Monday, December 9, 2019

BALI TRIP ( Siri 1)




Asalamulaikum semua ape khabar, lama sangat dah rasa nye aku berdiam diri ni. Berhibernasi dalam gua la ape lagi. Hahah. So entry aku kali ni aku memang nak share pengalaman aku ke Bali pada 11-18 November 2019.


berjalan menuju ke depan


Lama kan? Memang aku lepas geram pergi menenangkan diri lama-lama kat negara luar. By the way ni trip aku ketiga ke Bali. Ape yang best nye sana? tak best pon tp sekadar nak lari dari dunia realiti aku g la sana kebetulan tiket murah.Ok aku malas nak bebel. Tiket aku ke Bali ni aku dah beli lama dah harga all in pergi balik dalam RM250.00. Murah la pada aku sebb trip ke Bali ni averagenye dalam RM500.00 ++.

Jauh benor nak berjalan ke Gate 

Flight aku petang dalam jam 1600 H so aku mereput la kat airport selesaikan ape yang patut dulu dan jangkaan tiba aku kat Denpasar(Ngurah Rai International Airport) adalah pada jam 1900H(Yang disana adalah malam yang gelap seperti jam 2000H feeling nye)

Flight aku ambil masa 2jam 50 minit nak kesana almaklumlah Bali kan dah nak sama jauh untuk ke Ostrolia (Next time g ostrolia plak). Setiba di Ngurah Rai Airport, kitorang dikehendaki untuk menaiki bas shuttle dari aircraft menuju ke gate ketibaan. Memang kat situ kena naik bas dia.Tak lama pon kejap je. Nak jalan pon bole tapi berkicap laa..

Hari pertama (12 Nov 2019 / Selasa)

Aku dan buddy aku dah mula pishang so kami decide untuk menyewa motosikal sebb kat Bali ni pergerakan palin efisyen adalah motosikal. Dan korang nak tau bape harga sewaan motosikal ni? Kadar sewaannya berpatutan dan rate berbeza-beza mengikut jenis motosikal. Range harga adalah diantara IDR 40,000 - IDR150000 untuk 24 jam. Oleh yang demikian aku decide untuk sewa selama mana kami di sana. So aku amik pekej seminggu atau 7 hari dan aku kena bayar IDR350,000 untuk sewaan motor skuter Honda Beat. Btw tu motor baru tau.. cer tgk gambar bawah..


pre ride test
So korang jangan la ingat moto tu kecik dari aku.. Moto tu besar, cuma aku lagi besar dari dia. Sekian. So pada hari pertama aku dapat moto ni aku tak g mana2 pon, just jalan-jalan pusing-pusing kat area Kuta. Aku pon mencari la sim card dan aku cadangkan korang bole beli sim card ni kat area kedai-kedai hp yang biasa2 tu.. sebb aku beli 6gb =IDR65k berbanding kalo beli kat airport 4gb=IDR250k. Kepala hotak diaa....
jagung ni aku bagi 110%

jalan-jalan kat pantai

Hari kedua (13 Nov 19/ Rabu)

Hari kedua ni aku dah plan nak jalan-jalan naik moto dan plan bergerak ke Uluwatu Temple. Korang nak tau aku dok Bali mmg keja mereput je, tido lepas Subuh pas tu bangun bile lapar. Aku gerak menuju ke Uluwatu dalam jam 2 petang. Panas bak hang.Tp nak wat acane dah mmg Bali ni tempat panas so rasakan la

Jarak dari penginapan aku ke Uluwatu dalam 26km dan mengambil masa dalam 30 minit la untuk kesana kalo naik moto. Untung naik moto leh cilok bai. So kitorang pon dengan tak makan lagi terus je shoot ke sana dan mengharapkan ada kedai makan yang bole mengisi perut ku ini. 

Lagi 9km nak sampai aku singgah makan kat satu kedai makan ni. Kedai tu simple n nice. Konsep kedai dia macam hippies. Makanan dia not bad.






2 menu yang aku makan ni mmg sedap dan menepati citarasa kami berdua. Buddy aku makan tak tgk orang dah. Lapar punya pasal. 

