Monday, October 15, 2018

#HIKING : PINE TREE HILL & TWIN PEAK

Asalamulaikum semua.. lama dah abam senyap.. so entry kali ni adalah merujuk kepada perkara di atas (gomen sgt)......btw kali ni aku cuba untuk menceritakan pengalaman jugak laa masa hiking dua bukit(gunung) ni...  pengenalan awal aku bole tafsirkan Pine Tree Twin Peak (PTTP) ni merupakan satu trail yang secara teorinya adalah mudah dan simple.. NAMUN!! kalo korang tak prepare fizikal dan mental  nescaya korang boleh lah prepare carutan-carutan yang korang rasa nak luahkan nanti.



Aku mula-mula plan nak naik PTTP ni acah-acah je.. last-last jadi sungguh. Sebab mmg adhoc planning. Hari Isnin plan naik Sabtu. Aku buat la survey pasal PTTP ni yang mana ianya berjaya mempengaruhi aku secara teori laa tentang ketinggian dan tahap kesusahan PTTP ni. So aku decide. Aku pon dengan selambernya kata ON dan buat preparation.


Preparation Mode:




Punya la semangat aku design la signboard peak sendiri. Untuk kedua-dua peak.







Hah.. korang tengok betapa semangat namati aku ni.. Buat sendiri jek..Typical sgt pakai yang dah ada atas tu. hahaha..




Seterusnya aku mengkaji plak jajaran cuaca pada hari pendakian. Aku dapatkan data untuk selang masa satu jam bagi hari tersebut


Korang paham ke... pada aku cuaca agak baik kalo ikut ramalan benda ni lah


Pendakian bermula


Ok..ni aku nak ceritakan pulak permulaan kepada azab dunia yang aku rasa azab la jugak. Orang kata naik gunung mana tak pewai.. so aku pon pegang la kata-kata tu.. Sebenar nya satu benda lagi aku tak prepare, benda tu adalah latihan yang cukup untuk aku naik.. Pengajarannya dah dialami semasa aku naik KORGA yang mana aku rasa aku dah cukup training selama 2 minggu. Namun sebb kecederaan lama mmg pewai teruk gak laa.. tapi bagi PTTP ni sama gak rasa nya cuma sebb aku tak training jadinya sakit tu azab gak lah.




Anyway aku sampai kat Bukit Fraser dalam kul 2 pagi dan untuk makluman saudara saudari aku tak tidor pon sampai masa mendaki. Mulanya aku plan nak start daki bila dah sunrise. Tp naluri aku kata naik la awal sket.. so lepas solat subuh kat Masjid Bukit Fraser tu aku pon gerak ke pintu gerbang Pine Tree Trail . Jam masa tu aku tgk dah pukul 6.15 pagi. Dalam gelap tu aku baca doa supaya selamatkan perjalanan aku ngan buddy aku. FYI kitorang masuk berdua je tau.. hehehehe. 


korang nampak tak mana aku.. tak nampak kan.. bukan sebb cuaca gelap.. sebab aku yang gelap hahahahaa
Setelah itu aku mulakan perjalanan yang 'belanja' untuk tempoh 30 minit pertama. Korang akan jumpe pondok atau gazebo yang pertama sejurus korang masuk pintu gerbang ni.

korang nampak bontot je kan... jgn tegur benda pelik


Lepas je pondok pertama tu, korang terus je dan seterusnya dalam berberapa langkah (jgn percaya langkah nii) korang akan jumpe runtuhan pondok kedua dan seterusnya korang akan nampak pondok ke 3. Aku anggarkan jarak setiap pondok ni adalah bersamaan sekotak rokok suria hahahahhah.. pondok-pondok ni aku tak dapatnak amik gambar sebb masa tu gelap.. tak nampak ape.. kang ada entiti aku yang kena hadap bukan korang.hahahaha.. tp aku snap masa nak balik laa..



Ni pondok ke 3.. masa ni aku snap otw balik

Masa aku sampai kat pondok ni aku cuak gak.. dalam gelap tibe-tiba mana tau ada plak org tegur... bang nak g mana banggg.. aku rasa aku tumbang kat situ.. hahaha. Lepas je aku lalui tempat ni aku berjumpa pulak pokok tumbang yang mana aku rasa unik untuk bergambar kat pokok tu..

unik ke takk... baik cakap unikkk....
Mangikut pandangan marhein aku ni.. pokok tu bahaya sebenarnyaa.. at anytime bole timpa korang.. so nasihat aku cepat-cepat la melepasi bawah pokok tu dan jangan dok bawah dia lama-lama.. kang korang tersepit plakk.

Selepas tu plak korang akan la melalui azab-azab yang lain contohnya ada berberapa set tangga yang korang kena turun(masa balik korang kena naik laa) dan gap satu anak tangga tu agak tinggi.. aku rasa tu saiz-saiz mat saleh dulu kot.. hahahha..


sayupppp nun ke bawah..(gambar shaky sket)

ni junam gak..


Seingat aku set tangga yang ada adalah 3 set.. Kalo korang pergi tangga yang set ke 3 adalah tangga yg mintak maki.. sebb step dia tinggi dan besar.. so bertabah lah.

