Wednesday, June 21, 2017

KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PEGAWAI KADET TENTERA LAUT #1

Asalamualaikum , 

Tanggal 20 Jun 2017, genap intake 54 -KKPM/KKPX Kolej Tentera Laut Di Raja berumur 13 tahun. Ramai yg dah menamatkan perkhidmatan dan masih ada lagi yang ber'bintang' cerah masih lagi ada dalam service . Tahniah kepada yang masih berkhidmat dan selamat maju jaya. Pada yang dah bergelar org awam aku doakan korang semua selamat mengharungi dunia luar yang penuh pancaroba. *tepuk bahu.

Entry kali ni..aku nak ceritakan sedikit sebanyak pasal kisah dari aku mula masuk kadet sampai la aku abis*kalo sempat nak citer. tapi base on ape yang aku ingat lagi laa. Maklum la aku ni short term memory lost. 

Aku mula masuk mendaftar sebagai kadet adalah kalo x silap aku pada 15 Jun 2004, lagi 3 hari nak hari lahir aku. Masa ni aku pikir aku nak senang je..nak jadi pegawai tentera (tp kau lupa bro, azab menunggu kat depan). 5 hari awal tu mmg kehidupan aku cam pegawai betul(commision officer), rupanya semua itu hanya sandiwara kawan-kawan......seronok nye diorang(jurulatih) layan aku baik gile..makan pon sodap-sodap*makanan navy mmg terbaik. Masa tu juga kami dipesan oleh senior kami (acting sub lieutenant =SUBBY) tentang kesukaran semasa menjalankan latihan kat KTLD (Kolej Tentera Laut DIraja) ni. Tp aku x percaya,sebab aku rasa macam heaven jer ni. So tu semua aku anggap macam saja nak bagi takut je *bodo nye lahai kau niii.

Tanggal 20 Jun 2004, aku diarahkan bersama batch/squad  aku yang lain untuk masuk ke auditorium untuk majlis angkat sumpah.Wah seronok baq hang nak jadi ASHKAR secara rasmi ni. Pendekkan cerita. Lepas ketua kami cakap DOWN! ( lepas baca ikrar/sumpah).. terus dengar laungan dan pekikan gempita kat belakang... "KADET!!!!!!!!................ KORANG TUNGGU APE LAGI!!....... CRAWLLLLL......PERGI KAT TEMPAT GUNTING RAMBUT SKARANG!!!!"....Bayangkan laaaa..muka aku kompius abis..kul 11 pagi terus g botakkan rambut..abis la botak broooo..muka masing2 macam ayam berak kapur..sementara nak kena gunting rambut tu bukan boleh duduk saje...kena rejam la ngan SUBBY. Kata2 makian dan cacian tu adalah makanan kitorang masa tu...dalam kul 1 kot abis semua kena botak..pas tu kena tukar pakaian dengan pantas..dan beratur semula dalam pakaian PT putih/pakaian sukan. Mak aku beli kasut DIADORA mahal kot masa tu...bangga je aku pakai.

Lepas tu.kami beratur depan Wisma Kadet (tempat makan). ada lunch dan siap skali minum petang (lunch- nasik hujan panas, minum petang - cucur udang kuah kacang).. siot je..mmg feveret laaa.Semua makan macam sok dah x hidup dah..dan masa nye telah tiba..sesi salam pengenalan akan bermula pada jam 2.30 petang. Kami disuruh berlari ke atas bukit(dalam compound yang sma) nama nye Wisma Suria, dan ape yg aku nampak adalah satu lopak besar yang mana ia adalah sebuah padang (besar saiz futsal) yang telah dibanjirkan dengan air selama 3-4 hari.. DI situ la bermula nya kisah taji.. aku mula "pecah dara" kat situ....hahhahahha


 ni la keadaan kitorang masa salam pengenalan.Air lopak tu sampai dah bau kuah kacang dah sebb bole katakan 80% memuntahkan khazanah diorang dalam air padang ni...pas tu kami guling dalam tu...omaigad!!!! sampai skang ni aku dapat rasa macam mana bau nye masa tu..hahahahahaha...ok la aku rasa cukup untuk kali ni..next aku akan datang lagi dengan sambungan cerita aku masa kadet ni...tungguuu........................................adios

No comments:

Post a Comment

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...