Lepas je makan kitorang meneruskan perjalanan terus ke Uluwatu Temple. Nak masuk situ kena bayar IDR40,000/head. Harga ni untuk masuk je, untuk tgk Kecak Dance plak kena bayar lain kat dalam. Ada cerita sedih masa kat Uluwatu ni.. dan perkara ini pon aku kena pesan kat korang kalo g sini.

Cerita sedihnya adalah buddy aku kehilangan/dicuri spek dia. So dia terpaksa buta sepanjang berada di situ. Untuk pengetahuan korang, beruk-beruk kat situ mmg suka ambil barang org dengan tahap kecekapan yang tinggi. So jangan la korang complessan terhadap beruk2 tu. Ada je aku tgk kamera, hp, topi, beg tangan dsb diambil diorang. So buddy aku punya spek tu dia gigit dan rosakkan, aku tgk diroang buat macam tu tanpa sebarang perasaan yang bersalah. #sedih

Ni aku belanja sket gambar kat sana.


subhanallah 

sepanjang cliff tu mmg bole jalan

selepas kejadian kecurian spek
Dah puas bergambar (tak de mood pon) kitorang balik dan berhajat untuk mencari kedai Opto nak beli contact lens. Dan kitorang berjaya membeli contact lens dengan harga IDR250,000. Sampai je bilik masa maghrib. 

Hari ketiga (14 Nov 19/ Khamis)
Ikutkan plan untuk hari ni aku ajak buddy aku g  Kintamani Volcano. Layan kesejukan kat atas bukit tu. Tp macam tak de mood kita terus mereput dan mereput sehingga aku cadangkan kita g santai-santai kat Waterblow. Waterblow ni kawasan hotel-hotel tepi pantai yang agak private. Antara hotel-hotel yang ada disitu Club Med , Marriot, Grand Hyatt dan lain-lain lagi. Aku tak naik pon ke pulau yang ada water blow tu tp aku jalan-jalan kat pantai  pirate bay tu dan terus ke Pulau Nusa Dharma. Kat situ masuk free je.. bayar parking IDR3000 korang leh masuk layan pantai.

geram aku tgk air dia.



Pose sket

crystal clear 


nampak tak itu. Gunung Agung
Hari Keempat (15 Nov 2019/ Jumaat)

Hari Jumaat adalah hari yang aku rasa nak bermalasan dan taknak keluar kemana-mana selain mencari makan. Tapi atas dorongan kepala otak aku ni yang merasai kebosanan yang tinggi aku pon decide nak g ke satu lagi tempat wisata kat snaa iaitu Tanah Lot. Ni bukan lot tanah untuk korang bercucuk tanam tau, Ni nama nye tanah lot. Kat bali ni tempat-tempat wisata dia byk menjurus kepada kuil (puja/pura). Aku pergi bukan nak sembahyang kat situ, tapi aku nak tgk pemandangan situ n kawasan dia mmg terbaik untuk bergambar. 


Kadar tiket kat Tanah Lot adalah IDR 40,000 untuk kami berdua tidak termasuk parking moto. Agaknya diorang ingat aku ni org Indonesia kot, so aku dapat lah harga org tempatan. Jarak pemanduan aku dari legian ke tanah lot adalah sekitar 20km je. Kalo korang naik keta akan mececah kepada satu jam perjalanan. Tapi aku mengambil masa dalam 25 minit. Sebelum nak ke tanah lot aku isi perut dulu kat ....

makan kat warung Ibu tien
Makan nasik merah.. sedap woo.. tu la harga nye. pon berpatutan. pada aku puas hati la makan kat situ.. mmg jadi tempat wajib la untuk aku dan buddy. hahaa..


Usai makan.. ride ke tanah lot.. dan aku buang masa untuk bergambar di sana. Mmg view bole muntah. cantiekkk


sape amik gambar ye???

red flag

panas gile 

rasa nak terjun tiruk je
Amacam.. sebenarnya banyak lagi gambar-gambar tu semua.. tapi aku tanak la share semua.. muntah korang kang. Untuk siri 1 ni aku rasa cukup sehingga sini je.. nanti aku akan sambung lagi siri kedua bagi menghabiskan cerita 8 hari aku kat sana.

Semoga berjumpa lagi... k bai

No comments:

Post a Comment

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...