Monday, December 10, 2018

PELAYARAN BERSAMA KAPAL LAYAR DIRAJA TUNAS SAMUDERA

Kali ni aku nak cerita pengalaman kali kedua aku naik kapal layar .. Kali pertama masa aku dalam latihan di Kolej Tentera Laut Diraja. Masa tu aku kena naik kapal STS Puteri Mahsuri.. Kapal layar yang di sewa oleh TLDM untuk tujuan latihan. Dan kali ini semasa aku dah jadi anggota awam ni, aku skali lagi naik kapal layar tp KLD Tunas Samudera plak.. Ini kapal layar TLDM.


ini kapal STS Puteri Mahsuri


ni plak KLD Tunas Samudera
Ok sedikit pengenalan untuk kapal KLD Tunas Samudera : 
KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.

Voyage yang aku pergi ni adalah voyage 382/18 iaitu voyage terakhir bagi tahun 2018 dan voyage terakhir bagi pegawai memerintah masa tu..Kitorang belayar dari Lumut ke Langkawi dan balik ke Lumut semula dalam masa 4 hari. Peserta pada masa tu adalah dikalangan penjawat awam. Peserta keseluruhan adalah seramai 23 org.. Bos aku tarik diri saat akhir.haha


Hari Pertama ( 3 Dis 2018)

Semua peserta melapor diri ke kapal dan kapal dijangka keluar pelabuhan pada jam 11 pagi.. masa tu kitorang sampai je dah kul 10 pagi dah.. mmg agak kelam kabut la. Aku dah pesan kapal perlu bersiap sedia satu jam sebelum untuk melepas tali..kitorang sampai lambat..
ujian pertama GAGAL..

ni la barangan yang kami akan pakai tnpa basuh selama berhari-hari


Kapal pon melepaskan tali tambatan tepat jam 11 pagi dan kami diberikan uniform pelayaran iaitu, tshirt, seluar, topi dan glove. Kami diarahkan untuk menyalin pakaian secepat mungkin.. aku dah biasa dah change parade ni so tak de masalah..kami pon mulakan belayar pada hari pertama yang agak membosan kan sebb....... jauh nun didpan kami nampak hujan yang mendatang.. so apa lagi siap2 nak masuk bilik laa..masa hujan turun tu kitorang baru nak memulakan pelajaran untuk mengenali layar.. dah lebat ujan tu.. semua gegas2 masuk kabin.. FYI kabin dia mmg sempit.. n korang jgn harapkan satu tempat tidur yang selesa macam star cruise..

hari pertama yang seksa bagi yang tak biasa... semua muntah.. kecuali aku... haahahaa
Hari pertama merupakan dugaan dunia bagi org yang kuat mabuk laut. Masa tu aku nampak berberapa manusia lelalki dan perempuan tersadai di lubang2 di kapal untuk muntah.. sedihh.. aku? aku dengan biasa nya.. sebb pengalaman aku dah penah kena lambung kat lautan hindi dulu tak pernh tewas.. so far alhamdulillah..aku makan ngan selera.. Lepas je perairan Pulau Pinang menuju ke Langkawi laut mmg dalam keadaan State 3. pada aku biasa2 je tu.. pada diorang ni.. ermm azab dah tu.. hahahhaha.. malam tu ada la kejadian-kejadian yang terpaksa bangun tgh malam nak gulung layar... man power tak cukup .. jenuhhh..

aktiviti menarik tali layar untuk dikembang dan digulung..terbelit urat kentot oii

kelas mengenal layar..


hari ke-2 (4 Dis 2018)

Pagi pagi subuh. kitorang dah sampai perairan Pulau Langkawi dijangka akan masuk ke pelabuhan  Tambatan Pangkalan Pulau Langkawi pada jam 8 pagi.. Setiba je di Jeti.. sepatutnya kitorang kena bersama-sama membasuh kapal.. maklumla  air garam kan.. tp malangnya pelatih ni semua pikir nak keluar je.. aku dah lain macam dah.. ermmm.. tp tak pe lah.. krew pon macam paham je.. biar kan je la diorang bersiap mandi dan segala nyaa.. FYI sepanjang pelayaran tak leh mandi ok... air dicatu..hahhahha.. Abis je bersiap semua beratur untuk mendengar taklimat Shore leave(outing) dari Pegawai Laksana 2 (XO 2). Aku pon heran la ngan pelatih ni.. masa buat aktiviti semua lemau, slow dan sebagainya.. bile nak keluar jalan laju je siap nye.. Lepas dapat je kebenaran keluar.. aku terus kol Squad aku nak pinjam keta.. so dah ada keta ni panjang la kaki kan...

