Thursday, June 21, 2018

#Hiking : Kledang Hill

Salam semua,

Kerap plak kali ni aku menulis. Nampak sangat bosan . Kali ni aku nak story pasal Kledang. Bole nak dikatakan aku ngan Bukit Kledang ni dah macam adik beradik dah. Semua selok belok dan lorong dah aku teroka.Mana tak nya dah hari-hari aku mengadap bukit tu selama setahun.Mula-mula dulu aku naik sebb ada org suka nak naik.. Aku pon try laa.. dah terjebak..Senaman paling cardio aku penah wat.. easy.. jalan tp peluh mencurah-curah ke ladang gandum puffhh... jadi la koko crunch...

setiap pagi dapat cahaya cam ni

Masa aku dapat pelepasan untuk training ragbi, aku fokus untuk wat lower body dengan cara naik bukit ni. Setiap pagi tanpa gagal aku buat dan alhamdulillah kesakitan ankle aku recover ngan cepat.. haaa sape pas ni sakit2 kaki nak sembuh cepat.. sila la naik tangga kat kledang tu.. Insyallah..
hari-hari ni la pemandangan aku

Terus terang aku kata, naik bukit ni mmg bole tenangkan jiwa. Korang tgk sendiri la.. kau dah penat-penat.. pas tu amik angin kat puncak ada plak view dia. Jauh pemandangan.. Tapi tu lah.. ada yg naik bukit nak dating je.. peluh pon aku tgk x keluar.. tp kalo ngan aku sape nak dating bole je.. tp sorry x bole.. kang kena kejar ngan partner bukit aku.. hahaha.. nak dating gak PM tepi. kah kah kah,kah..


ni masa training bawak beban 

Masa persiapan aku nak naik KORGA pon aku henjut kat Kledang ni gak.. Hari2 aku pikul beg yang ada beban 18 kg. Tu sebb muka cam sembelit je tu. hahaha..Dan FYI hari2 aku buat benda ni sampai la aku rasa kat peha aku x de lemak langsung. Sekurang2nya masa naik KORGA tu x la pancit teruk.
Kledang ni x de la tinggi mana 800m je. Tp dia ada byk jaringan jalan yang telah di Create oleh ahso/apek yang hari2 naik bukit tu. Ada jalan tar, tangga, 4.1, 4.2,4.2,4.9, 5.4 dan RTM. so korang bole pilih. Jangan risau kalo sesat masih ada line telefon. Kol bomba suh datang amik.. Pas tu korang kena bebel ngan bomba tu.. 

Saranan aku, bersukan la bagi mengelak sebarang penyakit kronik #tibe-tibe. Bukan ape. aku ni x leh dok diam.. so aku nak buat semua benda.. sebb nnti dah tua mana mampu nak naik bukit. mana mampu nak diving.. tunggu Mampus je. Masa tu gunakan sisa tenaga tu untuk ibadat all out plak.. hehehhe.. k la chaw dulu.. bye



3 comments:

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...