ada rebung/umbut dia kan.. so jom kita tgk macam mana rupa bendalah ni.

Eh, kalo aku nak cerita pasal pokok palma ni sama je semua nyee.. Korang tau tak pokok palma ni cam ne. Palma=palm pokok ni yang mana bentuk macam pokok kepala kelapa tu semuanya keluarga sama la tu. 
Pokok Pinang


Pokok Bertam

Pokok Kelapa

Pokok Salak

Sawit


Pokok-pokok palma kat atas ni adalah yang common dijumpai di sekitar hutan-hutan kat Malaysia ni. Asas nya pokok ni boleh jadi pelbagai guna daun nye buat atap,buat pakaian,tempat lapik tido pas tu buah dia bole dimakan , dan umbutnya ataupon teras pokok ni semua lembut.. boleh makan mentah ataupon dimasak..(tak percaya try la makan umbut sawit atau palma yang tanam tepi jalan). Satu lagi pesan aku, kalo korang pokok kelapa pon korang tak kenal lain macam korang punya pekan nii.. hahahaha..

umbut pinang

umbut sawit

Secara am nya.. umbut pokok palma ni sama je semuanya. Tuhan dah jadikan hidupan dan tumbuhan tu memang sebagai rantaian makanan antara satu sama lain, jadi gunakan sebaiknya dan gunakan ditempat yang betul. Kalo korang larat nak gi tebang pokok sawit/pokok palma skala besar dalam hutan masa sesat tu. Dipersilakan laaa.. takut nnti ada yang mati atau pewai sebb dah abis tenaga.. Ingat!! ni semua makannan mudah sekiranya korang terperangkap dalam hutan. 
Selebihnya pandai-pandaila hidup dan serahkan lah bantuan tu pada yang maha ESA.. 

Okeh. aku rasa sampai sini je dulu kot.. nanti ada masa lagi aku sambung... ONZ TAK ONZZ

No comments:

Post a Comment

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...