Dapat je keta dari member aku tu.. terus aku pergi cari makan tgh hari sebb dah kelaparan. so tak de masalah aku pon g makan kat warung org kampung yang pastinya murah dan padat... Lepas je makan.. terus shoot ke HIG.. korang tau la ape benda tu kan kat langkawi.. Aku tak beli ape2 tp kawan2 satu keta ni je nak beli coklat.. aku malas dah beli ape2 kat langkawi ni.. sama je typical.. n kalo bawak balik umah pon tak de sape nak makan sudah nya expired.......

selesai dari itu kitorang terus ke cable car kat gunung mat cincang.. Tp pandai kan diorang charge RM 40 untuk pakej.. sudah nya lagi 3 pekej tu aku tak masuk pon sebb dah tutup .. harun tull.. redo je laaa....

bergambar je la yang tahu
 
menung ape bang... 99 east...


Aku tak lama kat luar.. dalam kul 8.30malam dah balik kapal dah.. sebb tak de benda ape pon nak buat kat luar lama2.. sampai je kapal aku bersihkan diri dan lepak kat Upper deck guling-guling sana sini sambil main hp dan main kad.. hahhahaha. cukup time aku tidor.. malas nak pikir bnyk.. sebb pagi nak bangun awal ada EMA( Early Morning Activity) dan kapal akan bersiap untuk keluar pelabuhan pada jam 8.00 pagi.


Hari ke-3 (5 Dis 2018)

6 pagi selepas subuh semua bersedia untuk bersenaman..aktiviti pagi tu mmg dikendalikan oleh org yang sepatutnya.. PTI (Physical Training Instructor) . Hari ni dia mmg amik kitorang agak straight. tak de main-main.. Pada aku benda tu biasa-biasa je... tp pada yang lain macam2 la alasan semua sakit sana sini, kesan bersalin 4 tahun lepas la ape lah.. haihh.. sabar je laa...
abis je PT tu.. kitorang bersiap untuk memanjat semua tiang-tiang layar yg ada atas kapal tu.. Lower top dulu.. nnti kat tgh laut baru naik upper top..

ni masa aku dah sampai kat lower top.. tinggi dalam 10 meter..kapal belakang tu aku tanak
cakap kapal ape.. korang teka sendiri..

Lepas selesai semua peserta naik lower top.. kapal pon melepaskan tali nye dan menuju ke Lumut.. masa ni semua dipaksa untuk berada dekat Yard Arm..

ni namanya manning the Yard arm..

Aku bole simpulkan yang berdiri macam tu.. atas tali adalah perbuatan yang melenguhkan ..dan sangat rasa nak maki kalo sape kat bawah takut nak naikk...so far tak pernah ada yang jatuh lagi.. perjalanan mengambil masa sampai sehari juga untuk sampai ke perairan Lumut.. semasa dalam perjalanan macam2 aktiviti lah yang kitorang jalankan mcaam. pertandingan ikatan, layar dsb.. 
Pada malam tu patutnya ada malam akrab tp cuaca agak tak mengizin kan untuk mengakrabkan kitorang ngan krew kapal.. so kitorang sambut sendiri2 je... makan semua dalam talam.. ada kambing wooo.. haahhaa.. satu aku nak bagi tau.. makan dalam kapal navy ni mmg sedap dari aku masa kadet sampai la skang....tu pasal badan naik tak henti2 *salahkan navy plakk


makan dalam talam..


Hari ke 4 (6 Dis 2018)

Hari terakhir dan aku dah nampak Pulau Pangkor dah dan arahan adalah untuk memanjat dekat semua tempat yang boleh dipanjat.. so kitorang kena manning kat situ sampai kapal merapat.. lenguh bak hang..


ni lah bergayut macam beruk.. cari la mana aku..

Setiba je di jeti.. kitorang bersiap untuk penerimaan sijil pelayaran.. dan berberapa perkara aku perhatikan sepanjang pelayaran ni sebagai urus setia, peserta dan bekas tentera.. aku nampak peserta kali ni kurang bersedia untuk menghadapi segala aktiviti yang disediakan.. dan terlalu mengharapkan layanan 1st class dari Navy.. Program Teambuilding bang.. bukan lawatan sambil belajar ke Langkawi.. So belajarlah dan ambil pengalaman nii..  

BON VOYAGE 








#TRAVEL : MOVIE ANIMATION PARK (MAPS)

Asalamualaikum semua.. entri baru lagi.. hahah.. gigih. kali ni aku nak update pasal MAPS.. korang mesti tau kan kat Perak ada taman tema baru selain dari Lost World of Tambun.. So MAPS ni ala-ala Universal Studio kat Singapore tu.. Aku dengar cerita kontraktor dan arkitek yang membangunkan MAPS ni adalah sama.. So mungkin la pengalaman nye sama kot macam kat USS..

Dah malas nak merepek ngan mukadimah yg panjang-panjang.. Aku teruskan............



