Tuesday, October 23, 2018

#TRAVEL : Trans Phuket Hatyai #2 - Hatyai Session


Asalamulaikum semua..


Kembali lagi dalam sambungan trip Trans Phuket-Hatyai.

Wokey Bersambungan dari Hotel di Phuket pada hari ke 3 trip aku ni. Pagi tu dalam jam 0930G aku plan untuk naik bas lompat-lompat untuk ke Phuket Bus terminal 2. Korang tau pasal ape aku nak naik bas lompat-lompat.. Sebab kos la ape lagi.. Kalo korang nak naik taxi, diorang akan charge THB 800 untuk ke terminal bas yang jaraknya dalam 10km je. Ape punya kepala hotak diorang,.. kalo naik bas lompat-lompat dari hotel ke patong beach THB 20, Dari Patong Beach ke Terminal Bas  dalam THB 40 je.. korang tgk betapa jimatnya perbelanjaan kat situ.

NAMUN BEGITU...... setelah aku pikir dari sudut masa dan keselesaan. Aku telah decide untuk naik kereta yang disewa melalui satu syarikat kenderaan ni.. Maknanya macam tour agency yang buat kereta sapu ni laa.. so bayaran THB 500. Tak banyak pikir aku pon gerak lah.

Setibanya di Phuket Bus Terminal 2. Hari pon hujan dan aku adalah nampak satu bas tu memang nak pergi Hatyai. Aku ingat bas express. Konduktor bas tu pon dok panggil aku naik bas dia sebb dia tanye nak g mana.. aku bagi tau laa dia terus kalut-kalut dia panggil aku naik bas dia. Aku pon tak pikir panjang ON sajo... Bas pon gerak la.. owh sebelum terlupa. Bas dia ni ok la consider selesa la. Ada air cond dan seat pon ok. Gila laa.. nak jalan 500km kalo aircond tak de, seat plak keras rela aku tido kat tempat barang. hahahaha.. Mula gerak tu aku dah agak rimas sebb setiap 3 minit dia berhenti nak amik penumpang laa.. nak amik barang la ape semua..Masa tu serious aku rasa macam nak jerit. Koyak bhai....
tiket bas tambang ni

bape kajang tiket dia nak bagi aku.. 500km punya tiket

Tambang??? haaa.. tambang dia mmg berbaloi dengan tekanan yang korang akan rasa.. THB 260.. ok la tu...byk gak la aku safe. Sebb aku ada baca kat google yang duration naik bas express pon dalam 7 jam nak ke Hatyai tu. Bas yang aku naik ni almost 9 jam jugak la perjalanan.. Jalan raya sini sedap la tak de (kurang) lubang-lubang atau tampal jalan.

Aku sampai di Hotel Baai Baai kat Hatyai dalam jam 2100G. Aku naik tuk-tuk dari stesen bas hatyai ke hotel dalam THB 80 je. Aku tak peduli ape dah.. nak masuk bilik nak tido je. HAHAHA... Tapi sebenarnya perut lapar. siaaaaaa...Lepas check in aku gegas keluar nak cari makan. Aku mintak hotel untuk panggil Tuk Tuk untuk ke Asean Trade Bazar. Aku baca review situ byk benda makan. So aku makan kat situ kerabu Megi(pedas hanat) dan mee hijau ayam madu. ape nama siam korang jangan tanye aku. hahahaha.... So far sedap la (sebab lapar kot).

Abis mencekik aku tak pikir lain la brader.. nak balik tido. Tapi maslaahnyaa pemandu Tuk Tuk tak tau hotel aku kat mana. Da la ckap english tak reti. Bagi address pon dia tak leh baca rumi.. dia bole baca jawi (siam) je. Alahaii.. menung kejap aku.. Nasib la ada sorang brader ni (bike taxi ) tau kat mana. So balik tu aku naik moto laa... THB 100 terbang.

Hari ke-2 kat Hatyai... sambil minum hot milo kat lobby hotel aku terpikir nak sewa motor.. tapi dalam masa sama aku dah panggil tuk tuk. So aku pesan kat org yg sewa motor tu untuk hantar motor tu kat Central Festival (MALL Besar kat Hatyai).Aku nak pegi situ pon sebab aku nak cari makan. Aku rasa situ tempat mudah nak jumpe dan makan pon ada. Anyway aku nak buang masa kat situ sampai kul 3 sebb semua market-market tempat makan akan bukak pada jam 1500G .

korang teka ape benda aku makan kat Central Festival

Auntie Anne bhaiii.. tak de kat Malaysia benda nii

Haaa ni satu bala lagi.,. nak menunggu mamat moto tu aku rasa macam berkicap dah ketiak.. masuk dalam mall tunggu pas tu dia call dan dia langsung tak leh tutur bahasa english.. mati la nak.. tp masih bole buat sesi sewa moto lagi dengan pakai bahasa ayam itik la., hahahha. Kos sewa moto THB350 sehari.

ni moto aku.. kalo datang Hatyai cari la moto ni sebut je nama aku..