Dengan meneruskan lagi perjalanan korang akan bertemu lah dengan berberapa tempat yang bole untuk diambil gambar seperti pokok kayu merah(ada 3-4 batang dalam perjalanan tu), batu sempadan Pahang-Selangor dan sengsara..hahahhaa.

pokok ape ni


kaki kanan: Selangor. Kaki kiri : Pahang
Ramai gak tanye aku, trail ni ada sungai tak atau pon water point untuk refill air... Aku katakan mmg ada la point tu tapi korang kena turun sket ke bawah dari track asal untuk amik air. Ada signboard kat situ tulis air tu tak leh minum. Tapi kalo korang tanye aku leh minum ke tak.. aku kata boleh laa.. tp nak yakin lagi amik air tu masak laaa..Bukan ape,mungkin air situ dikhuatiri bertakung dekat tempat lain yang mana menjadikan tempat tu haiwan2 liar berak ke ape ke.. Takut la korang kena kencing tikus.. tu aje...


ni signboard nye
Haa sebelum terlupaa.. sebelum korang sampai kat sini ada lagi satu port menarik.. benda tu adalah Gua Akar. Ape tu?.. bendanya adalah jaringan akar pokok yang wujud secara semulajadi dan membentuk sebua gua/tempat berteduh. Tapi ada satu benda yang aku nak kabor kan.. buddy aku cakap dia risau dalam tu ada memerang.. whattt..?? memerang ape dok dalam hutan bergunung bertuah oiii... memerang dok hutan paya bakau.. dia suka mandi laut..... hahahhahahahha.



haaa.. ni la gua nyaa.. nampak tak memerang kat situ...
Seterusnya korang kena jalan jauh lagi untuk sampai ke point yang agak mencabar. Batu atau tebing setinggi 10 meter dan 70-80 darjah kecondongan.Pada yang takut ketinggian tu mmg akan rasa gayatlah sebb nak digambarkan ketinggian dia lebih kurang 3 tingkat bangunan laa.. lebih kurang k.. lebih kurang. So aku sendiri tak de gambar masa naik.. sebb tak de sape nak pegang kamera.. so aku ada gambar masa aku cuba nak turun.. BTW masa nk turun tu agak padu sket perasaan nya sebb mmg kita akan tgk bawah sebelum nak memulakan langkah.. Ada satu group sebelum aku (budak Cina) kena guna guide untuk guide amoi-amoi tu melangkah. So timing untuk satu org melalui kawasan tu adalah 10 minit lebih kurang bergantung kepada kepakaran.. Pesan aku please jaga safety.. tak de benda pon nak kejar.

tgk la berapa jauh org dibawah tu.. baru separuh diorang tu

woii.. sape nak guide aku plakkk

keja perhatikan org je aku nii


Ingatlah kawan-kawan, tak lari gunung dikejar.. kalo korang kelam kabut nak berlumba naik turun kawasan ni... kalo jadi ape-ape korang dah susahkan semua org,. so bergerak la secara berhemah dan bergilir-gilir.

Selepas aje batu ni mmg korang dah consider sampai ke puncak Pine Tree.. Aku tak lama kat situ sebb aku nak g ke Twin Peak plakk.. so signboard custom aku tu tak guna lagi.. aku plan nak guna masa balik dari Twin Peak.

masa sampai kali pertama

bergambar kali ke 2 selepas balik dari Twin Peak
Jarak dari Pine Tree ke Twin Peak tak lama.. Perjalanan mengikut phase pewai adalah lebih kurang 45 minit ke 1 jam je.. Seksa tu ada.. tp ok laa.. so so je.

dalam perjalanan ke Twin Peak

Aku punya lutut dan ankle dah tahap beranai-anai dah.. so masa ni jalan pon dah bertongkat tangan dah.. asal ada ape untuk pegang aku pegang je laaa.. sape nak pegang tangan aku pleasss.. meh la... hahhaahahha....gurau-gurau..
sampai pon kat Twin Peak

Kat twin peak ni aku rehat lama sket.. dalam 30 minit gitu.. sempat masak megi. Aku macam lost dan berhalusinasi mungkin sebab mengantuk kot. Masa ni la aku rest betul-betul sebb azab nak mendatang lagi ni. hahaha.



bosan-bosan bergambar.. ni lah hasil nye

So selepas aku bersantap.. aku pon meneruskan perjalanan pulang menuju ke pintu gerbang.. Secara keseluruhan aku rasa sakit.. tu je. hahaa. tak penat tapi sakit.. So aku harap korang yang nak naik jgn naik kosong.. bekalkan la diri dengan ape yang korang rasa perlu.. 


ni adalah track rekod aku

ni detail yang dapat.


Detail yang aku dapat ni adalah dari Apps wikiloc.. so semua dia bole generate dan tu lah hasil nya.. so total distance pergi balik adalah 16.42 Km... so harap bertabah lah..Aku punya rekod kat PTTP ni masuk kul 6.15 pagi dan keluar jam 7.15 malam dan itu lah yang aku dapat..

Aku doakan kepada sape-sape nak naik.. bole teruskan niat tu dan selamat berjuang..

Assalamualaikum

1 comment:

  1. MOUNT GUIDE SERVICE (Licensed Nature Guide)
    MEMBERS OF MALAYSIA MOUNTAIN GUIDE ASSOCIATE
    (MMGA) 3216#
    TEBING TINGGI BACKPACKER (FB)

    PROVIDES :
    -Forestry permit arrangements
    -police report
    -nature guide
    -emergency kit
    -4x4 transport (if needed)
    -Camping gear(tent, fly and ground sheets)
    -Ration preparation
    -Porter service(optional)

    ANDY
    0179997790
    CALL /WHATAPS /SMS

    ReplyDelete

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...