Aku pada mula nya malas nak masuk tempat macam ni.. tp bila dah dapat offer untuk pas masuk murah aku pon beli je laa. RM 45 je... aku jenis malas nak beratur panjang nak beli tiket la dok kat kaunter lama2 laa..so aku beli kat kawan-kawann yang ada kaki untuk jual tiket ni..

ni la tiket-tiket yang aku dah beli

Dan seterusnya pada 20 Nov 18 aku pon gerak la ke MAPS. Setibanya kat situ macam biasalah.. kepanasan.. dan aku dah bersedia untuk rasa panas tu...



nahhhh sampai dahhh


Cuaca agak mendung tp panas.. haaa cam ne tuu

Aku masuk je.. terus aku ke kaunter informasi untuk amik peta kawasan tu supaya aku tak miss untuk main semua benda.. hahhaha.. Tempat pertama yang aku masuk adalah 4D BOBOBOI THEATER.. budak-budak sangat aku nii.. antara komen aku untuk permainan tu... masa seat kita tengah gerak-gerak naik turun dia agak bahaya untuk kaki-kaki yang panjang... better ada footrest untuk kita letak kaki bersama..bape kali kaki aku sangkut kat lantai.. sakit woo.. hahaha.. secara keseluruhan untuk 4D theater tu ok je..

ni la pintu masuknye

Lepas tu aku lintas jalan masuk ke AKEDEMI HERO BOBOBOI.. yang ni kalo korang bawak anak-anak mmg diorang happy laa.. karekter PAPA ZOLA tu la tak kena sangat.. dia kurus,., so budak-budak pon macam blur.. siapa dia nii.. tapi gaya dan bahasa serta suara dia sama macam PAPA ZOLA tu.. hahaha.. so tukar la bagi yang gemuk sket.. atau makeup bagi nampak sama.. hahah. baru budak dapat tangkap.. 

ni pintu masuk akedemi nye.. betul-betul depan 4D


lepas masuk tu.. kena tunggu plakk.. ada la adegan-adegan
macam kita dalam dunia BOBOBOI .. budak-budak gerenti suka

Abis je kat akedemi tu.. aku pergi la kat area monumen-monumen mesir tu...ada firaun semua tu..tak ada ape pon kat situ.. sekadar nak bergambar je laa.. kalo nak bergambar kat tepi umah aku pon bole.. so aku bertujuan untuk main semua permainan.. dan aku main laa.. sehinggakan kuda pusing tu pon aku naikk.. ada mamat tu cakap " abg kena naik binatang yang besar sket baru balance.. kesian bangau tu abg naikk"...  Cilabet tul dia bole cakap cam tu kat aku.. nasib aku mood ok kalo tak .. aku naik dia hahhaha....

Then aku main satu permainan macam rollercoster tp bulat2.. dia ada gondola..sesuai gak untuk kanak-kanak..
Ni la aku cakap roller coster mini tu.. 

Permainan ni agak moderate la dia punya thrill factor dia..macam aku cakap laa ianya sesuai ngan budak-budak. Abis je permainan ni aku g la cari kudap-kudap sket nak makan tp aku agak anjat boboi bile tgk harga makanan dia hurmm.. bukan tahap cekik darah dah, tapi cekik aku terus.. Dah lapar, beli je lah. Pesanan penaja sila makan kenyang-kenyang sebelum masuk.

Next aku g tempat stunt tu.. ape ke nama dia tah lupa plakk.. tp show dia ada masa2 tertentu je ..mmg semua pengunjung situ akan foukus kat tempat tu je bila show dia dah mulaa..


persembahan bermula.. stunt dia mmg padu
Apa yang aku bole komen sket kat sini adalah dari segi audio nye.. macam kurang umph.. mcam artis2 tu syok sendiri dan aku tak paham ape butir yang dia cakap..overall stunt dia mmg padu...

kat luar hall tu penuh parking stroller.. macam bole dijual je.. hahaha


Dipendekkan cerita, aku main la semua permainan yang ada sehinggalah yng ganas2. dan yang terakhir skali aku masuk rumah hantu. Honestly rumah hantu ni terbaik la.. Dia punya horror tu mmg sebenar.. Aku bole menjerit macam perempuan.. hah.. kantoi abis... hahhahaha.. ada yg berlari keluar nangis2 pon ada.. prosedur masuk umah hantu ni senang.. korang jalan je.. jgn nak buat gengster nak pegang2 hantu tu atau tumbuk terajang hantu tu... SOP diorang.. kalo pengunjung tak sentuh diroang pon tak sentuh.. tp siyes korang kena cuba..tapi beratur panjang sket laa. dia bagi masuk 4 orang maksimum dan 2 orang minimum.