Dipendekkan cerita bila dah dapat motor.. mmg panjang la kaki aku.. merata aku pergi kalo naik tuk tuk mau abis lebih dari THB1500 .. Baik aku simpan duit tu untuk makannnn... tempat pertama aku redah adalah floating market. Siap sedia dah perut aku untuk melantak. Setiba je sana org pon ramai dan most of them adalah dari Malaysia. Hahahahha..Spoil.. !!

Floating Market sbeelum hujan

Aku hanya berminat dengan sotong bakar dan tom yam kung je. Yang lain nak cuba tp terlalu ramai bersesak-sesak. Aku malas ... kang ada yg aku tolak jatuh sungai semua.. Sotong tu kalo 10 aku bole bagi 9.78872 markah dia. Sotong tu dah sedap tp kalo ada awek comel yang bakor tu mesti lagi sedapppp... ok gurau gurau.. ni statement gurau...hahhahaha.. Tom yum kung dia pon ok laa.  Ada udang sepit biru dalam 3 ekor megi dan tomyam.. padu padat melekat..harga dalam THB40 shj. MURAH BAPAKKKK.. Aku minum air teh ais siam tu dalam buluh.. Ada org tanye.. makan tomyam dalam tempurung, minum air dalam buluh tak gatai tekak ke.. aku gelak je laaa.. hahahahaha

Makanan gatai tekak

Keadaan Floating Market

Selesai kat floating market, hari pon dah hujan tapi aku redah je agak basah sket baju aku. Dan destinasi seterusnya adalah  Greenway Market...Kawasan ni aku nampak dah macam Uptown danau kota laa lebih kurang cuma dia ada macam tempat berbumbung dan agak moden .. Hipstur style. Tak beli ape sini... tp adala aku nampak org Malaysia datang sini beli Spenda... pompuan org tu.. ape halllll.. Malaysia tak de kedai spenda keee.. hahahhaha..Biar la dia ngan spenda-spenda nye. hahahha

Kat situ agak boring dan seterusnya aku menuju ke Lee Garden Hotel.. Kat situ ramai orangnya dan majoriti orang Malaysia gak. Aku cari Udang je. hahahha. Aku beli satu piring tu ada 6 ekor saiz xl dalam THB500 je.. Yang mana aku katakan berbaloi. Kat situ la jugak aku cari barang sourvenir untuk bagi kat org opis. Sakan plak beli barang nye.,. Kau lupa ke brado ko naik moto.... Abis semua tu aku balik hotel.. Seharian aku berjimba naik moto dan pusing satu Hatyai.. Malam tu kat bilik aku kemas ape semua sebab esoknya nak bergerak balik ke Malaysia naik bas... APEEEE BAS lagiii... hahhahahaha

Pilih pilih mana berkenan

aku ada 6 ekor saiz lebih kurang ni.. berbaloi baloi


Perjalanan aku pada hari terakhir ni adalah menaiki Bas Sri Thevan yang aku book dari Easybook.. Siyes bas ni selesa dan terbaik layanan pemandunya. Perjalanan amik masa dalam 6 jam jugak tapi tak rasa penat lah. So perjalanan aku tamat di IPOH dan aku sampai kat AMANJAYA dalam jam 1730H..

Dan aku rasa perjalanan ni berbaloi dan pengalaman ni mmg aku akan ingat sampai bila-bila. Ada moment-moment yang aku simpan sorang je.. hahaha tak leh share.. so nanti next time kalo aku ada buat keja gila lagi aku update la kat sini.. sampai berjmpa lagi babai...


4 comments:

  1. salam...bas sri thevan klu naik dari hatyai kat mana...nk book guna easybook gak..tq

    ReplyDelete
  2. kalo naik dari hatyai.. korang kena berkumpul kat satu kedai sebelah kedai urut kat area bandar hat yai tu ape nama hotel tu aku lupa dah.. hahaha.. dari situ dia akan bawak naik tuk tuk ke point bas tu tunggu

    ReplyDelete
  3. ok tau...kedai tu ada jual tiket & money changer skali kan...tq2 bro

    ReplyDelete

PABLO ESCOBAR: 5 FAKTA MENARIK PASAL RAJA KARTEL

  Assalamualaikum korang semua.. aku rasa aku dah terlalu lama diam dari menulis ni. Aku rasa aku macam tak de mood sgt nak menulis sejak du...