Monday, October 22, 2018

#TRAVEL : Trans Phuket Hatyai #1 - Phuket Session


Asalamualaikum duniaaa....

Kali ni aku nak cerita plak pasal trip aku ke Phuket-Hatyai.. wahhh tgk tajuk pon tak leh kalah.. Trans Phuket-Hatyai... Honestly trip kali ni adalah trip yang agak gamble sebb aku mmg terjun je terus beli tiket semuaa...

Ok aku mulakankan cerita aku nii.. Basically aku beli tiket tu seminggu sebelum gerak.. sebbnya aku wat cam tu adalaaa sebabnya. Tak leh cite sini. hahahaha... Harga aku beli masa tu RM 70 tiket one way je. *mungkin sebab plan tak nak balik kot.. Flight aku jam 2040 H ikutkan tiket tapi ada sikit delay 2055H mungkin sebab mesin bayar parking rosak kot.. hahahhaha...



babai

Aku pon naik la flight tu dengan muka tak bersalah.. dan terus ke belakang.. FYI.. seat aku no 30F means dekat tingkap. Skali aku tgk yang duduk sebelah aku tu mamat dreadlock yang aku pasti beliau dah bape lama tak mandi.. So aku amik keputusan dok seat paling belakang skali yang mana kosong.. Dan korang nak tau tak.. lepas aku take off aku terus baring sebb kerusi tu 3 aku punya... hahahaaha.. otomatik jadi Bisnesclass...Kat atas flight kena isi satu borang putih iaitu declaration form/arrival form (nanti aku bagi tau ape sebb aku nak highligt pasal borang ni).
lane paling belakang

lepas takeoff terus jadi bussinessclass


Perjalanan  Penerbangan amik masa dalam 1 jam 30 minit.. nak beli makan pon tak sempat.. sempat beli air coke jee.. dah sampai kat phuket.. Turun je kat situ masa tu dah kul  2115 G * hah korang nak tau ape H ape G korang google la time zone.. hahahaha.. Satu benda aku malas nak hadap imegresen Thai ni, diorang bapak la sombong nye.. muka tanak senyum.. Aku hai dia buat bodo.. aku hello buat jeling...aku khappp... dia lagi muka pelikk.. last2 aku tercongok buat muka fedap dia layan plakk.. So kat situ aku malas buat hal .. aku terima je layanan dia macam mana pon.

Lepas cek itu ini. Aku menggagau nak mencari teksi/ minibus ke hotel yang mana aku tau tak semua org tau hotel aku ni kat mana.hahahaha.. Dulu aku penah datang pon benda sama gakk.. tak jumpe hotel. mungkin sebb byk sangat hotel atau diorang ni makan semut banyak sangat.. Sebelum aku jumpe kenderaan yang nak hantar aku tu.. aku telah dihasut oleh seseorang promoter situ untuk amik pekej Island Hoping yang mana dioreang akan include skali airport transfer malam tu. Pada aku itu adalah peluang baik sebb aku malas nak pikir pasal kereta dan Island Hoping tu esok.. sebb malam tu dah macam Off dah kat situ. Kos kerugian malam tu sahaja adalah THB1500 (Island Hoping) dan THB 99 (Sim Card).

Dipendekkan cerita aku terus ke Hotel penginapan aku. Aku pasti hotel tu mmg jauh sket dari tempat attraction. BTW harga dia ok la THB 700 untuk 2 malam. Bilik dia nice. Ok sebut pasal hotel ni.. Awek yang jaga kaunter tu mmg macam org bisu ckap ngan aku... sebb dia tak leh cakap English.. jangan kata english ...Thiglish (thai-english) pon tak de bunyi nye..So akhirnya aku cakap ngan owner terus.. Senang cerita.. abis semua tu aku masuk bilik letak barang dan aku g cari makan. Jalan kaki lebih kurang 1-1.5km la. Mata rabak kaki rabak(post hiking effect) tp demi sesuap nasik dpat la juga aku kedai halal (halal sangat kat kedai ada serve beer). Aku makan tom yam, telur dadar dan nasik putih. THB 300 lebih kurang. Tak de masa nak cari tempat lain situ pon layan laaa..Abis makan aku balik bilik tido sebb ngantuk dan agak bad mood sket time tu.. hahahahaa.. period kot..