Timing aku berada kat MAPS ni dari kul 10.30 pagi sampai kul 5.00 petang.. Memang memenatkan.. sebb lebih byk menunggu dari main..hahhaa





Wednesday, November 21, 2018

#TRAVEL : JALAN-JALAN CARI MAKAN-KEDAH

Hai.. asalamualaikum semua, kali ni aku nak cerita pasal aku pergi foodtrip pada 19 Nov 18 yang lepas.. Just for sharing je sebb ini kali pertama aku g merayap semata-mata nak cari makan dan tambah berat badan.

FYI aku g berdua ngan buddy aku... kitorang asalnya nak makan nasik daging utara je dan aku survey la mana tempat yang best dan original. Aku pon tanye la sedara mara aku yang dok Kedah tu dan akhirnya diorang bagi satu tempat iaitu 'NASIK DAGING HAMPAQ ORIGINAL'. Kalo korang nak tau kedai ni memang dekat sangat ngan kampung aku.. bole jalan kaki je dah sampai kat area aku bermain masa kecik dulu.. hahaha.BTW kampung tok aku ni kat Kg Pondok Chegar... Kalo korang nak cari kedai ni just waze je Nasi Daging Hampar... mmg akan ada la popular search dalam waze korang tu... tp aku ada cerita lawak untuk share..

Kedai makan ni bertentangan dengan satu kedai bundle yang popular kat area Pendang ni.. PIE BUNDLE.. aku nak tanye korang .. korang sebut 'PIE' tu bunyi macam manaaa.. adakah bunyi ini.......


ada org sebut "PAI BUNDLE" .... ini adalah PAI ok PAIIII
Bunyi PAI brooo Pai.. celah mana pai... PIE laaa nama orang.. PIE... hahahahhha ok.. lupakan pasal PAI tu.. kedai nasi daging ni mmg berdepan dengan kedai bundle nii..

haaaa ini la bundle nyee..




ok.. korang nak kol dulu sebelum datang pon cun gakk

Kalo korang tanye aku... nasik daging dia macam mana.. aku rasa mmg tak leh nak bagi komen laa.. sebb ini mmg original punya nasik daging... kalo ada buat kat tempat lain negeri lain aku mmg tak akan dapat rasa yang sama...Buddy aku.. makan terus senyap tanpa toleh kiri kanan...

yang aku order adalah RM8.50... tak cukup oiiii...
Selesainya aku kat situ, aku terus nak pergi kat satu lagi tempat yang merecik hawau.... 'KAK MAH BIHUN SUP DAGING SEGENGGAM' kat area situ gak kat Kampung Paya Kerecut.. haaa cam tu la spelling nye kot... Jlaan mudahnye adalah korang masuk je ikut MRSM Pendang tu.. terus je... Bihun sup dia mmg viral... TETAPIIIIII malangnyaaa.. kedai tu tutup masa aku samapi.. samada tutup atau tak bukak lagi.. hahaha.. tak de rezeki... Sebelum aku gerak ke destinasi kedua.. aku singgah kat masjid dekat situ.. Zohor dulu.. pas tu aku ziarah kubur Maktok aku.. 

AL-FATIHAH.........

So destinasi kedua aku adalah PEKAN RABU.. sebb kat situ aku mmg tau ada gak bihun sup daging segenggam tu.. Bergerak la aku dari Pendang menuju ke Alor Setar... Dan setiba je kat Pekan Rabu tu.. terus je shoot ke kedai bihun sup tersebut.. kedainya kat Food Court Pekan Rabu tu.. ada kat hujung..korang carik la sendiri... dan aku pon melantak.....

amacam.. any komeng....hahhahaha
Memang saat ini.. rasa bihun tu mmg terbaikkk... daging nye bercampur.. ada lemak.. ada daging.. ada perut.. usus.. spana.. getah... tayar sotong.. basikal lajak.. arang batu.. 

bismillah.. tak tengok kiri kanan dahhh...

Suasana Pekan Rabu
Dah isi perut(tak leh move on lagi rasa diaa)...aku naik la atas pekan rabu tu.. cari barang-barang dapur sket. mak aku pesan pes tomyam.. so kena beli laa kang dikatakn derhaka plakkk... dah beli tu semua aku pon pergi ke tempat seterusnya... makan lagiii..'NASIK LEMAK ROYALE'.... hahahhaha.. saka ape yg aku bela nii..dah nama pon food trip kan.. so ape lagi makan laaa


Nasi lemak royale

ok.. ada yg rasa tempting takkk

makan sajaaaa

aku menggunakan kaedah.. order satu dulu..kalo tak cukup order lagii.. so kami berdua makan share jee.. so tak de la membazir. betul tak kawan kawan....masa makan ni kami dah bercadang2 nak minum petang kat Pantai Merdeka.. cari ABC atau pon teringin nak makan mee udang.. hahhahaaa

Abis je nasik lemak tu... kitorang shoot la menuju ke Pantai Merdeka.. masa tu drive.. mata mmg dah melekat.. hamsap tul la .. setan bole bergayut kat mata plakkk.. hahahhaha... tp bawak pelan-pelan sambil layan sembang... ok jee.. hahhaa

Setiba je kat destinasi.. org tak ramai tu.. itu yang penting..

panas sket laaa...

