Wednesday, July 11, 2018

#HIKING : ILMU IKHTIAR HIDUP Part 1

Assalamulakum WBT,

Kali ni aku tergerak untuk share sikit pasal ilmu ikhtiar hidup atau alih bahasa omputih Survival Skills. Hahaha.. aku ni pon masih lagi ingat-ingat lupa la ape yang diajar kepada aku dulu.. insyaalah kalo ikut ni selamat.

Kepada yang suka berdepan ngan dunia outdoor aku sarankan korang kena ada sedikit sebanyak asas ikhtiar hidup ni. So siap sedia aku akan ceritakan dari perkara asas sehingga peringkat 'boleh hidup' laa...

Kalo korang semua tersesat atau berada dalam musibah dalam hutan,tok guru aku cakap ingat istilah ni.. S.T.O.P. korang tau tak.. STOP ni bukan la 'berhenti' semata-mata... tapi lebih kepada panduan sekiranya berlaku perkara-perkara buruk.

S- STOP/SIT 

Bila terjadi kesesatan/masalah dalam hutan, duduk dulu dan tarik nafas panjang dan bertenang. Buat perkara ini sebanyak yang mungkin sehingga korang rasa tenang dan steady. Sebab kalau heartbeat korang masih laju atau masih panic mood memang susah untuk korang berfikir dengan waras. Kenapa korang kena duduk setempat? ini kerana sekiranya korang dikenal pasti hilang korang akan lebih mudah dikesan berbanding kalau korang bergerak sana sini.. Susah orang nak rescue korang.

T - THINK

Lepas korang dah tenang semua. Masa ni adalah sesuai untuk korang kenalpasti lokasi korang, keadaan sekeliling dan ingat balik point-point utama sebelum korang tau korang sesat. Ini kerana kadang kadang kita boleh dan mampu untuk ingat kembali jalan utama sebelum kita sesat dan terkeluar dari track . Lepas tu korang jugak kena fikirkan ape keperluan yang paling penting bile korang dah tau korang sesat seperti tempat berteduh, sumber air dan makanan. Air adalah elemen utama yang paling penting untuk kemandirian dalam hutan. Biar x de makanan jangan tak de air. 

O - OBSERVE

korang perlu mengambil kira keadaan sekeliling. Bolehkah korang membuat penentuan lokasi anda dengan tepat? Adakah korang tahu ke arah mana untuk pergi mencari bantuan yang paling cepat (dan adakah korang tahu bagaimana untuk mencari arah itu)? Dah pukul berapa waktu tu.. dah terlalu lewat petang ker? Apakah cuaca sekarang dan apa yang mungkin dilakukan dalam beberapa jam ke depan?
Atau yang paling simple adalah dengan korang kenal pasti kawasan sekeliling selamat ke tidak dari binatang buas, jenis makanan dari tumbuhan liar mana yang sesuai dan boleh dimakan (Yang ni nnti aku ajar dan bagi tips mudah )
P - PLAN

Bila semua yang di atas tu dah korang lakukan.. masa ni lah yang paling penting iaitu plan for action.. jangan plan je.,. tp x jalan gak.. sebagai contoh , Kalo korang dalam keadaan cedera atau tak boleh berjalan cuba untuk bergerak ke tempat yang jelas dan duduk di situ dan bnyak kan buat bunyi2 untuk tarik perhatian penyelamat dan menakutkan binatang buas. Contoh : Ketuk messtin dengan sudu ke, jerit sergah-sergah ke dsb. Ni kiranya plan and action.


nampak simple kan.. tp benda perlu kan yang pertama td.. lepas tu baru korang akan dapat step by step nya.

Kan aku kata nak ajar ape makanan yang bole makan dalam hutan kan.. esp tumbuhan la.. nanti  aku cerita lebih lanjut kat part 2


1 comment:

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...