Monday, December 10, 2018

PELAYARAN BERSAMA KAPAL LAYAR DIRAJA TUNAS SAMUDERA

Kali ni aku nak cerita pengalaman kali kedua aku naik kapal layar .. Kali pertama masa aku dalam latihan di Kolej Tentera Laut Diraja. Masa tu aku kena naik kapal STS Puteri Mahsuri.. Kapal layar yang di sewa oleh TLDM untuk tujuan latihan. Dan kali ini semasa aku dah jadi anggota awam ni, aku skali lagi naik kapal layar tp KLD Tunas Samudera plak.. Ini kapal layar TLDM.


ini kapal STS Puteri Mahsuri


ni plak KLD Tunas Samudera
Ok sedikit pengenalan untuk kapal KLD Tunas Samudera : 
KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.

Voyage yang aku pergi ni adalah voyage 382/18 iaitu voyage terakhir bagi tahun 2018 dan voyage terakhir bagi pegawai memerintah masa tu..Kitorang belayar dari Lumut ke Langkawi dan balik ke Lumut semula dalam masa 4 hari. Peserta pada masa tu adalah dikalangan penjawat awam. Peserta keseluruhan adalah seramai 23 org.. Bos aku tarik diri saat akhir.haha


Hari Pertama ( 3 Dis 2018)

Semua peserta melapor diri ke kapal dan kapal dijangka keluar pelabuhan pada jam 11 pagi.. masa tu kitorang sampai je dah kul 10 pagi dah.. mmg agak kelam kabut la. Aku dah pesan kapal perlu bersiap sedia satu jam sebelum untuk melepas tali..kitorang sampai lambat..
ujian pertama GAGAL..

ni la barangan yang kami akan pakai tnpa basuh selama berhari-hari


Kapal pon melepaskan tali tambatan tepat jam 11 pagi dan kami diberikan uniform pelayaran iaitu, tshirt, seluar, topi dan glove. Kami diarahkan untuk menyalin pakaian secepat mungkin.. aku dah biasa dah change parade ni so tak de masalah..kami pon mulakan belayar pada hari pertama yang agak membosan kan sebb....... jauh nun didpan kami nampak hujan yang mendatang.. so apa lagi siap2 nak masuk bilik laa..masa hujan turun tu kitorang baru nak memulakan pelajaran untuk mengenali layar.. dah lebat ujan tu.. semua gegas2 masuk kabin.. FYI kabin dia mmg sempit.. n korang jgn harapkan satu tempat tidur yang selesa macam star cruise..

hari pertama yang seksa bagi yang tak biasa... semua muntah.. kecuali aku... haahahaa
Hari pertama merupakan dugaan dunia bagi org yang kuat mabuk laut. Masa tu aku nampak berberapa manusia lelalki dan perempuan tersadai di lubang2 di kapal untuk muntah.. sedihh.. aku? aku dengan biasa nya.. sebb pengalaman aku dah penah kena lambung kat lautan hindi dulu tak pernh tewas.. so far alhamdulillah..aku makan ngan selera.. Lepas je perairan Pulau Pinang menuju ke Langkawi laut mmg dalam keadaan State 3. pada aku biasa2 je tu.. pada diorang ni.. ermm azab dah tu.. hahahhaha.. malam tu ada la kejadian-kejadian yang terpaksa bangun tgh malam nak gulung layar... man power tak cukup .. jenuhhh..

aktiviti menarik tali layar untuk dikembang dan digulung..terbelit urat kentot oii

kelas mengenal layar..


hari ke-2 (4 Dis 2018)

Pagi pagi subuh. kitorang dah sampai perairan Pulau Langkawi dijangka akan masuk ke pelabuhan  Tambatan Pangkalan Pulau Langkawi pada jam 8 pagi.. Setiba je di Jeti.. sepatutnya kitorang kena bersama-sama membasuh kapal.. maklumla  air garam kan.. tp malangnya pelatih ni semua pikir nak keluar je.. aku dah lain macam dah.. ermmm.. tp tak pe lah.. krew pon macam paham je.. biar kan je la diorang bersiap mandi dan segala nyaa.. FYI sepanjang pelayaran tak leh mandi ok... air dicatu..hahhahha.. Abis je bersiap semua beratur untuk mendengar taklimat Shore leave(outing) dari Pegawai Laksana 2 (XO 2). Aku pon heran la ngan pelatih ni.. masa buat aktiviti semua lemau, slow dan sebagainya.. bile nak keluar jalan laju je siap nye.. Lepas dapat je kebenaran keluar.. aku terus kol Squad aku nak pinjam keta.. so dah ada keta ni panjang la kaki kan...