Dah hari pon panas lagii.. aku pon decide untuk makannnnnn... ahhahaahha.. so kami order ABC GUNUNG JERAI dan  jeruk rojak buah...so setelah sampai nye ape yg kami order.. naaaaaa.. ambikkkkk

kul 5 petang makan bole sampai malam nii.. kalo besar tu...

macam mana nak abiskan ni

rojak buah

ada sorang budak kecik ni dok tgk je kami makan ABC sebesar tu.. dia pon tertanya2 'kalo aku makan niiii kompom aku hyper.. sebb kandungan gulanye melampaulampau" .

Aku ngan buddy aku pon makan sampai kitorang rasa benda tu dah tka leh masuk dalam mulut dahh... pas abis makan ni semua.. aku dha rasa nak muntah dah.. so kitorang decide untuk jalan-jalan kat pantai dan melepak.. layan mata.....dan berehat sebelum kitorang balikkk..masa balik pon aku nampak suasana cantik untuk bergambar.. so aku decide masuk bendang org.. dan bergambar.. nasib tak de Iphone X  kalo tak.. dah melambak dah gambar..
suasana senja yang damai
"ALhamdulillah"


 So seblum aku tutup entri ni aku summarize kan sket pecahan harga ape yg kitorang makan masa trip nii :

Harga untuk 1 unit 

Nasi daging pekej B = RM 8.50
Bihun sup special  = RM 8.00
Nasi Royale(Ayam goreng + Sotong ) = RM 12.00
ABC Gunung Jerai = RM 7.00
Rojak Buah  = RM 6.00

So sekian aje la.. trip kali ni.. next trip makan kalo ada aku bagi tau lagi dalam ni... Mmuah Ciked








Tuesday, October 23, 2018

#TRAVEL : Trans Phuket Hatyai #2 - Hatyai Session


Asalamulaikum semua..


Kembali lagi dalam sambungan trip Trans Phuket-Hatyai.

Wokey Bersambungan dari Hotel di Phuket pada hari ke 3 trip aku ni. Pagi tu dalam jam 0930G aku plan untuk naik bas lompat-lompat untuk ke Phuket Bus terminal 2. Korang tau pasal ape aku nak naik bas lompat-lompat.. Sebab kos la ape lagi.. Kalo korang nak naik taxi, diorang akan charge THB 800 untuk ke terminal bas yang jaraknya dalam 10km je. Ape punya kepala hotak diorang,.. kalo naik bas lompat-lompat dari hotel ke patong beach THB 20, Dari Patong Beach ke Terminal Bas  dalam THB 40 je.. korang tgk betapa jimatnya perbelanjaan kat situ.

NAMUN BEGITU...... setelah aku pikir dari sudut masa dan keselesaan. Aku telah decide untuk naik kereta yang disewa melalui satu syarikat kenderaan ni.. Maknanya macam tour agency yang buat kereta sapu ni laa.. so bayaran THB 500. Tak banyak pikir aku pon gerak lah.

Setibanya di Phuket Bus Terminal 2. Hari pon hujan dan aku adalah nampak satu bas tu memang nak pergi Hatyai. Aku ingat bas express. Konduktor bas tu pon dok panggil aku naik bas dia sebb dia tanye nak g mana.. aku bagi tau laa dia terus kalut-kalut dia panggil aku naik bas dia. Aku pon tak pikir panjang ON sajo... Bas pon gerak la.. owh sebelum terlupa. Bas dia ni ok la consider selesa la. Ada air cond dan seat pon ok. Gila laa.. nak jalan 500km kalo aircond tak de, seat plak keras rela aku tido kat tempat barang. hahahaha.. Mula gerak tu aku dah agak rimas sebb setiap 3 minit dia berhenti nak amik penumpang laa.. nak amik barang la ape semua..Masa tu serious aku rasa macam nak jerit. Koyak bhai....
tiket bas tambang ni

bape kajang tiket dia nak bagi aku.. 500km punya tiket

Tambang??? haaa.. tambang dia mmg berbaloi dengan tekanan yang korang akan rasa.. THB 260.. ok la tu...byk gak la aku safe. Sebb aku ada baca kat google yang duration naik bas express pon dalam 7 jam nak ke Hatyai tu. Bas yang aku naik ni almost 9 jam jugak la perjalanan.. Jalan raya sini sedap la tak de (kurang) lubang-lubang atau tampal jalan.

