Monday, December 10, 2018

PELAYARAN BERSAMA KAPAL LAYAR DIRAJA TUNAS SAMUDERA

Kali ni aku nak cerita pengalaman kali kedua aku naik kapal layar .. Kali pertama masa aku dalam latihan di Kolej Tentera Laut Diraja. Masa tu aku kena naik kapal STS Puteri Mahsuri.. Kapal layar yang di sewa oleh TLDM untuk tujuan latihan. Dan kali ini semasa aku dah jadi anggota awam ni, aku skali lagi naik kapal layar tp KLD Tunas Samudera plak.. Ini kapal layar TLDM.


ini kapal STS Puteri Mahsuri


ni plak KLD Tunas Samudera
Ok sedikit pengenalan untuk kapal KLD Tunas Samudera : 
KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.

Voyage yang aku pergi ni adalah voyage 382/18 iaitu voyage terakhir bagi tahun 2018 dan voyage terakhir bagi pegawai memerintah masa tu..Kitorang belayar dari Lumut ke Langkawi dan balik ke Lumut semula dalam masa 4 hari. Peserta pada masa tu adalah dikalangan penjawat awam. Peserta keseluruhan adalah seramai 23 org.. Bos aku tarik diri saat akhir.haha


Hari Pertama ( 3 Dis 2018)

Semua peserta melapor diri ke kapal dan kapal dijangka keluar pelabuhan pada jam 11 pagi.. masa tu kitorang sampai je dah kul 10 pagi dah.. mmg agak kelam kabut la. Aku dah pesan kapal perlu bersiap sedia satu jam sebelum untuk melepas tali..kitorang sampai lambat..
ujian pertama GAGAL..

ni la barangan yang kami akan pakai tnpa basuh selama berhari-hari


Kapal pon melepaskan tali tambatan tepat jam 11 pagi dan kami diberikan uniform pelayaran iaitu, tshirt, seluar, topi dan glove. Kami diarahkan untuk menyalin pakaian secepat mungkin.. aku dah biasa dah change parade ni so tak de masalah..kami pon mulakan belayar pada hari pertama yang agak membosan kan sebb....... jauh nun didpan kami nampak hujan yang mendatang.. so apa lagi siap2 nak masuk bilik laa..masa hujan turun tu kitorang baru nak memulakan pelajaran untuk mengenali layar.. dah lebat ujan tu.. semua gegas2 masuk kabin.. FYI kabin dia mmg sempit.. n korang jgn harapkan satu tempat tidur yang selesa macam star cruise..

hari pertama yang seksa bagi yang tak biasa... semua muntah.. kecuali aku... haahahaa
Hari pertama merupakan dugaan dunia bagi org yang kuat mabuk laut. Masa tu aku nampak berberapa manusia lelalki dan perempuan tersadai di lubang2 di kapal untuk muntah.. sedihh.. aku? aku dengan biasa nya.. sebb pengalaman aku dah penah kena lambung kat lautan hindi dulu tak pernh tewas.. so far alhamdulillah..aku makan ngan selera.. Lepas je perairan Pulau Pinang menuju ke Langkawi laut mmg dalam keadaan State 3. pada aku biasa2 je tu.. pada diorang ni.. ermm azab dah tu.. hahahhaha.. malam tu ada la kejadian-kejadian yang terpaksa bangun tgh malam nak gulung layar... man power tak cukup .. jenuhhh..

aktiviti menarik tali layar untuk dikembang dan digulung..terbelit urat kentot oii

kelas mengenal layar..


hari ke-2 (4 Dis 2018)

Pagi pagi subuh. kitorang dah sampai perairan Pulau Langkawi dijangka akan masuk ke pelabuhan  Tambatan Pangkalan Pulau Langkawi pada jam 8 pagi.. Setiba je di Jeti.. sepatutnya kitorang kena bersama-sama membasuh kapal.. maklumla  air garam kan.. tp malangnya pelatih ni semua pikir nak keluar je.. aku dah lain macam dah.. ermmm.. tp tak pe lah.. krew pon macam paham je.. biar kan je la diorang bersiap mandi dan segala nyaa.. FYI sepanjang pelayaran tak leh mandi ok... air dicatu..hahhahha.. Abis je bersiap semua beratur untuk mendengar taklimat Shore leave(outing) dari Pegawai Laksana 2 (XO 2). Aku pon heran la ngan pelatih ni.. masa buat aktiviti semua lemau, slow dan sebagainya.. bile nak keluar jalan laju je siap nye.. Lepas dapat je kebenaran keluar.. aku terus kol Squad aku nak pinjam keta.. so dah ada keta ni panjang la kaki kan...