Dapat je keta dari member aku tu.. terus aku pergi cari makan tgh hari sebb dah kelaparan. so tak de masalah aku pon g makan kat warung org kampung yang pastinya murah dan padat... Lepas je makan.. terus shoot ke HIG.. korang tau la ape benda tu kan kat langkawi.. Aku tak beli ape2 tp kawan2 satu keta ni je nak beli coklat.. aku malas dah beli ape2 kat langkawi ni.. sama je typical.. n kalo bawak balik umah pon tak de sape nak makan sudah nya expired.......

selesai dari itu kitorang terus ke cable car kat gunung mat cincang.. Tp pandai kan diorang charge RM 40 untuk pakej.. sudah nya lagi 3 pekej tu aku tak masuk pon sebb dah tutup .. harun tull.. redo je laaa....

bergambar je la yang tahu
 
menung ape bang... 99 east...


Aku tak lama kat luar.. dalam kul 8.30malam dah balik kapal dah.. sebb tak de benda ape pon nak buat kat luar lama2.. sampai je kapal aku bersihkan diri dan lepak kat Upper deck guling-guling sana sini sambil main hp dan main kad.. hahhahaha. cukup time aku tidor.. malas nak pikir bnyk.. sebb pagi nak bangun awal ada EMA( Early Morning Activity) dan kapal akan bersiap untuk keluar pelabuhan pada jam 8.00 pagi.


Hari ke-3 (5 Dis 2018)

6 pagi selepas subuh semua bersedia untuk bersenaman..aktiviti pagi tu mmg dikendalikan oleh org yang sepatutnya.. PTI (Physical Training Instructor) . Hari ni dia mmg amik kitorang agak straight. tak de main-main.. Pada aku benda tu biasa-biasa je... tp pada yang lain macam2 la alasan semua sakit sana sini, kesan bersalin 4 tahun lepas la ape lah.. haihh.. sabar je laa...
abis je PT tu.. kitorang bersiap untuk memanjat semua tiang-tiang layar yg ada atas kapal tu.. Lower top dulu.. nnti kat tgh laut baru naik upper top..

ni masa aku dah sampai kat lower top.. tinggi dalam 10 meter..kapal belakang tu aku tanak
cakap kapal ape.. korang teka sendiri..

Lepas selesai semua peserta naik lower top.. kapal pon melepaskan tali nye dan menuju ke Lumut.. masa ni semua dipaksa untuk berada dekat Yard Arm..

ni namanya manning the Yard arm..

Aku bole simpulkan yang berdiri macam tu.. atas tali adalah perbuatan yang melenguhkan ..dan sangat rasa nak maki kalo sape kat bawah takut nak naikk...so far tak pernah ada yang jatuh lagi.. perjalanan mengambil masa sampai sehari juga untuk sampai ke perairan Lumut.. semasa dalam perjalanan macam2 aktiviti lah yang kitorang jalankan mcaam. pertandingan ikatan, layar dsb.. 
Pada malam tu patutnya ada malam akrab tp cuaca agak tak mengizin kan untuk mengakrabkan kitorang ngan krew kapal.. so kitorang sambut sendiri2 je... makan semua dalam talam.. ada kambing wooo.. haahhaa.. satu aku nak bagi tau.. makan dalam kapal navy ni mmg sedap dari aku masa kadet sampai la skang....tu pasal badan naik tak henti2 *salahkan navy plakk


makan dalam talam..


Hari ke 4 (6 Dis 2018)

Hari terakhir dan aku dah nampak Pulau Pangkor dah dan arahan adalah untuk memanjat dekat semua tempat yang boleh dipanjat.. so kitorang kena manning kat situ sampai kapal merapat.. lenguh bak hang..


ni lah bergayut macam beruk.. cari la mana aku..

Setiba je di jeti.. kitorang bersiap untuk penerimaan sijil pelayaran.. dan berberapa perkara aku perhatikan sepanjang pelayaran ni sebagai urus setia, peserta dan bekas tentera.. aku nampak peserta kali ni kurang bersedia untuk menghadapi segala aktiviti yang disediakan.. dan terlalu mengharapkan layanan 1st class dari Navy.. Program Teambuilding bang.. bukan lawatan sambil belajar ke Langkawi.. So belajarlah dan ambil pengalaman nii..  

BON VOYAGE 








#TRAVEL : MOVIE ANIMATION PARK (MAPS)

Asalamualaikum semua.. entri baru lagi.. hahah.. gigih. kali ni aku nak update pasal MAPS.. korang mesti tau kan kat Perak ada taman tema baru selain dari Lost World of Tambun.. So MAPS ni ala-ala Universal Studio kat Singapore tu.. Aku dengar cerita kontraktor dan arkitek yang membangunkan MAPS ni adalah sama.. So mungkin la pengalaman nye sama kot macam kat USS..

Dah malas nak merepek ngan mukadimah yg panjang-panjang.. Aku teruskan............