Aku sampai di Hotel Baai Baai kat Hatyai dalam jam 2100G. Aku naik tuk-tuk dari stesen bas hatyai ke hotel dalam THB 80 je. Aku tak peduli ape dah.. nak masuk bilik nak tido je. HAHAHA... Tapi sebenarnya perut lapar. siaaaaaa...Lepas check in aku gegas keluar nak cari makan. Aku mintak hotel untuk panggil Tuk Tuk untuk ke Asean Trade Bazar. Aku baca review situ byk benda makan. So aku makan kat situ kerabu Megi(pedas hanat) dan mee hijau ayam madu. ape nama siam korang jangan tanye aku. hahahaha.... So far sedap la (sebab lapar kot).

Abis mencekik aku tak pikir lain la brader.. nak balik tido. Tapi maslaahnyaa pemandu Tuk Tuk tak tau hotel aku kat mana. Da la ckap english tak reti. Bagi address pon dia tak leh baca rumi.. dia bole baca jawi (siam) je. Alahaii.. menung kejap aku.. Nasib la ada sorang brader ni (bike taxi ) tau kat mana. So balik tu aku naik moto laa... THB 100 terbang.

Hari ke-2 kat Hatyai... sambil minum hot milo kat lobby hotel aku terpikir nak sewa motor.. tapi dalam masa sama aku dah panggil tuk tuk. So aku pesan kat org yg sewa motor tu untuk hantar motor tu kat Central Festival (MALL Besar kat Hatyai).Aku nak pegi situ pon sebab aku nak cari makan. Aku rasa situ tempat mudah nak jumpe dan makan pon ada. Anyway aku nak buang masa kat situ sampai kul 3 sebb semua market-market tempat makan akan bukak pada jam 1500G .

korang teka ape benda aku makan kat Central Festival

Auntie Anne bhaiii.. tak de kat Malaysia benda nii

Haaa ni satu bala lagi.,. nak menunggu mamat moto tu aku rasa macam berkicap dah ketiak.. masuk dalam mall tunggu pas tu dia call dan dia langsung tak leh tutur bahasa english.. mati la nak.. tp masih bole buat sesi sewa moto lagi dengan pakai bahasa ayam itik la., hahahha. Kos sewa moto THB350 sehari.

ni moto aku.. kalo datang Hatyai cari la moto ni sebut je nama aku..

Dipendekkan cerita bila dah dapat motor.. mmg panjang la kaki aku.. merata aku pergi kalo naik tuk tuk mau abis lebih dari THB1500 .. Baik aku simpan duit tu untuk makannnn... tempat pertama aku redah adalah floating market. Siap sedia dah perut aku untuk melantak. Setiba je sana org pon ramai dan most of them adalah dari Malaysia. Hahahahha..Spoil.. !!

Floating Market sbeelum hujan

Aku hanya berminat dengan sotong bakar dan tom yam kung je. Yang lain nak cuba tp terlalu ramai bersesak-sesak. Aku malas ... kang ada yg aku tolak jatuh sungai semua.. Sotong tu kalo 10 aku bole bagi 9.78872 markah dia. Sotong tu dah sedap tp kalo ada awek comel yang bakor tu mesti lagi sedapppp... ok gurau gurau.. ni statement gurau...hahhahaha.. Tom yum kung dia pon ok laa.  Ada udang sepit biru dalam 3 ekor megi dan tomyam.. padu padat melekat..harga dalam THB40 shj. MURAH BAPAKKKK.. Aku minum air teh ais siam tu dalam buluh.. Ada org tanye.. makan tomyam dalam tempurung, minum air dalam buluh tak gatai tekak ke.. aku gelak je laaa.. hahahahaha

Makanan gatai tekak

Keadaan Floating Market

Selesai kat floating market, hari pon dah hujan tapi aku redah je agak basah sket baju aku. Dan destinasi seterusnya adalah  Greenway Market...Kawasan ni aku nampak dah macam Uptown danau kota laa lebih kurang cuma dia ada macam tempat berbumbung dan agak moden .. Hipstur style. Tak beli ape sini... tp adala aku nampak org Malaysia datang sini beli Spenda... pompuan org tu.. ape halllll.. Malaysia tak de kedai spenda keee.. hahahhaha..Biar la dia ngan spenda-spenda nye. hahahha

Kat situ agak boring dan seterusnya aku menuju ke Lee Garden Hotel.. Kat situ ramai orangnya dan majoriti orang Malaysia gak. Aku cari Udang je. hahahha. Aku beli satu piring tu ada 6 ekor saiz xl dalam THB500 je.. Yang mana aku katakan berbaloi. Kat situ la jugak aku cari barang sourvenir untuk bagi kat org opis. Sakan plak beli barang nye.,. Kau lupa ke brado ko naik moto.... Abis semua tu aku balik hotel.. Seharian aku berjimba naik moto dan pusing satu Hatyai.. Malam tu kat bilik aku kemas ape semua sebab esoknya nak bergerak balik ke Malaysia naik bas... APEEEE BAS lagiii... hahhahahaha

Pilih pilih mana berkenan

aku ada 6 ekor saiz lebih kurang ni.. berbaloi baloi


Perjalanan aku pada hari terakhir ni adalah menaiki Bas Sri Thevan yang aku book dari Easybook.. Siyes bas ni selesa dan terbaik layanan pemandunya. Perjalanan amik masa dalam 6 jam jugak tapi tak rasa penat lah. So perjalanan aku tamat di IPOH dan aku sampai kat AMANJAYA dalam jam 1730H..

