Tuesday, December 10, 2019

BALI TRIP (SIRI 2)

Aslaamulaikum korang, seperti yang dijanjikan aku kena la habiskan entry yang sebelum ni. ni. Kalo tidak kompom la cite aku tergantung, adakah aku tak balik ke Malaysia...????  hoaaa so aku nak sambung la dengan cerita aku pada hari yang ke-5....

Hari Kelima (16 Nov 2019/Sabtu)


Hari kelima ni aku ngan buddy mmg mereput tahap gaban, sebab kitorang keluar dari bilik untuk g merayap lepas Asar. So sepanjang hari tu mmg kitorang dok dalam bilik layan Netflix (woi.. nak layan netflix balik umah laaa).. Korang tau kenapa kami jadi macam tu.. sebab nya trip ni adalah trip panjang so banyak masa ample dan bertenang.. 

Hari kelima ni kami just plan untuk pusing-pusing area kuta, legian je.. So aku telah decide untuk mencari makanan di Discovery Mall Kuta. Mall tu ok la, biasa-biasa tapi pintu keluar dia yang kat belakang tu mengadap pantai.. so mmg happening dan kebetulan pada masa tu ada event indian food festival( aku tak berminat). Sudahnya kami makan A&W je.. hahahah .. stoopid..


kebuluran..
Makan punya makan, perut pon kenyang.. terus la mencari port nak melepak untuk menghabiskan masa hari ini. Kitorang pon g la tepi pantai kat tepi mall ni.. mmg penuh manusia.. pantai dia sejauh mata memandang.. untuk pengetahuan korang.. tak de kerugian kewangan disumbangkan di kawasan ni.. tak perlu tiket atau ape2 kos. Tempat santai-santai sambil berfoto dan menunggu sunset..

tgk pantai dia menarik tertarik

watchaaaa.....(ape la motif aku wat macam ni)

melayan sunset kat breakwater

Subhanallah
Abis je sunset kami bergerak balik ke bilik dan bersiap untuk tido.. keja tido je woii..

Hari Keenam(17 Nov 2019/Ahad)


Hari keenam ni mmg aku sungguh tak menjangkakan aku akan menjelajah ke seluruh pelusuk bali dan meng-cover sejauh 150km untuk satu hari tu.. Kami bangun tetap tengah hari. Plan aku pada hari ini adalah asalnya nak g waterfall tegenungan je kat area Ubud. Jalan punya jalan masuk kampung mana tah.. sampailah kami kat area tegenungan waterfall..

Bayaran masuk ke waterfall ni flatrate IDR20,000/head. Ok la tp waktu tu aku tak makan lagi.. tak tau la plak ada azab menanti.. rupanya ada 400 anak tangga yang kena langkah menurun kebawah tu.. haihh berkicap la makkk..
Ni la tiket ke tegenungan waterfall..

Bukan tahap berkicap.. dengan perut kosong... panas.. org ramai.. mmg aku turun tangga tu macam nenek ada 80 cucu. Buddy dku dah macam mata pusing2 dah.. tp aku cakap dah alang2 sampai  jom je laa... 

aku tak tau kenapa mulut aku jadi macam tu

aku tak tgk pompuan tu ok.. korang jgn jahat sgtt..

Kami tak mandi pon kat sana.. malas nak basah baju.. walopon baju dah basah(peluh). Tapi aku agak curious la dari mana air ni datagn.. sebb situ bukan kawasan gunung/bukit. Pas tu air dia tak la sejuk macam air terjun.. Aku risau air tu datang nye dari parit kat kampung di atas tu.. mampos.. tp ada je org-org sini minum air yang datang dari dinding batu tu.. dan ada tulis disitu air suci.. aku teringin gak nak minumm tapi takut tak leh ngucap nnti... hahhaa..