Dapat je keta dari member aku tu.. terus aku pergi cari makan tgh hari sebb dah kelaparan. so tak de masalah aku pon g makan kat warung org kampung yang pastinya murah dan padat... Lepas je makan.. terus shoot ke HIG.. korang tau la ape benda tu kan kat langkawi.. Aku tak beli ape2 tp kawan2 satu keta ni je nak beli coklat.. aku malas dah beli ape2 kat langkawi ni.. sama je typical.. n kalo bawak balik umah pon tak de sape nak makan sudah nya expired.......

selesai dari itu kitorang terus ke cable car kat gunung mat cincang.. Tp pandai kan diorang charge RM 40 untuk pakej.. sudah nya lagi 3 pekej tu aku tak masuk pon sebb dah tutup .. harun tull.. redo je laaa....

bergambar je la yang tahu
 
menung ape bang... 99 east...


Aku tak lama kat luar.. dalam kul 8.30malam dah balik kapal dah.. sebb tak de benda ape pon nak buat kat luar lama2.. sampai je kapal aku bersihkan diri dan lepak kat Upper deck guling-guling sana sini sambil main hp dan main kad.. hahhahaha. cukup time aku tidor.. malas nak pikir bnyk.. sebb pagi nak bangun awal ada EMA( Early Morning Activity) dan kapal akan bersiap untuk keluar pelabuhan pada jam 8.00 pagi.


Hari ke-3 (5 Dis 2018)

6 pagi selepas subuh semua bersedia untuk bersenaman..aktiviti pagi tu mmg dikendalikan oleh org yang sepatutnya.. PTI (Physical Training Instructor) . Hari ni dia mmg amik kitorang agak straight. tak de main-main.. Pada aku benda tu biasa-biasa je... tp pada yang lain macam2 la alasan semua sakit sana sini, kesan bersalin 4 tahun lepas la ape lah.. haihh.. sabar je laa...
abis je PT tu.. kitorang bersiap untuk memanjat semua tiang-tiang layar yg ada atas kapal tu.. Lower top dulu.. nnti kat tgh laut baru naik upper top..

ni masa aku dah sampai kat lower top.. tinggi dalam 10 meter..kapal belakang tu aku tanak
cakap kapal ape.. korang teka sendiri..

Lepas selesai semua peserta naik lower top.. kapal pon melepaskan tali nye dan menuju ke Lumut.. masa ni semua dipaksa untuk berada dekat Yard Arm..

ni namanya manning the Yard arm..

Aku bole simpulkan yang berdiri macam tu.. atas tali adalah perbuatan yang melenguhkan ..dan sangat rasa nak maki kalo sape kat bawah takut nak naikk...so far tak pernah ada yang jatuh lagi.. perjalanan mengambil masa sampai sehari juga untuk sampai ke perairan Lumut.. semasa dalam perjalanan macam2 aktiviti lah yang kitorang jalankan mcaam. pertandingan ikatan, layar dsb.. 
Pada malam tu patutnya ada malam akrab tp cuaca agak tak mengizin kan untuk mengakrabkan kitorang ngan krew kapal.. so kitorang sambut sendiri2 je... makan semua dalam talam.. ada kambing wooo.. haahhaa.. satu aku nak bagi tau.. makan dalam kapal navy ni mmg sedap dari aku masa kadet sampai la skang....tu pasal badan naik tak henti2 *salahkan navy plakk


makan dalam talam..


Hari ke 4 (6 Dis 2018)

Hari terakhir dan aku dah nampak Pulau Pangkor dah dan arahan adalah untuk memanjat dekat semua tempat yang boleh dipanjat.. so kitorang kena manning kat situ sampai kapal merapat.. lenguh bak hang..


ni lah bergayut macam beruk.. cari la mana aku..

Setiba je di jeti.. kitorang bersiap untuk penerimaan sijil pelayaran.. dan berberapa perkara aku perhatikan sepanjang pelayaran ni sebagai urus setia, peserta dan bekas tentera.. aku nampak peserta kali ni kurang bersedia untuk menghadapi segala aktiviti yang disediakan.. dan terlalu mengharapkan layanan 1st class dari Navy.. Program Teambuilding bang.. bukan lawatan sambil belajar ke Langkawi.. So belajarlah dan ambil pengalaman nii..  

BON VOYAGE 








No comments:

Post a Comment

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...