Dan aku rasa perjalanan ni berbaloi dan pengalaman ni mmg aku akan ingat sampai bila-bila. Ada moment-moment yang aku simpan sorang je.. hahaha tak leh share.. so nanti next time kalo aku ada buat keja gila lagi aku update la kat sini.. sampai berjmpa lagi babai...


Monday, October 22, 2018

#TRAVEL : Trans Phuket Hatyai #1 - Phuket Session


Asalamualaikum duniaaa....

Kali ni aku nak cerita plak pasal trip aku ke Phuket-Hatyai.. wahhh tgk tajuk pon tak leh kalah.. Trans Phuket-Hatyai... Honestly trip kali ni adalah trip yang agak gamble sebb aku mmg terjun je terus beli tiket semuaa...

Ok aku mulakankan cerita aku nii.. Basically aku beli tiket tu seminggu sebelum gerak.. sebbnya aku wat cam tu adalaaa sebabnya. Tak leh cite sini. hahahaha... Harga aku beli masa tu RM 70 tiket one way je. *mungkin sebab plan tak nak balik kot.. Flight aku jam 2040 H ikutkan tiket tapi ada sikit delay 2055H mungkin sebab mesin bayar parking rosak kot.. hahahhaha...



babai

Aku pon naik la flight tu dengan muka tak bersalah.. dan terus ke belakang.. FYI.. seat aku no 30F means dekat tingkap. Skali aku tgk yang duduk sebelah aku tu mamat dreadlock yang aku pasti beliau dah bape lama tak mandi.. So aku amik keputusan dok seat paling belakang skali yang mana kosong.. Dan korang nak tau tak.. lepas aku take off aku terus baring sebb kerusi tu 3 aku punya... hahahaaha.. otomatik jadi Bisnesclass...Kat atas flight kena isi satu borang putih iaitu declaration form/arrival form (nanti aku bagi tau ape sebb aku nak highligt pasal borang ni).
lane paling belakang

lepas takeoff terus jadi bussinessclass


Perjalanan  Penerbangan amik masa dalam 1 jam 30 minit.. nak beli makan pon tak sempat.. sempat beli air coke jee.. dah sampai kat phuket.. Turun je kat situ masa tu dah kul  2115 G * hah korang nak tau ape H ape G korang google la time zone.. hahahaha.. Satu benda aku malas nak hadap imegresen Thai ni, diorang bapak la sombong nye.. muka tanak senyum.. Aku hai dia buat bodo.. aku hello buat jeling...aku khappp... dia lagi muka pelikk.. last2 aku tercongok buat muka fedap dia layan plakk.. So kat situ aku malas buat hal .. aku terima je layanan dia macam mana pon.

Lepas cek itu ini. Aku menggagau nak mencari teksi/ minibus ke hotel yang mana aku tau tak semua org tau hotel aku ni kat mana.hahahaha.. Dulu aku penah datang pon benda sama gakk.. tak jumpe hotel. mungkin sebb byk sangat hotel atau diorang ni makan semut banyak sangat.. Sebelum aku jumpe kenderaan yang nak hantar aku tu.. aku telah dihasut oleh seseorang promoter situ untuk amik pekej Island Hoping yang mana dioreang akan include skali airport transfer malam tu. Pada aku itu adalah peluang baik sebb aku malas nak pikir pasal kereta dan Island Hoping tu esok.. sebb malam tu dah macam Off dah kat situ. Kos kerugian malam tu sahaja adalah THB1500 (Island Hoping) dan THB 99 (Sim Card).

Dipendekkan cerita aku terus ke Hotel penginapan aku. Aku pasti hotel tu mmg jauh sket dari tempat attraction. BTW harga dia ok la THB 700 untuk 2 malam. Bilik dia nice. Ok sebut pasal hotel ni.. Awek yang jaga kaunter tu mmg macam org bisu ckap ngan aku... sebb dia tak leh cakap English.. jangan kata english ...Thiglish (thai-english) pon tak de bunyi nye..So akhirnya aku cakap ngan owner terus.. Senang cerita.. abis semua tu aku masuk bilik letak barang dan aku g cari makan. Jalan kaki lebih kurang 1-1.5km la. Mata rabak kaki rabak(post hiking effect) tp demi sesuap nasik dpat la juga aku kedai halal (halal sangat kat kedai ada serve beer). Aku makan tom yam, telur dadar dan nasik putih. THB 300 lebih kurang. Tak de masa nak cari tempat lain situ pon layan laaa..Abis makan aku balik bilik tido sebb ngantuk dan agak bad mood sket time tu.. hahahahaa.. period kot..