Hari baru.. mood masih sama... mata bengkak.. jet lag kot..hauhauhauhauhaha...hotak dia jet lag.. pagi tu aku tunggu  van yang nak amik aku kul 0830G untuk ke Pier untuk naik bot... Aku layan otak je masa tu.. ntah la kenapa swing plakk. tapi nasib baik kejap je la.. dari hotel nak ke pier tu dalam 1 jam gak laa. ngan jem semua bagai. Honestly aku tak leh naik van tu sebb rasa kaki tak leh lurus.hahahaha..

selfie sket sebelum naik bot

Setiba sahaja kat pier tu aku pon tak tau sgt nama tempat tu ape.. tp mmg ada dua kumpulan yang handle tourist yang nak buat island hoping tu. Ikut pada weather forecast hari tersebut hujan tapi panas terik gak. ok la kalau macam tu aku layan je.Boleh dikatakan management bagi organizer tu macam well la..aku diberikan tali warna kuning untuk dipakai kat wrist supaya kita semua leh naik satu boat yang sama. Tu cara diorang nak buat pengasingan senang nak manage. Abis taklimat perjalanan. Kami semua naik bot. bot aku kecik sket dan ada lebih kurang 20 orang je kot.
Aku dapat dok kat depan. So mmg best la melambung lambung. Sape pregnant sila dok belakang. Kalo dok depan aku bole rasakan korang akan melahirkan anak IC thailand.. hahahaha. 

pishang dok depan


Checkpoint pertama adalah tempat snorkeling kat Khai Nui Island. Tempatnye... ermmm boleh laa.. Standard la untuk tempat snorkeling...mesti la ada coral reef. Ikan pon ashe-ashe je.. just lepas geram je kat situ aku freedive je.

teka bape dalam...

mana ikannnnn

Seterusnya aku dibawa plak ke Phi Phi Lay Island. Kat pulau tu la adanya Maya Beach(tempat james bond) dan Monkey Bay. Tempat-tempat ni memang cantik tapi kitorang tak turun pon.. amik gambar dari atas bot je. Tapi aku tak paham la masa kat Monkey Bay tu... semua dalam bot macam jakun tak pernah tengok beruk. Negara kome tak de beruk ke oi.. kampung aku banyak.. amik la sekor sorang. hahahaaha

monkey bay crystal clear woii

monkey bay


lanje sket


korang tgk hensem  cantik tak



Abis je sesi-sesi amik gambar pulau-pulau dan beruk-beruknya kitiorang bergerak ke Phi Phi Don Island untuk menjamu selera. Siyes makanan dia memang terbaik dan sedap sangat. Aku makan banyak gile *mentang-mentang free flow.


Abis je makan kita bergerak ke Khai Nai Island. Masa otw tu hujan plakk..... aku dok depan so korang pikir la sendiri ape yang aku rasa. Tutup muka ngan fin oi..pedih siaaa..Sampai je kat situ ramai gak la yang berenang-renang kat tepi tu namun begitu aku mengambil pendekatan untuk tidak masuk air tengah ujan.. kena kilat tembak dalam air tu.. mampus keras ramai2 dalam tu. hahahha.. Aku lepak sambil layan perasaan kat situ.. perasaan ape yek.. ape-apeje laaaa.. hahahhaha..


betapa buruknya cuaca time nii.. ada yang berenang dan nak kencing

Abis semua tu aku bergerak balik ke pier tu dan naik van balik ke hotel.. trip hari tu mmg padu pada aku lah.,.

Balik je kat hotel aku mandi semua. Aku terus siap nak g layan mata kat Bangla Road. Nama je bangla road aku pon tak tau sbb ape nama dia cam tu.. Bnyak bangla kot. Kat sini aku tak sarankan anak-anak untuk pergi.. pak aji leh cabut kopiah ooo kat sini.. hahahha..

korang nampak aku takkk... kurang hajooooo...gigi pon tak nampak

 Balik je dari bangla road aku terus balik bilik dengan kepala yang sakit.. hahaha.. sebb nak prepare esoknya untuk jalan jauh..

Summary phuket

Phi Phi Island tour - THB 1500
Bike Taxi - THB 50 per ride sekitar patong beach
Hotel - THB 700 untuk 2 malam


Perjalanan esoknya ke Hatyai aku akan ceritakan dalam next entry.. babai



1 comment:

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...