Selesai je kat situ.. aku sampai kat tempat kedai-kedai jual air.. mmg mencari air manis dan bertenaga.. Aku beli la redbull dan air isotonik.. Rasa bertenaga seperti 10 ekor seladang.  hahah.. kami teruskan la perjalanan.. masa nak mulakan perjalanan line fon wat perangai.. tak de line plak.. waze plak loading.. so aku ikut je la sign board.. lepas tu guess what.. aku terus ajak buddy aku lajak ke Kintamani Volcano..mmg nekad sgt aku ni.. bukan ape.. alang2 dah penat.. henjut je ..Haaa lupa nak cerita .. masa perjalanan aku nak ke waterfall tu.. kami kena tahan ngan polis.. nasib la tak de ape2 terjadi..untung kita jadi rakyat malaysia.. sebb lesen kita internationaleee.. so lepas laa..

ok sambung baliik perjalanan ke Kintamani.. So far perjalanan ke sana mmg syahdu dan mendamaikan. Sebb kitorang lalu kawasan kampung yang tak banyak kenderaan.. So mmg henjoy je la ride.. Lagi satu udara kat situ agak sejuk.. so aku pon menukar baju tepi jalan.. selamber.. 

ok, kat kintamani ni best nye kat situ hanyalah view je.. sambil makan kat atas tu.. kat snaa byk kedai makan halal yang menyediakan makanan secara buffet.. Harga nya berbeza ikut kedai.. jadi kami pergi kat tempat feveret aku slalu pergi.. Restoran Grand Puncak Sari. Harga untuk satu kepala IDR70000. Kalo ada order air lain kena byar lain dan air nye mahal ya rabbi. Setiba je situ.. aku tak tunggu lama dah.. mmg aku terus la sental makan sampai tak sempat nak amik gambar makanan kat situ.. hahah. Ada la sket2 gambar2 kekenyangan.

mari kita ngopi.. sambil hadap Volcanoo

ni round pertama bai... round kedua tak sempat amik gambar

Selesai bersantap dan solat zohor dan asar.. aku pon gerak la nak turun dari gunung tu. (hamsap tul naik sikit punya struggle.. pas tu nak turun dah) Tgk jam baru kul 3.30 petang. Aku pon terus waze Tegalalang RiceTerrace.. Jarak dari Kintamani tu dalam 30km gak.. So aku gasak je la.. sebb satu perjalanan ke Legian. Nasib baik nak ke rice terrace tu pon tak panas n santai je. Setiba je situ.. kitorang tgk org bole tahan gak ramai.. Aku pon masuk je la mana-mana pintu dan kena la bayar IDR20000/head(bayar lagii). Masuk je situ aku tgk ada satu fenomena kat Bali skang ni.. SWING.. mmg semua tempat aku pergi ada benda alah tu.. dan harga nak naik tu sikit punya mahal..tak berbaloi. Jadi aku amik keputusan untuk lepak kat batas sawah tu sambil sembang dan lepaskan penat ride..
mari kita ke sawah...haii

korang nampak jembalang merah tgh swing tu.. 

Selesai je kat sawah ni.. kitorang membuat perjalanan pulang yang santai no rush. Otw balik tu aku tanye pada buddy nak beli souvenir ke tak? Dia tu on je manjang. Oleh yang demikian aku buat keputusan untuk solat di masjid kat Denpasar dan terus menuju ke Krisna Souvenir Shop. Kedai ni mmg besar dan ada berberapa branch. Barang dia berpatutan lah. Tapi aku tak beli ape pon hahahahaha(beli baju ngan kopi).. kot la ada buddy aku nak membeli.. Kami mmg bukan jiwa membazir.. hahaha. tak de la byk beli pon ada la satu plastik je. 


suasana dalam masjid di Denpasar


Selesai je membeli belah kitorang balik ke bilik untuk mempersiapkan diri untuk pulang ke tanah air. Tapi plan kami tak lama dan terus berubah untuk keluar jalan-jalan sekitar Legian untuk menghabiskan saki baki duit cash yang ada. Jadi aku telah menghabiskan wang2 tersebut untuk membeli benda wajib kalo ke Bali iaitu shades.

Untuk hari terakhir adalah hari perjalanan je kot untuk ke airport. Tapi yang menariknya katsini kami naik moto gak g airport sebb owner motor tu kata aku leh tinggalkan je motor tu kat parking airport. Memang terbaik sebb kami pikul luggage besar kot.. hahahahha.. pengalaman la tu.. 

so aku rasa tak de ape dah aku nak cerita pengalaman aku kat sana. NExt plan kami macam nak ke SA PA Vietnam plak.. tunggu je la update dari aku untuk next perjalanan, INSYALLAH.. doakan.. Babai.. Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...