Hari baru.. mood masih sama... mata bengkak.. jet lag kot..hauhauhauhauhaha...hotak dia jet lag.. pagi tu aku tunggu  van yang nak amik aku kul 0830G untuk ke Pier untuk naik bot... Aku layan otak je masa tu.. ntah la kenapa swing plakk. tapi nasib baik kejap je la.. dari hotel nak ke pier tu dalam 1 jam gak laa. ngan jem semua bagai. Honestly aku tak leh naik van tu sebb rasa kaki tak leh lurus.hahahaha..

selfie sket sebelum naik bot

Setiba sahaja kat pier tu aku pon tak tau sgt nama tempat tu ape.. tp mmg ada dua kumpulan yang handle tourist yang nak buat island hoping tu. Ikut pada weather forecast hari tersebut hujan tapi panas terik gak. ok la kalau macam tu aku layan je.Boleh dikatakan management bagi organizer tu macam well la..aku diberikan tali warna kuning untuk dipakai kat wrist supaya kita semua leh naik satu boat yang sama. Tu cara diorang nak buat pengasingan senang nak manage. Abis taklimat perjalanan. Kami semua naik bot. bot aku kecik sket dan ada lebih kurang 20 orang je kot.
Aku dapat dok kat depan. So mmg best la melambung lambung. Sape pregnant sila dok belakang. Kalo dok depan aku bole rasakan korang akan melahirkan anak IC thailand.. hahahaha. 

pishang dok depan


Checkpoint pertama adalah tempat snorkeling kat Khai Nui Island. Tempatnye... ermmm boleh laa.. Standard la untuk tempat snorkeling...mesti la ada coral reef. Ikan pon ashe-ashe je.. just lepas geram je kat situ aku freedive je.

teka bape dalam...

mana ikannnnn

Seterusnya aku dibawa plak ke Phi Phi Lay Island. Kat pulau tu la adanya Maya Beach(tempat james bond) dan Monkey Bay. Tempat-tempat ni memang cantik tapi kitorang tak turun pon.. amik gambar dari atas bot je. Tapi aku tak paham la masa kat Monkey Bay tu... semua dalam bot macam jakun tak pernah tengok beruk. Negara kome tak de beruk ke oi.. kampung aku banyak.. amik la sekor sorang. hahahaaha

monkey bay crystal clear woii

monkey bay


lanje sket


korang tgk hensem  cantik tak



Abis je sesi-sesi amik gambar pulau-pulau dan beruk-beruknya kitiorang bergerak ke Phi Phi Don Island untuk menjamu selera. Siyes makanan dia memang terbaik dan sedap sangat. Aku makan banyak gile *mentang-mentang free flow.


Abis je makan kita bergerak ke Khai Nai Island. Masa otw tu hujan plakk..... aku dok depan so korang pikir la sendiri ape yang aku rasa. Tutup muka ngan fin oi..pedih siaaa..Sampai je kat situ ramai gak la yang berenang-renang kat tepi tu namun begitu aku mengambil pendekatan untuk tidak masuk air tengah ujan.. kena kilat tembak dalam air tu.. mampus keras ramai2 dalam tu. hahahha.. Aku lepak sambil layan perasaan kat situ.. perasaan ape yek.. ape-apeje laaaa.. hahahhaha..


betapa buruknya cuaca time nii.. ada yang berenang dan nak kencing

Abis semua tu aku bergerak balik ke pier tu dan naik van balik ke hotel.. trip hari tu mmg padu pada aku lah.,.

Balik je kat hotel aku mandi semua. Aku terus siap nak g layan mata kat Bangla Road. Nama je bangla road aku pon tak tau sbb ape nama dia cam tu.. Bnyak bangla kot. Kat sini aku tak sarankan anak-anak untuk pergi.. pak aji leh cabut kopiah ooo kat sini.. hahahha..

korang nampak aku takkk... kurang hajooooo...gigi pon tak nampak

 Balik je dari bangla road aku terus balik bilik dengan kepala yang sakit.. hahaha.. sebb nak prepare esoknya untuk jalan jauh..

Summary phuket

Phi Phi Island tour - THB 1500
Bike Taxi - THB 50 per ride sekitar patong beach
Hotel - THB 700 untuk 2 malam


Perjalanan esoknya ke Hatyai aku akan ceritakan dalam next entry.. babai



PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...