Aku pada mula nya malas nak masuk tempat macam ni.. tp bila dah dapat offer untuk pas masuk murah aku pon beli je laa. RM 45 je... aku jenis malas nak beratur panjang nak beli tiket la dok kat kaunter lama2 laa..so aku beli kat kawan-kawann yang ada kaki untuk jual tiket ni..

ni la tiket-tiket yang aku dah beli

Dan seterusnya pada 20 Nov 18 aku pon gerak la ke MAPS. Setibanya kat situ macam biasalah.. kepanasan.. dan aku dah bersedia untuk rasa panas tu...



nahhhh sampai dahhh


Cuaca agak mendung tp panas.. haaa cam ne tuu

Aku masuk je.. terus aku ke kaunter informasi untuk amik peta kawasan tu supaya aku tak miss untuk main semua benda.. hahhaha.. Tempat pertama yang aku masuk adalah 4D BOBOBOI THEATER.. budak-budak sangat aku nii.. antara komen aku untuk permainan tu... masa seat kita tengah gerak-gerak naik turun dia agak bahaya untuk kaki-kaki yang panjang... better ada footrest untuk kita letak kaki bersama..bape kali kaki aku sangkut kat lantai.. sakit woo.. hahaha.. secara keseluruhan untuk 4D theater tu ok je..

ni la pintu masuknye

Lepas tu aku lintas jalan masuk ke AKEDEMI HERO BOBOBOI.. yang ni kalo korang bawak anak-anak mmg diorang happy laa.. karekter PAPA ZOLA tu la tak kena sangat.. dia kurus,., so budak-budak pon macam blur.. siapa dia nii.. tapi gaya dan bahasa serta suara dia sama macam PAPA ZOLA tu.. hahaha.. so tukar la bagi yang gemuk sket.. atau makeup bagi nampak sama.. hahah. baru budak dapat tangkap.. 

ni pintu masuk akedemi nye.. betul-betul depan 4D


lepas masuk tu.. kena tunggu plakk.. ada la adegan-adegan
macam kita dalam dunia BOBOBOI .. budak-budak gerenti suka

Abis je kat akedemi tu.. aku pergi la kat area monumen-monumen mesir tu...ada firaun semua tu..tak ada ape pon kat situ.. sekadar nak bergambar je laa.. kalo nak bergambar kat tepi umah aku pon bole.. so aku bertujuan untuk main semua permainan.. dan aku main laa.. sehinggakan kuda pusing tu pon aku naikk.. ada mamat tu cakap " abg kena naik binatang yang besar sket baru balance.. kesian bangau tu abg naikk"...  Cilabet tul dia bole cakap cam tu kat aku.. nasib aku mood ok kalo tak .. aku naik dia hahhaha....

Then aku main satu permainan macam rollercoster tp bulat2.. dia ada gondola..sesuai gak untuk kanak-kanak..
Ni la aku cakap roller coster mini tu.. 

Permainan ni agak moderate la dia punya thrill factor dia..macam aku cakap laa ianya sesuai ngan budak-budak. Abis je permainan ni aku g la cari kudap-kudap sket nak makan tp aku agak anjat boboi bile tgk harga makanan dia hurmm.. bukan tahap cekik darah dah, tapi cekik aku terus.. Dah lapar, beli je lah. Pesanan penaja sila makan kenyang-kenyang sebelum masuk.

Next aku g tempat stunt tu.. ape ke nama dia tah lupa plakk.. tp show dia ada masa2 tertentu je ..mmg semua pengunjung situ akan foukus kat tempat tu je bila show dia dah mulaa..


persembahan bermula.. stunt dia mmg padu
Apa yang aku bole komen sket kat sini adalah dari segi audio nye.. macam kurang umph.. mcam artis2 tu syok sendiri dan aku tak paham ape butir yang dia cakap..overall stunt dia mmg padu...

kat luar hall tu penuh parking stroller.. macam bole dijual je.. hahaha


Dipendekkan cerita, aku main la semua permainan yang ada sehinggalah yng ganas2. dan yang terakhir skali aku masuk rumah hantu. Honestly rumah hantu ni terbaik la.. Dia punya horror tu mmg sebenar.. Aku bole menjerit macam perempuan.. hah.. kantoi abis... hahhahaha.. ada yg berlari keluar nangis2 pon ada.. prosedur masuk umah hantu ni senang.. korang jalan je.. jgn nak buat gengster nak pegang2 hantu tu atau tumbuk terajang hantu tu... SOP diorang.. kalo pengunjung tak sentuh diroang pon tak sentuh.. tp siyes korang kena cuba..tapi beratur panjang sket laa. dia bagi masuk 4 orang maksimum dan 2 orang minimum.

Timing aku berada kat MAPS ni dari kul 10.30 pagi sampai kul 5.00 petang.. Memang memenatkan.. sebb lebih byk menunggu dari main..hahhaa





PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...